Friday 4 March 2016

Al Quran Indonesia. 050. Surah Qaaf...

Al Quran Indonesia. 050. Surah Qaaf...

BismillahirRahmanirRahim.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1@ Qaaf. Demi Al Quran yang melimpah-limpah kemuliaan dan
kebaikannya (bahawa sesungguhnya Muhammad adalah Rasul yang
diutus memberi peringatan dan amaran).

2@ (Kaum musyrik Makkah bukan sahaja mengingkari kerasulannya)
bahkan mereka merasa hairan kerana datang kepada mereka, dari
kalangan mereka sendiri, seorang Rasul pemberi peringatan dan
amaran (mengenai perkara hidup semula sesudah mati), lalu
orang-orang yang kafir itu berkata, “ Ini adalah satu perkara
yang menakjubkan !"

3@ “ Adakah (kita akan kembali hidup) sesudah kita mati dan
menjadi tanah ? Itu adalah cara kembali yang jauh (dari
kemungkinan, kerana jasad yang telah hancur tidak dapat
diketahui lagi).”

4@ (Apa yang mereka katakan itu tidaklah benar, kerana) Kami
sedia mengetahui apa yang dimakan oleh bumi sedikit demi
sedikit dari (tubuh orang mati) mereka, serta ada di sisi Kami
sebuah Kitab yang menyimpan (catitan segala perkara yang
berlaku).

5@ (Mereka tidak mahu berfikir betul) bahkan mereka (terburu-
buru) mendustakan kebenaran apabila sahaja sampainya kepada
mereka, oleh sebab itu, mereka berada dalam keadaan yang serba
kacau.

6@ (Kalaulah mereka menyangka Kami tidak berkuasa
mengembalikan mereka hidup semula) maka tidakkah mereka
memandang ke langit yang ada di sebelah atas mereka (dengan
tidak bertiang) bagaimana Kami membinanya (dengan rapi) serta
Kami menghiasinya (dengan bintang-bintang), dan dengan keadaan
tidak ada padanya retak-renggang ?,

7@ Dan juga (keadaan) bumi ini, (bagaimana) Kami bentangkan
dia sebagai hamparan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang
yang terdiri kukuh, serta Kami tumbuhkan padanya pelbagai
jenis tanaman yang indah subur ?

8@ (Kami adakan semuanya itu) untuk menjadi perhatian dan
peringatan, (yang menunjukkan jalan kebenaran), kepada tiap-
tiap seorang hamba Allah yang mahu kembali kepadaNya (dengan
taat dan berbakti).

9@ Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang
banyak faedahnya, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pokok-
pokok tanaman (buah-buahan) dan biji-bijian yang dituai,

10@ Serta pohon-pohon kurma yang tinggi menjulang, yang
mengeluarkan mayang, berlapis-lapis, lagi lebat putiknya,

11@ (Semuanya itu) sebagai rezeki bagi hamba-hamba Kami. Dan
lagi Kami telah hidupkan dengan air itu bumi yang mati,
demikianlah pula keadaan keluarnya (orang-orang yang mati dari
kubur setelah dibangkitkan hidup semula).

12@ Sebelum mereka (yang menentang Nabi Muhammad) itu, kaum
Nabi Nuh, dan “Ashaabur Rassi” serta Thamud (kaum Nabi Soleh),
telah juga mendustakan Rasul masing-masing,

13@ Dan juga Aad (kaum Nabi Hud), dan Firaun, serta kaum Nabi
Lut,

14@ Dan juga penduduk “Aikah”, serta kaum ” Tubba“. Tiap-tiap
satu kaum itu telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus
kepadanya), lalu mereka ditimpa azab yang Aku janjikan.

15@ (Setelah mereka melihat dan memerhatikan makhluk-makhluk
yang Kami ciptakan itu) maka adakah Kami telah lemah dengan
ciptaan yang pertama itu (sehingga Kami tidak dapat
mengadakannya semula ? Tidak ! Dan merekapun tidak mengingkari
kekuasaan Kami). Bahkan mereka berada dalam keadaan keliru dan
ragu-ragu tentang ciptaan makhluk-makhluk (hidup semula) dalam
bentuk yang baharu.

16@ Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan
Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang
(pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat
lehernya,

17@ Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya)
menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya, yang
satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah
kirinya.

18@ Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau
perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat
pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).

19@ Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah
“Sakaratulmuat” membawa kebenaran (yang telah dijanjikan,
serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu),
“ Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri
daripadanya !”

20@ Dan lagi (apabila sampai saat yang ditentukan) ditiuplah
sangkakala (untuk menghidupkan semula makhluk-makhluk yang
telah mati), saat itu ialah hari berlakunya amaran yang telah
diberikan.

21@ Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang
Mahsyar), disertai (dua malaikat, yang satu menjadi) pembawa,
dan (yang satu lagi menjadi) saksi,

22@ (Serta dikatakan kepadanya), “ Demi sesungguhnya ! Engkau
di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara
hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu
itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat
menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat).”

23@ Dan berkatalah malaikat yang sentiasa ada bersama-samanya,
“ Inilah (Kitab catitan iman dan amal) orang yang terletak
dalam jagaanku, siap sedia (untuk dibicarakan).”

24@ (Setelah tiap-tiap orang dibicarakan, Allah berfirman
kepada kedua malaikat yang menjadi pembawa dan saksi itu),
“ Humbankanlah oleh kamu berdua, ke dalam neraka Jahannam
tiap-tiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya,

25@ Yang sering menghalangi jenis kebajikan, yang melanggar
hukum ugama, lagi yang meragukan kebenaran,

26@ Yang menyembah benda yang lain bersama-sama Allah, maka
humbankanlah oleh kamu berdua akan dia ke dalam azab seksa
yang seberat-beratnya.”

27@ (Semasa ia dihumbankan ke dalam neraka Jahannam, ia
mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat, pada
saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu)
berkata, “ Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi
sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh
terpesong.”

28@ Allah berfirman, “ Janganlah kamu berbalah lagi
di hadapanKu, (tidak ada gunanya berbalah pada masa Aku
membuat keputusan), padahal (kamu sedia mengetahui bahawa) Aku
dahulu telah memberi amaran kepada kamu (akan menyeksa orang-
orang yang bersalah)."

29@ “ KeputusanKu itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti,
dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaKu.”

30@ (Peringatkanlah manusia) akan hari Kami bertanya kepada
neraka Jahannam, “ Adakah engkau sudah penuh ? ” Ia menjawab,
“ Adakah lagi sebarang tambahan ?”

31@ Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-
orang yang bertaqwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka).

32@ (Serta dikatakan kepada mereka), “ Inilah yang dijanjikan
kepada kamu, kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali
(kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat
memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan
Allah),

33@ (Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang
Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak
melihat azab Allah, serta ia datang (kepada Allah) dengan hati
yang tunduk taat.”

34@ (Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata),
“ Masuklah kamu ke dalam Syurga dengan selamat sejahtera, hari
ini ialah hari (bermulanya) kehidupan yang kekal.”

35@ Mereka beroleh apa yang mereka kehendaki di situ, dan
di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak
terlintas di hati mereka).

36@ Dan berapa banyak kaum-kaum (yang ingkar) yang terdahulu
daripada orang-orang musyrik Makkah itu Kami telah binasakan.
Kaum-kaum itu lebih kekuatannya (dan kehandalannya) daripada
mereka, lalu kaum-kaum itu keluar mencari perlindungan
di merata-rata negeri. (Meskipun demikian keadaannya) dapatkah
(mereka) menyelamatkan diri ?

37@ Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-
peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi
pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada
masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya dengan
bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan
hati dan fikiran kepadanya.

38@ Dan demi sesungguhnya ! Kami telah menciptakan langit dan
bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa,
dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah.

39@ Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang
dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu), dan bertasbihlah
sambil memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan
sebelum matahari terbenam.

40@ Serta bertasbihlah kepadaNya pada malam hari dan sesudah
mengerjakan sembahyang.

41@ Dan dengarlah (apa yang diterangkan kepadamu sekarang ini
mengenai hari kiamat), hari (malaikat yang menjadi) penyeru,
menyeru (makhluk-makhluk yang telah mati) dari tempat yang
dekat yang dapat didengar oleh semuanya),

42@ Iaitu hari mereka mendengar pekikan seruan yang menyatakan
perkara yang benar, hari seruan itu ialah hari masing-masing
keluar dari kubur.

43@ Sesungguhnya Kami menghidupkan dan mematikan, dan kepada
Kamilah sahaja tempat kembali (sekalian makhluk).

44@ Pada hari bumi terbelah-belah untuk mereka segera keluar
(daripadanya). Perbuatan (menghidupkan dan) menghimpunkan
mereka di Padang Mahsyar itu, mudah bagi Kami melaksanakannya.

45@ Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan (dari
berbagai tuduhan terhadapmu wahai Muhammad), dan engkau
bukanlah seorang yang berkuasa memaksa mereka (supaya masing-
masing beriman). Oleh itu, berilah peringatan dengan Al Quran
ini kepada orang yang takutkan janji azabKu.


*****

[English Version of Al Quran] 050. Surah Qaf...

1@ Qaf. [These letters (Qaf, etc.) are one of the miracles of
the Qur'an, and none but Allah (Alone) knows their meanings].
By the Glorious Qur'an.

2@ Nay, they wonder that there has come to them a warner
(Muhammad) from among themselves. So the disbelievers say,
" This is a strange thing !"

3@ " When we are dead and have become dust (shall we be
resurrected ?) That is a far return."

4@ We know that which the earth takes of them (their dead
bodies), and with Us is a Book preserved (i.e. the Book of
Decrees).

5@ Nay, but they have denied the truth (this Qur'an) when it
has come to them, so they are in a confused state (can not
differentiate between right and wrong).

6@ Have they not looked at the heaven above them, how We have
made it and adorned it, and there are no rifts in it ?

