Friday 4 March 2016

Al Quran Indonesia. 050. Surah Qaaf...

Al Quran Indonesia. 050. Surah Qaaf...

BismillahirRahmanirRahim.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1@ Qaaf. Demi Al Quran yang melimpah-limpah kemuliaan dan
kebaikannya (bahawa sesungguhnya Muhammad adalah Rasul yang
diutus memberi peringatan dan amaran).

2@ (Kaum musyrik Makkah bukan sahaja mengingkari kerasulannya)
bahkan mereka merasa hairan kerana datang kepada mereka, dari
kalangan mereka sendiri, seorang Rasul pemberi peringatan dan
amaran (mengenai perkara hidup semula sesudah mati), lalu
orang-orang yang kafir itu berkata, “ Ini adalah satu perkara
yang menakjubkan !"

3@ “ Adakah (kita akan kembali hidup) sesudah kita mati dan
menjadi tanah ? Itu adalah cara kembali yang jauh (dari
kemungkinan, kerana jasad yang telah hancur tidak dapat
diketahui lagi).”

4@ (Apa yang mereka katakan itu tidaklah benar, kerana) Kami
sedia mengetahui apa yang dimakan oleh bumi sedikit demi
sedikit dari (tubuh orang mati) mereka, serta ada di sisi Kami
sebuah Kitab yang menyimpan (catitan segala perkara yang
berlaku).

5@ (Mereka tidak mahu berfikir betul) bahkan mereka (terburu-
buru) mendustakan kebenaran apabila sahaja sampainya kepada
mereka, oleh sebab itu, mereka berada dalam keadaan yang serba
kacau.

6@ (Kalaulah mereka menyangka Kami tidak berkuasa
mengembalikan mereka hidup semula) maka tidakkah mereka
memandang ke langit yang ada di sebelah atas mereka (dengan
tidak bertiang) bagaimana Kami membinanya (dengan rapi) serta
Kami menghiasinya (dengan bintang-bintang), dan dengan keadaan
tidak ada padanya retak-renggang ?,

7@ Dan juga (keadaan) bumi ini, (bagaimana) Kami bentangkan
dia sebagai hamparan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang
yang terdiri kukuh, serta Kami tumbuhkan padanya pelbagai
jenis tanaman yang indah subur ?

8@ (Kami adakan semuanya itu) untuk menjadi perhatian dan
peringatan, (yang menunjukkan jalan kebenaran), kepada tiap-
tiap seorang hamba Allah yang mahu kembali kepadaNya (dengan
taat dan berbakti).

9@ Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang
banyak faedahnya, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pokok-
pokok tanaman (buah-buahan) dan biji-bijian yang dituai,

10@ Serta pohon-pohon kurma yang tinggi menjulang, yang
mengeluarkan mayang, berlapis-lapis, lagi lebat putiknya,

11@ (Semuanya itu) sebagai rezeki bagi hamba-hamba Kami. Dan
lagi Kami telah hidupkan dengan air itu bumi yang mati,
demikianlah pula keadaan keluarnya (orang-orang yang mati dari
kubur setelah dibangkitkan hidup semula).

12@ Sebelum mereka (yang menentang Nabi Muhammad) itu, kaum
Nabi Nuh, dan “Ashaabur Rassi” serta Thamud (kaum Nabi Soleh),
telah juga mendustakan Rasul masing-masing,

13@ Dan juga Aad (kaum Nabi Hud), dan Firaun, serta kaum Nabi
Lut,

14@ Dan juga penduduk “Aikah”, serta kaum ” Tubba“. Tiap-tiap
satu kaum itu telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus
kepadanya), lalu mereka ditimpa azab yang Aku janjikan.

15@ (Setelah mereka melihat dan memerhatikan makhluk-makhluk
yang Kami ciptakan itu) maka adakah Kami telah lemah dengan
ciptaan yang pertama itu (sehingga Kami tidak dapat
mengadakannya semula ? Tidak ! Dan merekapun tidak mengingkari
kekuasaan Kami). Bahkan mereka berada dalam keadaan keliru dan
ragu-ragu tentang ciptaan makhluk-makhluk (hidup semula) dalam
bentuk yang baharu.

16@ Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan
Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang
(pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat
lehernya,

17@ Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya)
menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya, yang
satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah
kirinya.

18@ Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau
perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat
pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).

19@ Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah
“Sakaratulmuat” membawa kebenaran (yang telah dijanjikan,
serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu),
“ Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri
daripadanya !”

20@ Dan lagi (apabila sampai saat yang ditentukan) ditiuplah
sangkakala (untuk menghidupkan semula makhluk-makhluk yang
telah mati), saat itu ialah hari berlakunya amaran yang telah
diberikan.

21@ Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang
Mahsyar), disertai (dua malaikat, yang satu menjadi) pembawa,
dan (yang satu lagi menjadi) saksi,

22@ (Serta dikatakan kepadanya), “ Demi sesungguhnya ! Engkau
di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara
hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu
itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat
menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat).”

