Tuesday 9 February 2016

Kalimah Syahadah (Kalimah Tauhid)...

Kalimah Syahadah (Kalimah Tauhid)...

La ila ha illallah, Tiada Tuhan selain Allah, Muhammma dar
rasul lullah, Muhammad itu pesuruh dan hamba Allah. (Syahadah)

" Setiap yang berjiwa akan merasai mati, dan Kami menguji kamu
dengan keburukan dan kebaikan sebagai suatu fitnah (cubaan
yang sebenar-benarnya dan dihisab dengan halus), kepada
Kamilah kamu akan dikembalikan." (Surah Al Anbiya 21:35)

Berdasarkan kitab suci Al Quran, ternyata bahawa setiap orang
yang telah ditakdirkan hidup dan menyedut udara di dunia, dia
pasti akan mati pada suatu masa samaada dekat atau jauh.
Bukankah para nabi dan rasul Tuhan sendiri telah akur dan
menerima kematian ini.

" Janganlah seseorang kamu mati melainkan dalam keadaan dia
menyangka baik terhadap (ketetapan) Allah (terhadapnya).
Janganlah seseorang kamu mati melainkan dalam keadaan dia baik
sangka (optimis) terhadap Allah." (Riwayat Muslim)

Sebenarnya " Mati" itu ialah sebuah pintu untuk segera menemui
Allah (kekasih) dan memperoleh sebahagian rezeki (kurniaan)
Allah. Sesungguhnya orang Mukmin itu apabila dia hampir mati
dan melihat apa yang disediakan Allah untuknya, nescaya
dirinya menjadi ingin benar-benar untuk keluar (dari dunia.)

" Apabila Allah telah menetapkan seseorang itu akan mati,
di sesuatu tempat (di luar atau jauh dari rumahnya), maka Dia
menjadikan orang itu mempunyai sesuatu keperluan untuk pergi
ke tempat berkenaan." (Riwayat Tirmidzi 2237)

Ketika Nabi menyeru seorang ayah untuk memeluk agama Islam, ia
menjawab, " Saya tidak akan beriman kepadamu kecuali engkau
menghidupkan kembali puteriku !" Nabi bersama lelaki tersebut
menuju ke kubur anak perempuan itu. Nabi lalu bertanya kepada
kubur puteri anak kesayangan, " Apakah engkau suka hidup
kembali ke dunia ?" Kedengaran suara anak perempuan itu
menjawab, " Tidak, demi Allah, saya mendapatkan Allah lebih
baik daripada kedua-dua orang tuaku, dan saya merasakan
akhirat lebih baik daripada dunia."

Baginda sendiri membacakan Muawwidzat (Surah Al Ikhlas[112],
Surah Al Falaq[113] dan Surah An Nas[114] serta Al Fatihah)
lalu menghembuskan dan mengusap pada dirinya. Di waktu sakit
semakin tenat, maka Aishah (isteri baginda) membacakan serta
menghembuskan ke atas kedua belah tangan Nabi, lalu mengambil
kedua tangan baginda untuk menyapukan pada muka baginda.

Kita dinasihati agar lebih berhati-hati dan bersedia untuk
dipanggil Tuhan, biasakanlah dan ajarilah diri dengan selalu
mengucapkan kalimah syahadah.

Rasulullah bersabda, " Aku telah meninggalkan kepada kamu dua
pusaka dan tidak akan tersesat jalan selagi kamu berpegang
teguh kepada dua perkara itu, iaitu Kitabullah (Al Quran) dan
sunnah Rasulullah (Hadith)."

" Saya memesani kamu agar bertakwa kepada Allah, dengar dan
patuh sekalipun kepada (pimpinan) seorang hamba Habsyah
(berkulit hitam), kerana sesungguhnya siapa yang masih hidup
di kalangan kamu, dia akan melihat sesudah saya, akan banyak
perselisihan yang banyak.

Kerana itu, wajiblah kamu mengikut sunnah saya dan sunnah para
khalifah ar Rasyidin yang mendapat petunjuk (yang tidak
bercanggah dengan sunnah saya).

Gigitlah ia dengan geraham kamu (dengan sungguh-sungguh
pegangannya) dan jauhilah kamu dari perkara-perkara keagamaan
yang direka (bidaah), kerana sesungguhnya setiap rekaan dalam
beragama itu adalah sesat (tidak menjalani jalannya yang
sebenar.) (Riwayat Ahmad)

" Tidaklah harus seseorang berpegang kepada pendapat kami
apabila dia tidak mengetahui dari manakah tempat pengambilan,
kami mengambil sumber padanya (daripada jalur-jalur orang
terpercaya)." (Imam Abu Hanifah, wafat 150 Hijrah)

" Sesungguhnya saya adalah seseorang manusia (yang mungkin)
membuat salah dan (mungkin) berlaku benar, maka hendaklah kamu
memerhatikan kepada pendapatku. Maka setiap pendapatku yang
sesuai dengan Al Quran dan As Sunnah Nabi, hendaklah kamu
ambilkan, dan setiap pendapat yang bertentangan dengan
Al Quran dan As Sunnah, hendaklah kamu tinggalkan. Tiadalah
seseorang sesudah Nabi, melainkan kata-katanya
(berkemungkinan) diambil (dipakai) dan ditinggalkan kecuali
Nabi s.a.w." (Imam Malik, wafat 179 Hijrah)

" Apabila shahihlah sesebuah hadith itu, maka itulah mazhabku
(pendapat dan aliranku), gunakanlah hadith shahih sekalipun
bertentangan dengan pendapat manusia." (Imam Syafie, wafat
204 Hijrah)

" Janganlah kamu mengikutiku dan jangan pula mengikutkan Imam
Malik, Syafie dan Ath Thauri (murid Abu Hanifah), tetapi
ambillah daripada mana-mana sumber yang mereka ambilkan
(sumber Al Quran dan Al Hadith). Sesiapa yang menolak hadith
Rasulullah, maka dia berada ditepi jurang kebinasaan." (Imam
Ahmad, wafat 241 Hijrah)

" Sesiapa yang akhir ucapannya (sebelum meninggal dunia),
" La ila ha illallah.", pastilah dia dapat memasuki syurga.
Seseorang yang dapat masuk ke syurga itu selain keimanannya,
bukanlah dengan amalannya semata-mata, tetapi dengan rahmat
atau belas kasihan Allah kepadanya.

No comments:

Post a Comment