7@ And the earth ! We have spread it out, and set thereon
mountains standing firm, and have produced therein every kind
of lovely growth (plants).

8@ An insight and a Reminder for every slave turning to Allah
(i.e. the one who believes in Allah and performs deeds of His
obedience, and always begs His pardon).

9@ And We send down blessed water (rain) from the sky, then We
produce therewith gardens and grain (every kind of harvests)
that are reaped.

10@ And tall date palms, with ranged clusters,

11@ A provision for (Allah's) slaves. And We give life
therewith to a dead land. Thus will be the resurrection (of
the dead).

12@ Denied before them (i.e. these pagans of Makkah who denied
you, O Muhammad) the people of Nuh (Noah), and the dwellers of
Rass, and the Thamud,

13@ And 'Ad, and Fir'aun (Pharaoh), and the brethren of Lout
(Lot),

14@ And the dwellers of the Wood, and the people of Tubba',
everyone of them denied (their) Messengers, so My Threat took
effect.

15@ Were We then tired with the first creation ? Nay, They are
in confused doubt about a new creation (i.e. Resurrection) ?

16@ And indeed We have created man, and We know what his
ownself whispers to him. And We are nearer to him than his
jugular vein (by Our Knowledge).

17@ (Remember !) that the two receivers (recording angels)
receive (each human being after he or she has attained the age
of puberty), one sitting on the right and one on the left (to
note his or her actions).

18@ Not a word does he (or she) utter, but there is a watcher
by him ready (to record it).

19@ And the stupor of death will come in truth, " This is what
you have been avoiding !"

20@ And the Trumpet will be blown, that will be the Day
whereof warning (had been given) (i.e. the Day of
Resurrection).

21@ And every person will come forth along with an (angel) to
drive (him), and an (angel) to bear witness.

22@ (It will be said to the sinners), " Indeed you were
heedless of this, now We have removed your covering, and sharp
is your sight this Day !"

23@ And his companion (angel) will say, " Here is (this
Record) ready with me !"

24@ (And it will be said), " Both of you throw (Order from
Allah to the two angels) into Hell, every stubborn disbeliever
(in the Oneness of Allah, in His Messengers, etc.)."

25@ " Hinderer of good, transgressor, doubter,

26@ Who set up another ilah (god) with Allah, then (both of
you) cast him in the severe torment."

27@ His companion (Satan devil) will say, " Our Lord ! I did
not push him to transgress, (in disbelief, oppression, and
evil deeds) but he was himself in error far astray."

28@ Allah will say, " Dispute not in front of Me, I had
already, in advance, sent you the threat.

29@ The Sentence that comes from Me cannot be changed, and I
am not unjust (to the least) to the slaves."

30@ On the Day when We will say to Hell, " Are you filled ?"
It will say, " Are there any more (to come) ?"

31@ And Paradise will be brought near to the Muttaqun (pious,
see V.2:2) not far off.

32@ (It will be said), " This is what you were promised, (it
is) for those oft returning (to Allah) in sincere repentance,
and those who preserve their covenant with Allah (by obeying
Him in all what He has ordered, and worship none but Allah
Alone, i.e. follow Allah's Religion, Islamic Monotheism)."

33@ " Who feared the Most Beneficent (Allah) in the Ghaib
(unseen), (i.e. in this worldly life before seeing and meeting
Him), and brought a heart turned in repentance (to Him, and
absolutely free from each and every kind of polytheism),

34@ Enter you therein in peace and security, this is a Day of
eternal life !"

35@ There they will have all that they desire, and We have
more (for them, i.e. a glance at the All Mighty, All
Majestic).

36@ And how many a generation We have destroyed before them,
who were stronger in power than them, and (when Our Torment
came) they ran for a refuge in the land ! Could they find any
place of refuge (for them to save themselves from
destruction) ?

37@ Verily, therein is indeed a reminder for him who has a
heart or gives ear while he is heedful.

38@ And indeed We created the heavens and the earth and all
between them in six Days and nothing of fatigue touched Us.

39@ So bear with patience (O Muhammad) all that they say, and
glorify the Praises of your Lord, before the rising of the sun
and before (its) setting (i.e. the Fajr, Zuhr, and 'Asr
prayers).

40@ And during a part of the night (also), glorify His praises
(i.e. Maghrib and 'Isha prayers), and (so likewise) after the
prayers [As Sunnah, Nawafil optional and additional prayers,
and also glorify, praise and magnify Allah, Subhan Allah,
Alhamdu lillah, Allahu Akbar].

41@ And listen on the Day when the caller will call from a
near place,

42@ The Day when they will hear As Saihah (shout, etc.) in
truth, that will be the Day of coming out (from the graves
i.e. the Day of Resurrection).

43@ Verily, We it is Who give life and cause death, and to Us
is the final return,

44@ On the Day when the earth shall be cleft, from off them,
(they will come out) hastening forth. That will be a
gathering, quite easy for Us.

45@ We know of best what they say, and you (O Muhammad) are
not a tyrant over them (to force them to Belief). But warn by
the Qur'an, him who fears My Threat.

Al Quran Indonesia. 049. Surah Al Hujurat (Bilik-Bilik)...

Al Quran Indonesia. 049. Surah Al Hujurat (Bilik-Bilik)...

BismillahirRahmanirRahim.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1@ Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah kamu memandai-
mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum
atau kebenaran) Allah dan RasulNya, dan bertaqwalah kamu
kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui.

2@ Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah kamu mengangkat
suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu
menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya
sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa
bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang
demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang
kamu tidak menyedarinya.

3@ Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya semasa
mereka berada di sisi Rasulullah (s.a.w), merekalah orang-
orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertaqwa,
mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.

4@ Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-
bilik (tempat ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak
mengerti (adab dan tata tertib).

5@ Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau
keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik
bagi mereka, dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.

6@ Wahai orang-orang yang beriman ! Jika datang kepada kamu
seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk
menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu
kaum dengan perkara yang tidak diingini, dengan sebab
kejahilan kamu (mengenainya), sehingga menjadikan kamu
menyesali apa yang kamu telah lakukan.

7@ Dan ketahuilah ! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada
Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu
mendahului pentadbirannya), kalaulah ia menurut kehendak kamu
dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami
kesukaran, akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan
perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang
yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman
suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam
hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta
perbuatan derhaka itu, perkara-perkara yang kamu benci, mereka
yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut
jalan yang lurus,

8@ (Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah
kurnia dan nikmat pemberian dari Allah, dan (ingatlah), Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

9@ Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang,
maka damaikanlah di antara keduanya, jika salah satunya
berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang
zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah, jika ia
kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil
(menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam
segala perkara), sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang
berlaku adil.

10@ Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,
maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang
bertelingkah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu
beroleh rahmat.

11@ Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah sesuatu puak
(dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki
yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik
daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum
perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang
lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik
daripada mereka, dan janganlah setengah kamu menyatakan
keaiban setengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu
panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran
yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang
yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya
sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan
(ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan
fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

12@ Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhilah kebanyakan dari
sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang)
kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa,
dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan
keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat
setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan
daging saudaranya yang telah mati ? (Jika demikian keadaan
mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu,
patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah
kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi
Maha mengasihani.

13@ Wahai umat manusia ! Sesungguhnya Kami telah menciptakan
kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu
berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan
(dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih
taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau
bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

14@ Orang-orang ”A’raab” berkata, ” Kami telah beriman.”
Katakanlah (wahai Muhammad), “ Kamu belum beriman, (janganlah
berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap
masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja, " Kami telah
Islam." Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya
(zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun
dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

15@ Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman
hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya,
kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi,
serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada
jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan
imannya).

16@ Katakanlah (kepada orang-orang “A’raab” itu wahai
Muhammad), “ Patutkah kamu hendak memberitahu kepada Allah
tentang ugama kamu (dengan berkata, " Kami telah beriman")?
Padahal Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang
ada di bumi, dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap
sesuatu.”

17@ Mereka mengira dirinya berbudi kepadamu (wahai Muhammad)
dengan sebab mereka telah Islam (tidak melawan dan tidak
menentang). Katakanlah (kepada mereka), “ Janganlah kamu
mengira keislaman kamu itu sebagai budi kepadaku, bahkan
(kalaulah sah dakwaan kamu itu sekalipun maka) Allah jualah
yang berhak membangkit-bangkitkan budiNya kepada kamu, kerana
Dialah yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu dakwakan
itu), kalau betul kamu orang-orang yang benar (pengakuan
imannya)."

18@ “ Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan
bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan.”


*****

[English Version of Al Quran] 049. Surah Al Hujuraat (The
Dwellings)...

1@ O you who believe ! Do not put (yourselves) forward before
Allah and His Messenger, and fear Allah. Verily ! Allah is All
Hearing, All Knowing.

2@ O you who believe ! Raise not your voices above the voice
of the Prophet, nor speak aloud to him in talk as you speak
aloud to one another, lest your deeds may be rendered
fruitless while you perceive not.

3@ Verily ! Those who lower their voices in the presence of
Allah's Messenger, they are the ones whose hearts Allah has
tested for piety. For them is forgiveness and a great reward.

4@ Verily ! Those who call you from behind the dwellings, most
of them have no sense.

5@ And if they had patience till you could come out to them,
it would have been better for them. And Allah is Oft
Forgiving, Most Merciful.

6@ O you who believe ! If a rebellious evil person comes to
you with a news, verify it, lest you harm people in ignorance,
and afterwards you become regretful to what you have done.

7@ And know that, among you there is the Messenger of Allah.
If he were to obey you (i.e. follow your opinions and desires)
in much of the matter, you would surely be in trouble, but
Allah has endeared the Faith to you and has beautified it in
your hearts, and has made disbelief, wickedness and
disobedience (to Allah and His Messenger) hateful to you.
These ! They are the rightly guided ones,

8@ (This is) a Grace from Allah and His Favour. And Allah is
All Knowing, All Wise.