23@ Dan berkatalah malaikat yang sentiasa ada bersama-samanya,
“ Inilah (Kitab catitan iman dan amal) orang yang terletak
dalam jagaanku, siap sedia (untuk dibicarakan).”

24@ (Setelah tiap-tiap orang dibicarakan, Allah berfirman
kepada kedua malaikat yang menjadi pembawa dan saksi itu),
“ Humbankanlah oleh kamu berdua, ke dalam neraka Jahannam
tiap-tiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya,

25@ Yang sering menghalangi jenis kebajikan, yang melanggar
hukum ugama, lagi yang meragukan kebenaran,

26@ Yang menyembah benda yang lain bersama-sama Allah, maka
humbankanlah oleh kamu berdua akan dia ke dalam azab seksa
yang seberat-beratnya.”

27@ (Semasa ia dihumbankan ke dalam neraka Jahannam, ia
mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat, pada
saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu)
berkata, “ Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi
sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh
terpesong.”

28@ Allah berfirman, “ Janganlah kamu berbalah lagi
di hadapanKu, (tidak ada gunanya berbalah pada masa Aku
membuat keputusan), padahal (kamu sedia mengetahui bahawa) Aku
dahulu telah memberi amaran kepada kamu (akan menyeksa orang-
orang yang bersalah)."

29@ “ KeputusanKu itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti,
dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaKu.”

30@ (Peringatkanlah manusia) akan hari Kami bertanya kepada
neraka Jahannam, “ Adakah engkau sudah penuh ? ” Ia menjawab,
“ Adakah lagi sebarang tambahan ?”

31@ Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-
orang yang bertaqwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka).

32@ (Serta dikatakan kepada mereka), “ Inilah yang dijanjikan
kepada kamu, kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali
(kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat
memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan
Allah),

33@ (Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang
Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak
melihat azab Allah, serta ia datang (kepada Allah) dengan hati
yang tunduk taat.”

34@ (Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata),
“ Masuklah kamu ke dalam Syurga dengan selamat sejahtera, hari
ini ialah hari (bermulanya) kehidupan yang kekal.”

35@ Mereka beroleh apa yang mereka kehendaki di situ, dan
di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak
terlintas di hati mereka).

36@ Dan berapa banyak kaum-kaum (yang ingkar) yang terdahulu
daripada orang-orang musyrik Makkah itu Kami telah binasakan.
Kaum-kaum itu lebih kekuatannya (dan kehandalannya) daripada
mereka, lalu kaum-kaum itu keluar mencari perlindungan
di merata-rata negeri. (Meskipun demikian keadaannya) dapatkah
(mereka) menyelamatkan diri ?

37@ Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-
peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi
pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada
masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya dengan
bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan
hati dan fikiran kepadanya.

38@ Dan demi sesungguhnya ! Kami telah menciptakan langit dan
bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa,
dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah.

39@ Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang
dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu), dan bertasbihlah
sambil memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan
sebelum matahari terbenam.

40@ Serta bertasbihlah kepadaNya pada malam hari dan sesudah
mengerjakan sembahyang.

41@ Dan dengarlah (apa yang diterangkan kepadamu sekarang ini
mengenai hari kiamat), hari (malaikat yang menjadi) penyeru,
menyeru (makhluk-makhluk yang telah mati) dari tempat yang
dekat yang dapat didengar oleh semuanya),

42@ Iaitu hari mereka mendengar pekikan seruan yang menyatakan
perkara yang benar, hari seruan itu ialah hari masing-masing
keluar dari kubur.

43@ Sesungguhnya Kami menghidupkan dan mematikan, dan kepada
Kamilah sahaja tempat kembali (sekalian makhluk).

44@ Pada hari bumi terbelah-belah untuk mereka segera keluar
(daripadanya). Perbuatan (menghidupkan dan) menghimpunkan
mereka di Padang Mahsyar itu, mudah bagi Kami melaksanakannya.

45@ Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan (dari
berbagai tuduhan terhadapmu wahai Muhammad), dan engkau
bukanlah seorang yang berkuasa memaksa mereka (supaya masing-
masing beriman). Oleh itu, berilah peringatan dengan Al Quran
ini kepada orang yang takutkan janji azabKu.


*****

[English Version of Al Quran] 050. Surah Qaf...

1@ Qaf. [These letters (Qaf, etc.) are one of the miracles of
the Qur'an, and none but Allah (Alone) knows their meanings].
By the Glorious Qur'an.

2@ Nay, they wonder that there has come to them a warner
(Muhammad) from among themselves. So the disbelievers say,
" This is a strange thing !"

3@ " When we are dead and have become dust (shall we be
resurrected ?) That is a far return."

4@ We know that which the earth takes of them (their dead
bodies), and with Us is a Book preserved (i.e. the Book of
Decrees).

5@ Nay, but they have denied the truth (this Qur'an) when it
has come to them, so they are in a confused state (can not
differentiate between right and wrong).

6@ Have they not looked at the heaven above them, how We have
made it and adorned it, and there are no rifts in it ?