9@ And if two parties or groups among the believers fall to
fighting, then make peace between them both, but if one of
them rebels against the other, then fight you (all) against
the one that which rebels till it complies with the Command of
Allah, then if it complies, then make reconciliation between
them justly, and be equitable. Verily ! Allah loves those who
are equitable.

10@ The believers are nothing else than brothers (in Islamic
religion). So make reconciliation between your brothers, and
fear Allah, that you may receive mercy.

11@ O you who believe ! Let not a group scoff at another
group, it may be that the latter are better than the former,
nor let (some) women scoff at other women, it may be that the
latter are better than the former, nor defame one another, nor
insult one another by nicknames. How bad is it, to insult
one's brother after having Faith [i.e. to call your Muslim
brother (a faithful believer) as, "O sinner", or "O wicked",
etc.]. And whosoever does not repent, then such are indeed
Zalimun (wrong doers, etc.).

12@ O you who believe ! Avoid much suspicions, indeed some
suspicions are sins. And spy not, neither backbite one
another. Would one of you like to eat the flesh of his dead
brother ? You would hate it (so hate backbiting). And fear
Allah. Verily, Allah is the One Who accepts repentance, Most
Merciful.

13@ O mankind ! We have created you from a male and a female,
and made you into nations and tribes, that you may know one
another. Verily, the most honourable of you with Allah is that
(believer) who has At Taqwa [i.e. one of the Muttaqun (pious,
see V.2:2)]. Verily, Allah is All Knowing, All Aware.

14@ The bedouins say, " We believe." Say, " You believe not
but you only say, " We have surrendered (in Islam)," for Faith
has not yet entered your hearts. But if you obey Allah and His
Messenger, He will not decrease anything in reward for your
deeds. Verily, Allah is Oft Forgiving, Most Merciful."

15@ Only those are the believers who have believed in Allah
and His Messenger, and afterward doubt not but strive with
their wealth and their lives for the Cause of Allah. Those !
They are the truthful.

16@ Say, " Will you inform Allah about your religion ? While
Allah knows all that is in the heavens and all that is in the
earth, and Allah is All Aware of everything."

17@ They regard as favour upon you (O Muhammad) that they have
embraced Islam. Say, " Count not your Islam as a favour upon
me. Nay, but Allah has conferred a favour upon you, that He
has guided you to the Faith, if you indeed are true."

18@ Verily, Allah knows the unseen of the heavens and the
earth. And Allah is the All Seer of what you do.

Al Quran Indonesia. 048. Surah Al Fath (Kemenangan)...

Al Quran Indonesia. 048. Surah Al Fath (Kemenangan)...

BismillahirRahmanirRahim.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1@ Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai
Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,

2@ Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah
dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan
menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah
ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan
melaksanakan hukum-hukumnya).

3@ Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk
mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal
pertolongan (yang tidak ada bandingannya).

4@ (Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang
menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang
yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh)
supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan
keyakinan mereka yang sedia ada, padahal Allah menguasai
tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka), dan Allah
adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

5@ (Allah melakukan yang demikian) supaya ia memasukkan orang-
orang yang beriman (lelaki dan perempuan) ke dalam Syurga yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai, dengan keadaan kekal
mereka di dalamnya, serta menghapuskan dosa-dosa mereka, dan
adalah yang demikian itu pada sisi Allah merupakan kejayaan
yang besar (untuk mereka),

6@ Dan supaya Ia menyeksa orang-orang munafik (lelaki dan
perempuan, dan orang-orang musyrik) lelaki dan perempuan, yang
menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang buruk (bahawa Ia
akan mengecewakan RasulNya). Atas merekalah tertimpanya bala
bencana yang dibawa oleh peredaran zaman, dan (selain itu)
Allah murkai mereka dan melaknatkan mereka serta menyediakan
untuk mereka neraka Jahannam, sedang neraka Jahannam itu
adalah seburuk-buruk tempat kembali.

7@ Dan Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menyeksa
orang-orang yang derhaka), dan Allah adalah Maha Kuasa, lagi
Maha Bijaksana.

8@ Sesungguhnya Kami telah mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai
Rasul yang menjadi saksi (yang diterima keterangannya), dan
sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang
beriman), serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang
ingkar).

9@ (Kami mengutusmu wahai Muhammad) supaya engkau dan umatmu
beriman kepada Allah dan RasulNya, dan supaya kamu kuatkan
ugamaNya serta memuliakanNya, dan supaya kamu beribadat
kepadaNya pada waktu pagi dan petang.

10@ Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia
kepadamu (wahai Muhammad, untuk berjuang menentang musuh),
mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada
Allah, Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia
itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak
menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan
itu hanya menimpa dirinya, dan sesiapa yang menyempurnakan apa
yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi
kepadanya pahala yang besar.

11@ Orang-orang “A’raab” (kaum Arab Badwi) yang ketinggalan
tidak turut (bersama-sama denganmu ke Hudaibiyah), akan
berkata kepadamu (wahai Muhammad), “ Kami telah dihalangi oleh
urusan menjaga keselamatan harta benda dan anak isteri kami,
oleh itu, pohonkanlah ampun kepada Allah untuk kami.” Mereka
berkata dengan lidahnya apa yang tidak ada dalam hatinya.
Katakanlah (wahai Muhammad, “ Jika demikian sebab ketinggalan
kamu) maka adakah sesiapa yang berkuasa mempertahankan kamu
daripada terkena atau menerima sesuatu ketetapan dari Allah
jika Ia tetapkan kamu ditimpa bahaya atau beroleh manfaat ?
(Tidak ada sesiapapun, dan apa yang kamu katakan itu bukanlah
menjadi sebab) bahkan Allah adalah Maha Mendalam
pengetahuanNya tentang sebab ketinggalan yang kamu lakukan itu
(dan Ia akan membalasnya)."

12@ “ (Itu bukanlah sebabnya) bahkan sebabnya kamu telah
menyangka bahawa Rasulullah dan orang-orang yang beriman (yang
pergi berperang akan binasa semuanya dan) tidak akan kembali
lagi kepada akan isteri dan keluarga masing-masing selama-
lamanya, dan sangkaan yang demikian itu diperelokkan (oleh
Syaitan) di dalam hati kamu (serta menerimanya), dan lagi kamu
telah menyangka berbagai-bagai sangkaan yang buruk (terhadap
ugama Allah yang dibawa oleh RasulNya), dan (dengan itu)
menjadilah kamu kaum yang rosak binasa.”

13@ Dan (ingatlah bahawa) sesiapa yang tidak beriman kepada
Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya Kami sediakan bagi
orang-orang kafir itu api neraka yang menjulang-julang.

14@ Dan (ingatlah juga bahawa) kuasa pemerintahan langit dan
bumi adalah hak kepunyaan Allah, Ia berkuasa mengampunkan
sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga berkuasa menyeksa
sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah adalah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.

15@ Orang-orang (munafik) yang tidak turut berjuang (bersama-
sama kamu) akan berkata semasa kamu pergi (mengepong musuh
serta) mendapat harta rampasan perang, " Biarkanlah kami turut
serta dengan kamu !” Mereka (dengan itu) hendak mengubah janji
Allah (yang menentukan hanya orang-orang yang turut hadir
di Hudaibiyah sahaja yang berhak mendapat harta rampasan
perang itu). Katakanlah (wahai Muhammad), “ Kamu tidak
dibenarkan sama sekali turut serta dengan kami, demikianlah
Allah menegaskan (larangan itu) semenjak dahulu lagi.” Mereka
akan berkata pula, “ (Bukan Tuhan yang melarang) bahkan kamu
dengki kepada kami”, (apa yang mereka katakan itu tidaklah
benar), bahkan mereka tidak faham kecuali sedikit sahaja,
(mereka hanya faham tentang kehidupan dan kesenangan dunia
semata-mata).

16@ Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tidak
turut berjuang (bersama-samamu) dari kalangan kaum-kaum Arab
Badwi, “ Kamu akan diajak menentang satu kaum (penceroboh)
yang sangat kuat gagah supaya kamu memeranginya, atau mereka
menurut perintah Islam (secara damai). Jika kamu taat
(menjalankan perintah Allah ini), Allah akan mengurniakan kamu
dengan balasan yang baik (di dunia dan akhirat), dan kalau
kamu berpaling ingkar seperti keingkaran dahulu, nescaya Allah
akan menyeksa kamu dengan azab yang tidak terperi sakitnya.”

17@ Tidaklah menjadi salah kepada orang buta, dan tidaklah
menjadi salah kepada orang tempang, dan tidaklah menjadi salah
kepada orang sakit (tidak turut berperang, kerana masing-
masing ada uzurnya). Dan (ingatlah), sesiapa yang taat kepada
Allah dan RasulNya, akan dimasukkanNya ke dalam Syurga yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai, dan sesiapa yang
berpaling ingkar, akan diseksaNya dengan azab yang tidak
terperi sakitnya.

18@ Demi sesungguhnya ! Allah reda akan orang-orang yang
beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia
kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang
termaklum di Hudaibiyah), maka (dengan itu) ternyata apa yang
sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia)
yang ada dalam hati mereka, lalu Ia menurunkan semangat tenang
tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan
yang dekat masa datangnya,

19@ Dan juga dengan banyak harta rampasan perang, yang mereka
akan dapat mengambilnya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

20@ (Sebagai memuliakan orang-orang yang memberi pengakuan
taat setianya di Hudaibiyah, Tuhan menujukan firmannya kepada
mereka), Allah menjanjikan kepada kamu harta rampasan yang
banyak yang kamu akan mengambilnya, lalu Ia menyegerakan untuk
kamu harta rampasan perang ini, serta Ia telah menahan tangan
manusia (pihak musuh di situ) daripada menyerang kamu, (Allah
melakukan yang demikian supaya kamu beroleh manfaat) dan
supaya menjadi tanda (yang membuktikan kebenaran janjiNya)
bagi orang-orang yang beriman, dan juga supaya Ia menambahkan
kamu hidayah ke jalan yang lurus.

21@ Dan ada lagi harta rampasan lain yang kamu belum dapat
menguasainya, (tetapi) Allah telah memelihara harta itu dengan
kekuasaanNya (untuk kamu mendapatnya), dan (ingatlah), Allah
adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

22@ Dan sekiranya orang-orang kafir (dari penduduk Makkah) itu
memerangi kamu (di Hudaibiyah), tentulah mereka akan berpaling
melarikan diri dengan kekalahan, kemudian mereka tidak akan
beroleh sesiapapun yang menjadi pelindung atau memberikan
pertolongan.

23@ (Kekalahan orang-orang yang menentang Rasul Allah sudah
tetap menurut) “Sunnatullah” (peraturan Allah) yang telah
berlaku semenjak dahulu lagi, dan engkau tidak akan mendapati
sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu.

24@ Dan Dialah yang telah menahan tangan mereka (yang musyrik)
daripada melakukan perkara yang buruk terhadap kamu, dan
tangan kamu daripada berbuat demikian kepada mereka di kawasan
Makkah, sesudah Ia menjadikan kamu dapat menewaskan mereka.
Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Melihat akan segala yang
kamu kerjakan.

25@ Mereka itulah orang-orang yang kafir dan menghalang kamu
daripada masuk ke masjid Al Haraam (Makkah Al Mukarramah)
serta (menyebabkan) binatang-binatang korban (yang kamu bawa),
tertahan dari sampai ke tempat sembelihannya. Dan kalaulah
tidak kerana kemungkinan kamu akan melakukan pembunuhan yang
tidak sengaja terhadap beberapa orang yang beriman, lelaki dan
perempuan, yang ada di antara orang-orang kafir itu, padahal
kamu tidak mengetahui mereka beriman, yang akibatnya kamu akan
menanggung kesusahan dan dukacita disebabkan pembunuhan
mereka, (tentulah diizinkan kamu menyerang kaum musyrik yang
mengancam kamu itu). (Tetapi tidak diizinkan) kerana Allah
hendak memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya ke dalam
rahmatNya. Kalaulah mereka (penduduk Makkah, yang beriman dan
yang musyrik) itu berpisahan (di antara satu puak dengan yang
lain), tentulah Kami menyeksa orang-orang yang kafir dari
mereka dengan seksa (di dunia) yang tidak terperi sakitnya.

26@ (Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika
orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh
yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) perasaan
sombong angkuh secara Jahiliyah (yang menyebabkan kamu panas
hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang
tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman
(sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap
berpegang kepada “Kalimah Taqwa”, sedang mereka (di sisi
Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan “Kalimah
Taqwa” itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah
Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

27@ Demi sesungguhnya ! Allah tetap menyatakan benar RasulNya
dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar, iaitu
sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al Haraam,
in sya Allah (pada masa yang ditentukanNya) dalam keadaan aman
(menyempurnakan ibadat umrah kamu) dengan mencukur kepala
kamu, dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya,
serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh
sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah menangguhkan
berlakunya kenyataan itu) kerana Ia mengetahui (adanya feadah
dalam penangguhan itu) yang kamu tidak mengetahuinya, maka Ia
menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan
yang dekat (masa berlakunya).

28@ (Allah yang menyatakan itu) Dialah yang telah mengutus
RasulNya (Muhammad, s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan
ugama yang benar (ugama Islam), supaya Dia memenangkannya dan
meninggikannya atas segala bawaan ugama yang lain, dan
cukuplah Allah menjadi Saksi (tentang kebenaran apa yang
dibawa oleh RasulNya itu).

29@ Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah, dan orang-orang
yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap
orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya
bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama
sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat
rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala)
dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang
menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat
muka mereka dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas).
Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat,
dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah, (bahawa
mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan
anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya,
sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas
(pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-
orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi
Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta
kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-
orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki,
dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah
telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.


*****

[English Version of Al Quran] 048. Surah Al Fath (The Victory)

1@ Verily, We have given you (O Muhammad) a manifest victory.

2@ That Allah may forgive you, your sins of the past and the
future, and complete His Favour on you, and guide you on the
Straight Path,

3@ And that Allah may help you with strong help.

4@ He it is Who sent down As Sakinah (calmness and
tranquillity) into the hearts of the believers, that they may
grow more in Faith along with their (present) Faith. And to
Allah belong the hosts of the heavens and the earth, and Allah
is Ever All Knower, All Wise.

5@ That He may admit the believing men and the believing women
to Gardens under which rivers flow (i.e. Paradise), to abide
therein forever, and to expiate from them their sins, and that
is with Allah, a supreme success,

6@ And that He may punish the Munafiqun (hypocrites), men and
women, and also the Mushrikun men and women, who think evil
thoughts about Allah, for them is a disgraceful torment, and
the Anger of Allah is upon them, and He has cursed them and
prepared Hell for them, and worst indeed is that destination.

7@ And to Allah belong the hosts of the heavens and the earth.
And Allah is Ever All Knower, All Wise.

8@ Verily, We have sent you (O Muhammad) as a witness, as a
bearer of glad tidings, and as a warner.

9@ In order that you (O mankind) may believe in Allah and His
Messenger, and that you assist and honour him, and (that you)
glorify (Allah's) praises morning and afternoon.

10@ Verily, those who give Bai'a (pledge) to you (O Muhammad)
they are giving Bai'a (pledge) to Allah. The Hand of Allah is
over their hands. Then whosoever breaks his pledge, breaks
only to his own harm, and whosoever fulfills what he has
covenanted with Allah, He will bestow on him a great reward.

11@ Those of the bedouins who lagged behind will say to you,
" Our possessions and our families occupied us, so ask
forgiveness for us." They say with their tongues what is not
in their hearts. Say, " Who then has any power at all (to
intervene) on your behalf with Allah, if He intends you hurt
or intends you benefit ? Nay, but Allah is Ever All Aware of
what you do.

12@ " Nay, but you thought that the Messenger and the
believers would never return to their families, and that was
made fair seeming in their hearts, and you did think an evil
thought and you became a useless people going for
destruction."

13@ And whosoever does not believe in Allah and His Messenger
(Muhammad), then verily, We have prepared for the disbelievers
a blazing Fire.

14@ And to Allah belongs the sovereignty of the heavens and
the earth, He forgives whom He wills, and punishes whom He
wills. And Allah is Ever Oft Forgiving, Most Merciful.

15@ Those who lagged behind will say, when you set forth to
take the spoils, " Allow us to follow you," They want to
change Allah's Words. Say, " You shall not follow us, thus
Allah has said beforehand." Then they will say, " Nay, you
envy us." Nay, but they understand not except a little.

16@ Say (O Muhammad) to the bedouins who lagged behind, " You
shall be called to fight against a people given to great
warfare, then you shall fight them, or they shall surrender.
Then if you obey, Allah will give you a fair reward, but if
you turn away as you did turn away before, He will punish you
with a painful torment."

17@ No blame or sin is there upon the blind, nor is there
blame or sin upon the lame, nor is there blame or sin upon the
sick (that they go not forth to war). And whosoever obeys
Allah and His Messenger (Muhammad), He will admit him to
Gardens beneath which rivers flow (Paradise), and whosoever
turns back, He will punish him with a painful torment.

18@ Indeed, Allah was pleased with the believers when they
gave their Bai'a (pledge) to you (O Muhammad) under the tree,
He knew what was in their hearts, and He sent down As Sakinah
(calmness and tranquillity) upon them, and He rewarded them
with a near victory,

19@ And abundant spoils that they will capture. And Allah is
Ever All Mighty, All Wise.

20@ Allah has promised you abundant spoils that you will
capture, and He has hastened for you this, and He has
restrained the hands of men from you, that it may be a sign
for the believers, and that He may guide you to a Straight
Path.

21@ And other (victories and much booty there are, He promises
you) which are not yet within your power, indeed Allah
compasses them, And Allah is Ever Able to do all things.

22@ And if those who disbelieve fight against you, they
certainly would have turned their backs, then they would have
found neither a Wali (protector) nor a helper.

23@ That has been the Way of Allah already with those who
passed away before. And you will not find any change in the
Way of Allah.

24@ And He it is Who has withheld their hands from you and
your hands from them in the midst of Makkah, after He had made
you victors over them. And Allah is Ever the All Seer of what
you do.

25@ They are the ones who disbelieved (in the Oneness of Allah
Islamic Monotheism), and hindered you from Al Masjid al Haram
(the sacred mosque of Makkah) and the sacrificial animals,
detained from reaching their place of sacrifice. Had there not
been believing men and believing women whom you did not know,
that you may kill them, and on whose account a sin would have
been committed by you without (your) knowledge, that Allah
might bring into His Mercy whom He will, if they (the
believers and the disbelievers) should have been apart, We
verily had punished those of them who disbelieved, with
painful torment.

26@ When those who disbelieve had put in their hearts pride
and haughtiness the pride and haughtiness of the time of
ignorance, then Allah sent down His Sakinah (calmness and
tranquillity) upon His Messenger and upon the believers, and
made them stick to the word of piety (i.e. none has the right
to be worshipped but Allah), and they were well entitled to it
and worthy of it. And Allah is the All Knower of everything.

27@ Indeed Allah shall fulfil the true vision which He showed
to His Messenger [i.e. the Prophet saw a dream that he has
entered Makkah along with his companions, having their (head)
hair shaved and cut short] in very truth. Certainly, you shall
enter Al Masjid al Haram, if Allah wills, secure, (some)
having your heads shaved, and (some) having your head hair cut
short, having no fear. He knew what you knew not, and He
granted besides that a near victory.

28@ He it is Who has sent His Messenger (Muhammad) with
guidance and the religion of truth (Islam), that He may make
it (Islam) superior over all religions. And All Sufficient is
Allah as a Witness.