7@ And the earth ! We have spread it out, and set thereon
mountains standing firm, and have produced therein every kind
of lovely growth (plants).

8@ An insight and a Reminder for every slave turning to Allah
(i.e. the one who believes in Allah and performs deeds of His
obedience, and always begs His pardon).

9@ And We send down blessed water (rain) from the sky, then We
produce therewith gardens and grain (every kind of harvests)
that are reaped.

10@ And tall date palms, with ranged clusters,

11@ A provision for (Allah's) slaves. And We give life
therewith to a dead land. Thus will be the resurrection (of
the dead).

12@ Denied before them (i.e. these pagans of Makkah who denied
you, O Muhammad) the people of Nuh (Noah), and the dwellers of
Rass, and the Thamud,

13@ And 'Ad, and Fir'aun (Pharaoh), and the brethren of Lout
(Lot),

14@ And the dwellers of the Wood, and the people of Tubba',
everyone of them denied (their) Messengers, so My Threat took
effect.

15@ Were We then tired with the first creation ? Nay, They are
in confused doubt about a new creation (i.e. Resurrection) ?

16@ And indeed We have created man, and We know what his
ownself whispers to him. And We are nearer to him than his
jugular vein (by Our Knowledge).

17@ (Remember !) that the two receivers (recording angels)
receive (each human being after he or she has attained the age
of puberty), one sitting on the right and one on the left (to
note his or her actions).

18@ Not a word does he (or she) utter, but there is a watcher
by him ready (to record it).

19@ And the stupor of death will come in truth, " This is what
you have been avoiding !"

20@ And the Trumpet will be blown, that will be the Day
whereof warning (had been given) (i.e. the Day of
Resurrection).

21@ And every person will come forth along with an (angel) to
drive (him), and an (angel) to bear witness.

22@ (It will be said to the sinners), " Indeed you were
heedless of this, now We have removed your covering, and sharp
is your sight this Day !"

23@ And his companion (angel) will say, " Here is (this
Record) ready with me !"

24@ (And it will be said), " Both of you throw (Order from
Allah to the two angels) into Hell, every stubborn disbeliever
(in the Oneness of Allah, in His Messengers, etc.)."

25@ " Hinderer of good, transgressor, doubter,

26@ Who set up another ilah (god) with Allah, then (both of
you) cast him in the severe torment."

27@ His companion (Satan devil) will say, " Our Lord ! I did
not push him to transgress, (in disbelief, oppression, and
evil deeds) but he was himself in error far astray."

28@ Allah will say, " Dispute not in front of Me, I had
already, in advance, sent you the threat.

29@ The Sentence that comes from Me cannot be changed, and I
am not unjust (to the least) to the slaves."

30@ On the Day when We will say to Hell, " Are you filled ?"
It will say, " Are there any more (to come) ?"

31@ And Paradise will be brought near to the Muttaqun (pious,
see V.2:2) not far off.

32@ (It will be said), " This is what you were promised, (it
is) for those oft returning (to Allah) in sincere repentance,
and those who preserve their covenant with Allah (by obeying
Him in all what He has ordered, and worship none but Allah
Alone, i.e. follow Allah's Religion, Islamic Monotheism)."

33@ " Who feared the Most Beneficent (Allah) in the Ghaib
(unseen), (i.e. in this worldly life before seeing and meeting
Him), and brought a heart turned in repentance (to Him, and
absolutely free from each and every kind of polytheism),

34@ Enter you therein in peace and security, this is a Day of
eternal life !"

35@ There they will have all that they desire, and We have
more (for them, i.e. a glance at the All Mighty, All
Majestic).

36@ And how many a generation We have destroyed before them,
who were stronger in power than them, and (when Our Torment
came) they ran for a refuge in the land ! Could they find any
place of refuge (for them to save themselves from
destruction) ?

37@ Verily, therein is indeed a reminder for him who has a
heart or gives ear while he is heedful.

38@ And indeed We created the heavens and the earth and all
between them in six Days and nothing of fatigue touched Us.

39@ So bear with patience (O Muhammad) all that they say, and
glorify the Praises of your Lord, before the rising of the sun
and before (its) setting (i.e. the Fajr, Zuhr, and 'Asr
prayers).

40@ And during a part of the night (also), glorify His praises
(i.e. Maghrib and 'Isha prayers), and (so likewise) after the
prayers [As Sunnah, Nawafil optional and additional prayers,
and also glorify, praise and magnify Allah, Subhan Allah,
Alhamdu lillah, Allahu Akbar].

41@ And listen on the Day when the caller will call from a
near place,

42@ The Day when they will hear As Saihah (shout, etc.) in
truth, that will be the Day of coming out (from the graves
i.e. the Day of Resurrection).

43@ Verily, We it is Who give life and cause death, and to Us
is the final return,

44@ On the Day when the earth shall be cleft, from off them,
(they will come out) hastening forth. That will be a
gathering, quite easy for Us.

45@ We know of best what they say, and you (O Muhammad) are
not a tyrant over them (to force them to Belief). But warn by
the Qur'an, him who fears My Threat.

No comments:

Post a Comment