29@ Muhammad is the Messenger of Allah, and those who are with
him are severe against disbelievers, and merciful among
themselves. You see them bowing and falling down prostrate (in
prayer), seeking Bounty from Allah and (His) Good Pleasure.
The mark of them (i.e. of their Faith) is on their faces
(foreheads) from the traces of (their) prostration (during
prayers). This is their description in the Taurat (Torah). But
their description in the Injeel (Gospel) is like a (sown) seed
which sends forth its shoot, then makes it strong, it then
becomes thick, and it stands straight on its stem, delighting
the sowers that He may enrage the disbelievers with them.
Allah has promised those among them who believe (i.e. all
those who follow Islamic Monotheism, the religion of Prophet
Muhammad till the Day of Resurrection) and do righteous good
deeds, forgiveness and a mighty reward (i.e. Paradise).

Al Quran Indonesia. 047. Surah Muhammad (Nabi Muhammad SAW)...

Al Quran Indonesia. 047. Surah Muhammad (Nabi Muhammad SAW)...

BismillahirRahmanirRahim.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1@ Orang-orang yang kafir serta menghalangi (dirinya dan orang
lain) dari jalan Allah, Allah sia-siakan segala amal mereka.

2@ Dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman dan mengerjakan
amal yang soleh serta beriman kepada Al Quran yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad (s.a.w), yang ialah kebenaran dari Tuhan
mereka, Allah mengampunkan dosa-dosa mereka, dan menjayakan
keadaan mereka (di dunia dan di akhirat).

3@ Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya orang-orang
yang kafir menurut perkara yang salah, dan sesungguhnya orang-
orang yang beriman menurut perkara yang benar dari Tuhan
mereka. Demikianlah Allah menerangkan kepada umat manusia akan
sifat dan akibat bawaan mereka masing-masing.

4@ Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang
orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah
lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan
banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana yang
hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya. Setelah selesai
pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) sama ada hendak
memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu dengan tiada
sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka dengan mengambil
penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir
yang menceroboh) sehinggalah berakhir peperangan jihad itu
(dan lenyaplah sebab-sebab yang memimbulkannya). Demikianlah
(diperintahkan kamu melakukannya). Dan sekiranya Allah
menghendaki, tentulah Ia membinasakan mereka (dengan tidak
payah kamu memeranginya), tetapi Ia (perintahkan kamu berbuat
demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang
golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu). Dan orang-
orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah
(mempertahankan ugamanya), maka Allah tidak sekali kali akan
mensia-siakan amal-amal mereka.

5@ Allah akan memimpin mereka yang berjuang (ke jalan mendapat
sebaik-baik balasan) dan menjadikan keadaan mereka baik dan
berguna (di dunia dan di akhirat).

6@ Serta memasukkan mereka ke dalam Syurga yang telah
dijanjikan dan diterangkan sifat-sifatnya kepada mereka.

7@ Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama)
Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan)
dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

8@ Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah
bagi mereka, dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka.

9@ Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak
menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran
tauhid dan hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam
Al Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka.

10@ Maka tidakkah mereka telah mengembara di muka bumi, serta
mereka memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang
terdahulu dari mereka ? Allah telah menghancurkan orang-orang
itu, dan orang-orang kafir (yang menurut jejak mereka) akan
beroleh akibat-akibat buruk yang seperti itu.

11@ Balasan yang demikian, kerana sesungguhnya Allah menjadi
Pelindung orang-orang yang beriman, dan sesungguhnya orang-
orang yang kafir, tiada sesiapapun yang dapat memberikan
perlindungan kepada mereka.

12@ Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang
beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh, ke dalam
Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, dan
(sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan
di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-
binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat
tinggal mereka.

13@ Dan bukan sedikit (penduduk) negeri-negeri yang lebih kuat
dari (penduduk) negerimu (wahai Muhammad) yang telah memaksamu
keluar (berhijrah), Kami binasakan mereka, maka tiadalah
sesiapa pun yang dapat membela mereka.

14@ Dengan yang demikian, adakah orang orang (yang beriman dan
taat) yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang nyata
dari Tuhannya, sama seperti orang-orang (yang ingkar, derhaka)
yang telah diperhiaskan kepadanya (oleh Syaitan) akan
kejahatan amalnya (sehingga dipandangnya baik), dan yang telah
menurut hawa nafsunya ? (Sudah tentu tidak sama) !

15@ Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang
bertaqwa (ialah seperti berikut), ada padanya beberapa sungai
dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa
sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa
sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya,
dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada
pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta
keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal
kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama
seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan
diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi
perut mereka hancur ? (Sudah tentu tidak sama) !

16@ Dan di antara mereka (yang hadir di majlismu wahai
Muhammad, ialah orang-orang munafik) yang mendengar ajaranmu
(dengan sambil lewa), sehingga apabila mereka keluar dari
sisimu berkatalah mereka (secara mengejek-ejek) kepada orang-
orang yang diberi ilmu (dari kalangan sahabat-sahabatmu yang
setia), “ Apa yang dikatakan oleh Muhammad tadi ?” Mereka
(yang munafik) itu ialah orang-orang yang telah dimeteraikan
Allah atas hati mereka, dan ialah orang-orang yang menurut
hawa nafsunya.

17@ Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk
(ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayah
petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka
bertaqwa.

18@ (Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima
peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang
mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada
mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah
tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka
bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi
kepada mereka, apabila saat kiamat itu datang kepada mereka ?

19@ Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu
(wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak
disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi
salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-
orang yang beriman, lelaki dan perempuan, dan (ingatlah),
Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan
keadaan penetapan kamu (di akhirat).

20@ Dan (kerana gemarkan pahala berjuang menegakkan Islam)
orang-orang yang beriman berkata, “ Alangkah baiknya sekiranya
diturunkan satu surah (dari Al Quran, yang memerintahkan kami
berjuang) ?” Maka apabila diturunkan satu surah (dari
Al Quran) yang tegas keterangannya dan tersebut padanya hukum-
hukum yang mewajibkan perang Jihad (menentang pencerobohan
musuh), sudah tentu engkau akan melihat orang-orang yang ada
penyakit (kufur) dalam hatinya memandang kepadamu dengan
terbeliak matanya kerana gerun takut menghadapi mati, dengan
yang demikian, maka kebinasaanlah lebih hampir kepada mereka.

21@ (Mereka selalu berkata, “ Pendirian kami) mematuhi
perintah dan memperkatakan perkataan yang baik (yang diredhai
Allah).” Dalam pada itu, apabila perkara (peperangan Jihad)
itu ditetapkan wajibnya, (mereka tidak menyukainya), maka
kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah (dengan mematuhi
perintahNya), tentulah yang demikian itu amat baik bagi
mereka.

22@ (Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu
harus dibimbang dan dikhuatirkan, jika kamu dapat memegang
kuasa, kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan
memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat ?

23@ (Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut)
merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran
mereka, dan dibutakan penglihatannya.

24@ (Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka
sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi
Al Quran ? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup
(yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al Quran) ?

25@ Sesungguhnya orang-orang yang telah berbalik kepada
keingkaran mereka sesudah terang nyata kepada mereka kebenaran
petunjuk (yang dikemukakan kepadanya), Syaitanlah yang
memperdayakan mereka (berlaku demikian), serta memanjangkan
angan-angan mereka.

26@ Berlakunya yang demikian ialah, kerana mereka berkata
kepada orang-orang yang tidak menyukai perkara yang diturunkan
oleh Allah, “ Kami akan patuh kepada kamu pada setengah
perkara (yang berhubung dengan menentang Muhammad dan
pengikutnya) itu ”, sedang Allah mengetahui segala (perkataan
dan perbuatan) yang mereka sembunyikan.

27@ (Kalaulah mereka terlepas sekarang dari bencana kejahatan
mereka) maka bagaimanakah (mereka dapat menolak azab seksa)
apabila malaikat mengambil nyawa mereka sambil memukul muka
dan punggung mereka ?

28@ (Kematian mereka dalam keadaan yang buruk) itu, kerana
mereka menurut (serta melakukan) perkara-perkara yang
menyebabkan kemurkaan Allah, dan mereka pula membenci perkara-
perkara yang diredhaiNya, oleh itu, Allah gugurkan amal-amal
mereka (yang baik, yang pernah mereka lakukan).

29@ Patutkah orang-orang (munafik) yang ada penyakit (syak,
ragu-ragu) dalam hatinya, menyangka bahawa Allah tidak sekali-
kali akan mendedahkan perasaan dendam dan hasad dengki mereka
(terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya) ?

30@ Dan sekiranya Kami kehendaki, tentulah Kami akan
memperkenalkan mereka kepadamu (wahai Muhammad), lalu engkau
tetap mengenalinya dengan tanda-tanda (yang menjadi sifat)
mereka, dan demi sesungguhnya, engkau akan mengenali mereka
dari gaya dan tutur katanya. Dan (ingatlah kamu masing-
masing), Allah mengetahui segala yang kamu lakukan.

31@ Dan demi sesungguhnya ! Kami tetap menguji kamu (wahai
orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata
pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari
kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan
perintah Kami), dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar
atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.

32@ Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalangi
(dirinya dan orang lain) dari jalan Allah, serta mereka
memusuhi Rasul Allah setelah ternyata kepada mereka kebenaran
petunjuk (yang dibawanya), mereka tidak sekali-kali akan dapat
mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan (sebaliknya)
Allah akan menghampakan perbuatan dan amal-amal mereka.

33@ Wahai orang-orang yang beriman ! Taatlah kamu kepada Allah
dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan
amal-amal kamu !

34@ Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalangi
(dirinya dan orang lain) dari jalan Allah, kemudian mereka
mati dengan keadaan kafirnya, maka Allah tidak sekali-kali
akan mengampunkan mereka.

35@ (Apabila kamu telah mengetahui bahawa orang-orang kafir
itu dihampakan amalnya dan diseksa oleh Allah) maka janganlah
kamu (wahai orang-orang yang beriman) merasa lemah dan
mengajak (musuh yang menceroboh) untuk berdamai, padahal
kamulah orang-orang yang tertinggi keadaannya, lagi pula Allah
bersama-sama kamu (untuk membela kamu mencapai kemenangan),
dan Ia tidak sekali-kali akan mengurangi (pahala) amal-amal
kamu.

36@ (Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan
iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan, dan
jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu
pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda
kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik
daripadanya).

37@ (Tabiat kamu wahai manusia) jika Tuhan meminta kepada kamu
harta benda kamu serta mendesak kamu memberikanNya, nescaya
kamu akan berlaku bakhil kedekut, dan kebakhilan itu akan
melahirkan kemarahan dan kebencian kamu.

38@ (Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat
demikian, kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan
sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada
di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang
berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil
kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Kaya (tidak
berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang
miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal).
Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan
berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain,
setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu. 


*****

[English Version of Al Quran] 047. Surah Muhammad...

1@ Those who disbelieve [in the Oneness of Allah, and in the
Message of Prophet Muhammad], and hinder (men) from the Path
of Allah (Islamic Monotheism), He will render their deeds
vain.

2@ But those who believe and do righteous good deeds, and
believe in that which is sent down to Muhammad, for it is the
truth from their Lord, He will expiate from them their sins,
and will make good their state.

3@ That is because those who disbelieve follow falsehood,
while those who believe follow the truth from their Lord. Thus
does Allah set forth their parables for mankind.

4@ So, when you meet (in fight Jihad in Allah's Cause), those
who disbelieve smite at their necks till when you have killed
and wounded many of them, then bind a bond firmly (on them,
i.e. take them as captives). Thereafter (is the time) either
for generosity (i.e. free them without ransom), or ransom
(according to what benefits Islam), until the war lays down
its burden. Thus [you are ordered by Allah to continue in
carrying out Jihad against the disbelievers till they embrace
Islam (i.e. are saved from the punishment in the Hell fire) or
at least come under your protection], but if it had been
Allah's Will, He Himself could certainly have punished them
(without you). But (He lets you fight), in order to test you,
some with others. But those who are killed in the Way of
Allah, He will never let their deeds be lost,

5@ He will guide them and set right their state.

6@ And admit them to Paradise which He has made known to them
(i.e. they will know their places in Paradise more than they
used to know their houses in the world).

7@ O you who believe ! If you help (in the cause of) Allah, He
will help you, and make your foothold firm.

8@ But those who disbelieve (in the Oneness of Allah Islamic
Monotheism), for them is destruction, and (Allah) will make
their deeds vain.

9@ That is because they hate that which Allah has sent down
(this Qur'an and Islamic laws, etc.), so He has made their
deeds fruitless.

10@ Have they not travelled through the earth, and seen what
was the end of those before them ? Allah destroyed them
completely and a similar (fate awaits) the disbelievers.

11@ That is because Allah is the Maula (Lord, Master, Helper,
Protector, etc.) of those who believe, and the disbelievers
have no Maula (lord, master, helper, protector, etc.).

12@ Certainly ! Allah will admit those who believe (in the
Oneness of Allah Islamic Monotheism) and do righteous good
deeds, to Gardens under which rivers flow (Paradise), while
those who disbelieve enjoy themselves and eat as cattle eat,
and the Fire will be their abode.

13@ And many a town, stronger than your town (Makkah) (O
Muhammad) which has driven you out We have destroyed. And
there was none to help them.

14@ Is he who is on a clear proof from his Lord, like those
for whom their evil deeds that they do are beautified for
them, while they follow their own lusts (evil desires) ?

15@ The description of Paradise which the Muttaqun (pious, see
V.2:2) have been promised is that in it are rivers of water
the taste and smell of which are not changed, rivers of milk
of which the taste never changes, rivers of wine delicious to
those who drink, and rivers of clarified honey (clear and
pure) therein for them is every kind of fruit, and forgiveness
from their Lord. (Are these) like those who shall dwell for
ever in the Fire, and be given, to drink, boiling water, so
that it cuts up their bowels ?

16@ And among them are some who listen to you (O Muhammad)
till, when they go out from you, they say to those who have
received knowledge, " What has he said just now ?" Such are
men whose hearts Allah has sealed, and they follow their lusts
(evil desires).

17@ While as for those who accept guidance, He increases their
guidance, and bestows on them their piety.

18@ Do they then await (anything) other than the Hour, that it
should come upon them suddenly ? But some of its portents
(indications and signs) have already come, and when it
(actually) is on them, how can they benefit then by their
reminder ?

19@ So know (O Muhammad) that, La ilaha ill Allah (none has
the right to be worshipped but Allah), and ask forgiveness for
your sin, and also for (the sin of) believing men and
believing women. And Allah knows well your moving about, and
your place of rest (in your homes).

20@ Those who believe say, " Why is not a Surah (chapter of
the Qur'an) sent down (for us) ? But when a decisive Surah
(explaining and ordering things) is sent down, and fighting
(Jihad, holy fighting in Allah's Cause) is mentioned (i.e.
ordained) therein, you will see those in whose hearts is a
disease (of hypocrisy) looking at you with a look of one
fainting to death. But it was better for them (hypocrites, to
listen to Allah and to obey Him).

21@ Obedience (to Allah) and good words (were better for
them). And when the matter (preparation for Jihad) is resolved
on, then if they had been true to Allah, it would have been
better for them.

22@ Would you then, if you were given the authority, do
mischief in the land, and sever your ties of kinship ?

23@ Such are they whom Allah has cursed, so that He has made
them deaf and blinded their sight.

24@ Do they not then think deeply in the Qur'an, or are their
hearts locked up (from understanding it) ?

25@ Verily, those who have turned back (have apostated) as
disbelievers after the guidance has been manifested to them,
Shaitan (Satan) has beautified for them (their false hopes),
and (Allah) prolonged their term (age).

26@ This is because they said to those who hate what Allah has
sent down, " We will obey you in part of the matter," but
Allah knows their secrets.

27@ Then how (will it be) when the angels will take their
souls at death, smiting their faces and their backs ?

28@ That is because they followed that which angered Allah,
and hated that which pleased Him. So He made their deeds
fruitless.

29@ Or do those in whose hearts is a disease (of hypocrisy),
think that Allah will not bring to light all their hidden ill
wills ?

30@ Had We willed, We could have shown them to you, and you
should have known them by their marks, but surely, you will
know them by the tone of their speech ! And Allah knows all
your deeds.

31@ And surely, We shall try you till We test those who strive
hard (for the Cause of Allah) and the patient ones, and We
shall test your facts (i.e. the one who is a liar, and the one
who is truthful).

32@ Verily, those who disbelieve, and hinder (men) from the
Path of Allah (i.e. Islam), and oppose the Messenger (by
standing against him and hurting him), after the guidance has
been clearly shown to them, they will not hurt Allah in the
least, but He will make their deeds fruitless,

33@ O you who believe ! Obey Allah, and obey the Messenger
(Muhammad) and render not vain your deeds.

34@ Verily, those who disbelieve, and hinder (men) from the
Path of Allah (i.e. Islam), then die while they are
disbelievers, Allah will not forgive them.

35@ So be not weak and ask not for peace (from the enemies of
Islam), while you are having the upper hand. Allah is with
you, and will never decrease the reward of your good deeds.

36@ The life of this world is but play and pastime, but if you
believe (in the Oneness of Allah Islamic Monotheism), and fear
Allah, and avoid evil, He will grant you your wages, and will
not ask you your wealth.

37@ If He were to ask you of it, and press you, you would
covetously withhold, and He will bring out all your (secret)
ill wills.

38@ Behold ! You are those who are called to spend in the
Cause of Allah, yet among you are some who are niggardly. And
whoever is niggardly, it is only at the expense of his
ownself. But Allah is Rich (Free of all wants), and you
(mankind) are poor. And if you turn away (from Islam and the
obedience of Allah), He will exchange you for some other
people, and they will not be your likes.

Al Quran Indonesia. 046. Surah Al Ahqaaf (Bukit-Bukit Pasir)..

Al Quran Indonesia. 046. Surah Al Ahqaaf (Bukit-Bukit Pasir)..

BismillahirRahmanirRahim.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1@ Haa, Miim.

2@ Diturunkan Al Quran ini, dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi
Maha Bijaksana.

3@ (Ingatlah), tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta
segala yang ada di antara keduanya melainkan dengan ada
gunanya yang benar dan dengan ada masa penghujungnya yang
tertentu (yang padanya dijalankan pembalasan), dan orang-orang
yang kafir berpaling dari menerima peringatan yang diberikan
kepada mereka mengenainya.

4@ Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik yang
menentangmu), “ Sudahkah kamu mengetahui kekuasaan dan
kelayakan makhluk–makhluk yang kamu seru dan sembah yang lain
dari Allah ? Tunjukkanlah kepadaku apakah yang mereka ciptakan
dari bahagian bumi ini ? Atau adakah mereka mempunyai sebarang
perkongsian (dengan Allah) dalam mencipta dan menguruskan
langit ? Bawalah kamu kepadaku sebuah Kitab (dari Allah) yang
lain dari Al Quran ini, atau sebarang keterangan yang
berdasarkan ilmu (peninggalan orang-orang yang telah lalu)
kalau betul kamu orang-orang yang benar (tentang dakwaan kamu
itu) !”

5@ Dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang
menyembah sesuatu yang lain dari Allah, yang tidak dapat
menyahut atau memberikan sebarang pertolongan kepadanya (dari
dunia) hinggalah ke hari kiamat, sedang makhluk-makhluk yang
mereka sembah itu tidak dapat menyedari atau memberi layanan
baik kepada permohonan mereka.

6@ Dan apabila manusia dihimpunkan (untuk dihitung amalnya
pada hari akhirat), menjadilah segala yang disembah itu musuh
kepada orang-orang yang menyembahnya, dan segala yang disembah
itu juga tidak mengakui serta mendustakan penyembahan mereka
kepadanya.

7@ Dan apabila dibacakan kepada mereka (yang kafir) ayat-ayat
Quran kami yang jelas nyata, berkatalah mereka terhadap
kebenaran (Al Quran) bila sahaja disampaikan kepada mereka,
“ Ini ialah sihir yang nyata !”.

8@ (Bukan setakat itu sahaja mereka katakan) bahkan mereka
menuduh dengan berkata, “ Muhammad telah merekakan Al Quran
itu.” Katakanlah (Wahai Muhammad), “ Kalau aku merekakan
Al Quran itu (maka tentulah aku tidak terlepas dari azab
kesalahan itu) kerana kamu (dan juga yang lain dari kamu)
tidak berkuasa memberikan daku sebarang perlindungan dari
(azab) Allah. Allah lebih mengetahui akan (tuduhan-tuduhan
yang tidak berasas) yang kamu perkatakan itu, cukuplah Allah
menjadi saksi antaraku dengan kamu, dan Dialah jua Yang Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

9@ Katakanlah lagi, “ Bukanlah aku seorang Rasul pembawa ugama
yang berlainan dari ugama yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang
telah lalu), dan aku tidak mengetahui apa yang akan dilakukan
kepadaku dan kepada kamu. Aku tidak melakukan sesuatu
melainkan menurut apa yang diwahyukan kepadaku, dan aku tidak
lain hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata.”

10@ Katakanlah lagi, “ Bagaimana fikiran kamu jika Al Quran
ini (yang datangnya) dari Allah dan kamu mengingkarinya, pada
hal ada seorang saksi dari Bani Israil memberi keterangan
mengakui (sahnya Kitab) yang sama seperti Al Quran ini, lalu
ia percayakan (Al Quran ini dari Allah), sedang kamu dengan
sombong angkuh mengingkarinya ? (Tidakkah dengan yang demikian
kamu bersifat zalim) ? Sesungguhnya Allah tidak memberi
hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim (yang degil
dalam kekufurannya).”

11@ Dan (kerana sombong angkuhnya orang-orang kafir itu)
mereka berkata tentang kepercayaan orang-orang yang beriman,
“ Kalaulah (apa yang dibawa oleh Muhammad) itu perkara yang
baik tentulah mereka tidak mendahului kami mempercayainya
(kerana kamilah yang sepatutnya menerima segala kebaikan) !”
Dan setelah mereka tidak dapat menerima petunjuk Al Quran itu,
(mereka memusuhinya) lalu mereka mencacinya dengan berkata,
“ Al Quran ini ialah rekaan dusta yang sudah lama.”

12@ (Bagaimana mereka tergamak mengatakan Al Quran ini rekaan
dusta yang telah lama ?) Pada hal telah ada sebelumnya Kitab
Nabi Musa yang menjadi ikutan dan rahmat (kepada umatnya), dan
Al Quran pula sebuah Kitab, yang mengesahkan kebenaran (kitab-
kitab yang telah lalu), diturunkan dalam bahasa Arab untuk
memberi amaran kepada orang-orang yang zalim, dan berita
gembira bagi orang-orang yang berbuat kebaikan.

13@ Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya
dengan berkata, “ Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka
tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman
dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu
yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan
berdukacita.

14@ Merekalah ahli Syurga, tetap kekallah mereka di dalamnya,
sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah
kerjakan.

15@ Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu
bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah
payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.
Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan
susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar
sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan
sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia
dengan berkata, “ Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap
bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan
kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh
yang Engkau redai, dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap
masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku
bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang
Islam (yang tunduk patuh kepadamu).”

16@ Mereka (yang bersifat dengan sifat-sifat yang terpuji
seperti itu) ialah orang-orang yang Kami terima dari mereka
amalnya yang baik yang mereka telah kerjakan, dan Kami
ampunkan kesalahan-kesalahannya, (mereka akan dimasukkan)
dalam kumpulan ahli Syurga, sebagai memenuhi janji yang benar,
yang telah dijanjikan kepada mereka.

17@ Dan (sebaliknya amatlah derhakanya) orang yang berkata
kepada kedua ibu bapanya (ketika mereka mengajaknya beriman),
“ Ah ! Bosan perasaanku terhadap kamu berdua ! Patutkah kamu
menjanjikan kepadaku bahawa aku akan dibangkitkan keluar dari
kubur, padahal berbagai umat sebelumku telah berlalu (masih
lagi belum kembali) ?” Sambil mendengar kata-katanya itu,
ibu bapanya merayu memohon pertolongan Allah (menyelamatkan
anak mereka) serta berkata (kepada anaknya yang ingkar itu),
“ Selamatkanlah dirimu ! Berimanlah (tentang hidup semula
menerima balasan amal) ! Sesungguhnya janji Allah tetap
benar ”. Lalu ia menjawab (dengan angkuhnya), “ Semuanya itu
hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala !”

18@ Mereka (yang ingkar derhaka seperti itu) ialah orang-orang
yang tetap menerima hukuman (azab) bersama-sama dengan umat-
umat yang terdahulu daripada mereka (dari kalangan jin dan
manusia), kerana sesungguhnya mereka telah menyebabkan diri
mereka menjadi orang-orang yang rugi.

19@ Dan bagi mereka masing-masing (dari puak jin dan manusia,
yang berbuat baik dan yang berbuat jahat) disediakan berbagai
peringkat (balasan) yang sesuai dengan apa yang mereka telah
kerjakan, dan (ketetapan yang demikian ialah) supaya Allah
menyempurnakan bagi mereka balasan amal-amal mereka, sedang
mereka tidak dirugikan (sedikitpun).

20@ Dan (ingatlah), semasa orang-orang kafir didedahkan kepada
neraka (serta dikatakan kepada mereka), “ Kamu telah habiskan
nikmat-nikmat kesenangan kamu dalam kehidupan dunia kamu, dan
kamu telah bersenang-senang menikmatinya, maka pada hari ini
kamu dibalas dengan azab yang menghina kerana kamu berlaku
sombong takbur di muka bumi dengan tidak berdasarkan alasan
yang benar, dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik.”

21@ Dan ingatlah peristiwa (Nabi Hud) saudara kaum Aad, ketika
ia memberi amaran kepada kaumnya yang tinggal di lembah
“Al Ahqaaf”, sedang (amarannya itu samalah seperti) amaran-
amaran yang telah diberikan oleh Rasul-rasul yang terdahulu
daripadanya dan yang datang sesudahnya (dengan berkata),
“ Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, sesungguhnya aku
bimbang kamu akan beroleh azab hari yang besar (huru-
haranya).”

22@ Mereka menjawab, “ Adakah engkau datang kepada kami untuk
memesongkan kami dari menyembah tuhan-tuhan kami ? Maka
bawalah azab seksa yang engkau janjikan kepada kami itu jika
betul engkau dari orang-orang yang benar !”

23@ Nabi Hud berkata, “ Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang
kedatangan azab itu) hanya ada di sisi Allah, dan (tugasku
hanya) menyampaikan kepada kamu apa yang aku diutuskan
membawanya, tetapi aku lihat kamu satu kaum yang jahil (akan
tugas Rasul) !”

24@ Maka apabila mereka melihat azab itu sebagai awan yang
menghala ke lembah-lembah mereka, mereka berkata, “ Ini ialah
awan yang akan membawa hujan kepada kita !” (Mendengarkan
kata-kata yang demikian, Nabi Hud berkata), “ Tidak ! Bahkan
itulah (azab) yang kamu minta disegerakan kedatangannya, iaitu
angin yang membawa azab seksa yang tidak terperi sakitnya,

25@ Yang menghancur leburkan segala-galanya dengan izin
Tuhannya.” (Setelah azab itu menimpa mereka) maka menjadilah
mereka (punah ranah) tidak ada yang kelihatan melainkan
tempat-tempat tinggal mereka. Demikianlah Kami membalas kaum
yang berdosa.

26@ Dan demi sesungguhnya ! Kami telah meneguhkan kedudukan
mereka (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami
berikan kamu menguasainya (wahai kaum musyrik Makkah), dan
Kami telah jadikan bagi mereka pendengaran dan penglihatan
serta hati, dalam pada itu, pendengaran dan penglihatan serta
hati mereka tidak memberikan faedah sedikitpun kepada mereka,
kerana mereka sentiasa mengingkari ayat-ayat keterangan Allah,
dan (dengan yang demikian) mereka diliputi oleh azab yang
mereka telah ejek-ejek itu.

27@ Dan demi sesungguhnya ! Kami telah binasakan negeri-negeri
yang ada di sekeliling (negeri) kamu (wahai kaum musyrik
Makkah), dan Kami telah menerangkan tanda-tanda (kekuasaan
Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka kembali (bertaubat).

28@ Maka sepatutnya mereka dibela oleh segala yang mereka
sembah yang lain dari Allah sebagai penyembahan untuk
mendekatkan diri (kepada Allah) ? (Tetapi tidak), bahkan
segala yang mereka sembah itu telah hilang lenyap dari mereka.
Dan demikianlah akibat penyelewengan mereka dan kepercayaan
yang mereka telah ada-adakan.

29@ Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu
rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar
Al Quran, setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah
(setengahnya kepada yang lain), “ Diamlah kamu dengan sebulat-
bulat ingatan untuk mendengarnya !” Kemudian setelah selesai
bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan
ajaran Al Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.

30@ Mereka berkata, “ Wahai kaum kami ! Sesungguhnya kami
telah mendengar Kitab (Al Quran) yang diturunkan (oleh Allah)
sesudah Nabi Musa, yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab Suci
yang terdahulu daripadanya, lagi, memandu kepada kebenaran
(tauhid) dan ke jalan yang lurus (ugama Islam)."

31@ “ Wahai kaum kami ! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi
Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu
kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa
kamu, dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak
terperi sakitnya.

32@ Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya
ke jalan Allah, maka ia tidak akan dapat melepaskan diri (dari
balasan azab walau ke mana sahaja ia melarikan diri) di bumi,
dan ia tidak akan beroleh sesiapapun (yang lain dari Allah)
sebagai pelindung-pelindung yang membelanya, mereka (yang
demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata.”

33@ Masihkah mereka ingkar dan tidak mahu memikir serta
mengetahui bahawa sesungguhnya Allah yang telah menciptakan
langit dan bumi dengan tidak mengalami kesukaran dalam
menciptakannya, berkuasa menghidupkan makhluk-makhluk yang
telah mati ? Sudah tentu berkuasa ! Sesungguhnya Ia Maha Kuasa
atas tiap-tiap sesuatu.

34@ Dan (ingatlah) hari orang-orang yang kafir didedahkan
kepada neraka, (lalu dikatakan kepada mereka), “ Bukankah
(azab) neraka ini benar ?” Mereka menjawab, “ Ya, benar, demi
Tuhan kami !” (Setelah itu) dikatakan lagi (kepada mereka),
“ Maka sekarang rasalah azab seksa dengan sebab kamu kufur
ingkar di dunia dahulu.“

35@ (Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu
wahai Muhammad) maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya
Rasul-rasul “Ulil Azmi” (yang mempunyai keazaman dan ketabahan
hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu),
dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka
(yang menentangmu itu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa
melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-
olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu
saat sahaja dari siang hari. (Penerangan yang demikian)
cukuplah menjadi pelajaran (bagi orang-orang yang mahu insaf).
Maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik,
derhaka.


*****

[English Version of Al Quran] 046. Surah Al Ahqaf (The Curved
Sand hills)...

1@ Ha, Mim. [These letters are one of the miracles of the
Qur'an, and none but Allah (Alone) knows their meanings].

2@ The revelation of the Book (this Qur'an) is from Allah, the
All Mighty, the All Wise.

3@ We created not the heavens and the earth and all that is
between them except with truth, and for an appointed term. But
those who disbelieve turn away from that whereof they are
warned.

4@ Say (O Muhammad to these pagans), " Think ! All that you
invoke besides Allah show me ! What have they created of the
earth ? Or have they a share in (the creation of) the
heavens ? Bring me a Book (revealed before this), or some
trace of knowledge (in support of your claims), if you are
truthful !"

5@ And who is more astray than one who calls (invokes) besides
Allah, such as will not answer him till the Day of
Resurrection, and who are (even) unaware of their calls
(invocations) to them ?

6@ And when mankind are gathered (on the Day of Resurrection),
they (false deities) will become enemies for them and will
deny their worshipping.

7@ And when Our Clear Verses are recited to them, the
disbelievers say of the truth (this Qur'an), when it reaches
them, " This is plain magic !"

8@ Or say they, " He (Muhammad) has fabricated it." Say, " If
I have fabricated it, still you have no power to support me
against Allah. He knows best of what you say among yourselves
concerning it (i.e. this Qur'an) ! Sufficient is He for a
witness between me and you ! And He is the Oft Forgiving, the
Most Merciful."

9@ Say (O Muhammad), " I am not a new thing among the
Messengers (of Allah) (i.e. I am not the first Messenger) nor
do I know what will be done with me or with you. I only follow
that which is revealed to me, and I am but a plain warner."

10@ Say, " Tell me ! If this (Qur'an) is from Allah, and you
deny it, and a witness from among the Children of Israel
('Abdullah bin Salam) testifies that this Qur'an is from Allah
[like the Taurat (Torah)], so he believed (embraced Islam)
while you are too proud (to believe)." Verily ! Allah guides
not the people who are Zalimun (polytheists, disbelievers and
wrong doing).

11@ And those who disbelieve (strong and wealthy) say of those
who believe (weak and poor), " Had it (Islamic Monotheism to
which Muhammad is inviting mankind) been a good thing, they
(weak and poor) would not have preceded us thereto !" And when
they have not let themselves be guided by it (this Qur'an),
they say, " This is an ancient lie !"

12@ And before this was the Scripture of Musa (Moses) as a
guide and a mercy. And this is a confirming Book (the Qur'an)
in the Arabic language, to warn those who do wrong, and as
glad tidings to the Muhsinun (good doers, see V.2:112).

13@ Verily, those who say, " Our Lord is (only) Allah," and
thereafter Istaqamu (i.e. stood firm and straight on the
Islamic Faith of Monotheism by abstaining from all kinds of
sins and evil deeds which Allah has forbidden and by
performing all kinds of good deeds which He has ordained), on
them shall be no fear, nor shall they grieve.

14@ Such shall be the dwellers of Paradise, abiding therein
(forever), a reward for what they used to do.

15@ And We have enjoined on man to be dutiful and kind to his
parents. His mother bears him with hardship and she brings him
forth with hardship, and the bearing of him, and the weaning
of him is thirty (30) months, till when he attains full
strength and reaches forty years, he says, " My Lord ! Grant
me the power and ability that I may be grateful for Your
Favour which You have bestowed upon me and upon my parents,
and that I may do righteous good deeds, such as please You,
and make my off spring good. Truly, I have turned to You in
repentance, and truly, I am one of the Muslims (submitting to
Your Will)."

16@ They are those from whom We shall accept the best of their
deeds and overlook their evil deeds. (They shall be) among the
dwellers of Paradise, a promise of truth, which they have been
promised.

17@ But he who says to his parents, " Fie upon you both ! Do
you hold out the promise to me that I shall be raised up
(again) when generations before me have passed away (without
rising) ?" While they (father and mother) invoke Allah for
help (and rebuke their son), " Woe to you ! Believe ! Verily,
the Promise of Allah is true." But he says, " This is nothing
but the tales of the ancient."

18@ They are those against whom the Word (of torment) is
justified among the previous generations of jinns and mankind
that have passed away. Verily ! They are ever the losers.

19@ And for all, there will be degrees according to that which
they did, that He (Allah) may recompense them in full for
their deeds. And they will not be wronged.

20@ On the Day when those who disbelieve (in the Oneness of
Allah Islamic Monotheism) will be exposed to the Fire (it will
be said), " You received your good things in the life of the
world, and you took your pleasure therein. Now this Day you
shall be recompensed with a torment of humiliation, because
you were arrogant in the land without a right, and because you
used to rebel and disobey (Allah).

21@ And remember (Hud) the brother of 'Ad, when he warned his
people in Al Ahqaf (the curved sand hills in the southern part
of Arabian Peninsula). And surely, there have passed away
warners before him and after him (saying), " Worship none but
Allah, truly, I fear for you the torment of a mighty Day."

22@ They said, " Have you come to turn us away from our aliha
(gods) ? Then bring us that with which you threaten us, if you
are one of the truthful !"

23@ He said, " The knowledge (of the time of its coming) is
with Allah only, and I convey to you that wherewith I have
been sent, but I see that you are a people given to
ignorance !"

24@ Then, when they saw it as a dense cloud coming towards
their valleys, they said, " This is a cloud bringing us
rain !" Nay, but it is that (torment) which you were asking to
be hastened ! A wind wherein is a painful torment !

25@ Destroying everything by the Command of its Lord ! So they
became such that nothing could be seen except their
dwellings ! Thus do We recompense the people who are Mujrimun
(polytheists, disbelievers, sinners, etc.) !

26@ And indeed We had firmly established them with that
wherewith We have not established you (O Quraish) ! And We had
assigned them the (faculties of) hearing (ears), seeing
(eyes), and hearts, but their hearing (ears), seeing (eyes),
and their hearts availed them nothing since they used to deny
the Ayat (Allah's Prophets and their Prophethood, proofs,
evidences, verses, signs, revelations, etc.) of Allah, and
they were completely encircled by that which they used to mock
at !

27@ And indeed We have destroyed towns (populations) round
about you, and We have (repeatedly) shown (them) the Ayat
(proofs, evidences, verses, lessons, signs, revelations, etc.)
in various ways that they might return (to the truth and
believe in the Oneness of Allah, Islamic Monotheism).

28@ Then why did those whom they had taken for aliha (gods)
besides Allah, as a way of approach (to Allah) not help them ?
Nay, but they vanished completely from them (when there came
the torment). And that was their lie, and their inventions
which they had been inventing (before their destruction).

29@ And (remember) when We sent towards you (Muhammad) Nafran
(three to ten persons) of the jinns, (quietly) listening to
the Qur'an, when they stood in the presence thereof, they
said, " Listen in silence !" And when it was finished, they
returned to their people, as warners.

30@ They said, " O our people ! Verily ! We have heard a Book
(this Qur'an) sent down after Musa (Moses), confirming what
came before it, it guides to the truth and to a Straight Path
(i.e. Islam).

31@ O our people ! Respond (with obedience) to Allah's Caller
(i.e. Allah's Messenger Muhammad), and believe in him (i.e.
believe in that which Muhammad has brought from Allah and
follow him). He (Allah) will forgive you of your sins, and
will save you from a painful torment (i.e. Hell fire).

32@ And whosoever does not respond to Allah's Caller, he
cannot escape on earth, and there will be no Auliya'
(protectors) for him besides Allah (from Allah's Punishment).
Those are in manifest error.

33@ Do they not see that Allah, Who created the heavens and
the earth, and was not wearied by their creation, is Able to
give life to the dead ? Yes, He surely is Able to do all
things.

34@ And on the Day when those who disbelieve will be exposed
to the Fire (it will be said to them), " Is this not the
truth ?" They will say, " Yes, By our Lord !" He will say,
" Then taste the torment, because you used to disbelieve !"

35@ Therefore be patient (O Muhammad) as did the Messengers of
strong will and be in no haste about them (disbelievers). On
the Day when they will see that (torment) with which they are
promised (i.e. threatened, it will be) as if they had not
stayed more than an hour in a single day. (O mankind ! This
Qur'an is sufficient as) a clear Message (or proclamation to
save yourself from destruction). But shall any be destroyed
except the people who are Al Fasiqun (the rebellious,
disobedient to Allah).