Tuesday 2 February 2016

NASIHAT TERAKHIR SEORANG BANDUAN.

NASIHAT TERAKHIR SEORANG BANDUAN.

Seorang " banduan akhir", iaitu yang menantikan hukuman mati
meminta sebatang pen dan sekeping kertas sebagai, " permintaan
terakhirnya". Selepas menulis selama beberapa minit, banduan
tersebut meminta pegawai penjara untuk menyerahkan surat yang
ditulis itu kepada ibu kandungnya.

Surat itu berbunyi…

..........

IBU…,

Sekiranya terdapat LEBIH keadilan di dunia ini, kita berdualah
yang seharusnya dihukum bunuh, dan bukan hanya saya seorang.
Ibu juga bersalah ke atas liku kehidupan yang saya jalani.

INGATKAH IBU ketika saya mencuri basikal milik seorang budak
lelaki yang sebaya saya ? Ibu yang membantu saya menyorokkan
basikal itu dari pengetahuan ayah.

INGATKAH IBU ketika saya mencuri wang dari dompet jiran kita ?
Ibu juga yang pergi bersama saya ke sebuah pasaraya untuk
membelanjakannya.

INGATKAH IBU ketika saya bertengkar dengan ayah dan kemudian
ayah pergi meninggalkan kita ? Ayah sekadar mahu
memperbetulkan diri saya, kerana perbuatan saya mencuri
keputusan akhir sebuah pertandingan yang menyebabkan saya
dibuang sekolah.

IBU…

KETIKA ITU saya hanyalah seorang kanak-kanak, yang tidak lama
selepas itu saya menjadi seorang remaja yang bermasalah. Dan
sekarang, saya hanyalah seorang lelaki yang rosak.

KETIKA ITU saya hanyalah seorang kanak-kanak yang memerlukan
pembetulan, bukannya keizinan (untuk berbuat kerosakan).

TETAPI, SAYA TETAP MEMAAFKAN IBU….

Saya mohon agar surat ini sampai kepada seberapa banyak
ibubapa di dunia ini, agar mereka tahu yang menjadikan seorang
anak itu baik atau jahat adalah… PENDIDIKAN IBUNYA!!!.

Terima kasih ibu kerana MEMBERIKAN ‘nyawa’ kepada saya dan
juga menyebabkan saya KEHILANGANNYA.

Dari anakmu, (Seorang Banduan Hukuman Mati)

**********

PELAJARAN BUAT IBUBAPA.

Perkara paling sukar dalam usaha memperbetulkan masyarakat
sekarang ini ialah untuk membuatkan seorang ibu SEDAR akan
kesilapan diri mendidik anaknya. Lebih sukar lagi untuk
menerima teguran tentang tabiat buruk yang telah berlaku pada
anaknya sekalipun bukti terang nyata di depan mata.

Tiada guna adanya ayah yang tegas dan bijaksana sebagai ketua
keluarga, jika si ibu tidak telus dan tulus merujuk dan
berkongsi maklumat mengenai perkembangan anak-anaknya. Apabila
sedar, keadaan sudah terlambat. “ Rebung sudah menjadi buluh.”

Lebih sulit lagi jika si Ayah juga jenis yang tidak ambil
kisah. Hal ehwal keluarga dan urusan anak-anak diserahkan
kepada isteri semata-mata. Urusan mencari rezeki dan
persekolahan anak semuanya si ibu uruskan. Apabila anak
bermasalah, mencuri, merempit, merogol, hisap dadah bahkan
dilokap polis pun minta isteri juga yang uruskan.

Ramai sekali suami yang hanya tahu meniduri isteri sahaja.
Lebih berat lagi jenis yang hari-hari minta duit isteri dan
asyik keluar bersama rakan-rakan sampai ke tua. Ada pula yang
kaki joli, ketagihan dadah, arak dan judi. Ada pula yang hanya
mahu mencukupkan quota poligami sahaja. Kemudian dikuda pula
semua isteri yang ada untuk turut ‘membaiayai’ dirinya. Hidup
tidak ubah seperti ‘jantan sewaan’ sahaja.

Ada ibu yang berjaya melepasi ujian ini. Ada pula yang
terpaksa membiarkan bukan sahaja anak, malah diri sendiri
untuk ikut mencuri. Mungkin dia ‘terpaksa’ kerana itu sahaja
punca nafkah buat mereka.

Apapun, perlu diingat bahawa tugas utama ibu adalah mendidik
anak. Jika berjaya ibu melangkah ke syurga, maka jejak yang
sama jugalah bakal diikuti oleh anaknya. JEJAK KAKI IBU itulah
yang menjadi hakikat di sebalik ungkapan, “ Syurga itu
di telapak kaki ibu.”. Kisah Siti Hajar dan Ismail a.s. adalah
antara contohnya. Jika ibu sampai bersikap degil dan mungkar,
maka jejak yang sama jugalah bakal ditiru oleh anak-anaknya.
Kisah isteri dan anak-anak Nabi Noh a.s. adalah rujukannya.

Perihal Wanita...

Ketika Umar ibnul Khaththab radhiyallahu ‘anhu bertanya kepada
Rasulullah Shalallahu’alaihi wa sallam, “ Wahai Rasulullah,
harta apakah yang sebaiknya kita miliki ?” Beliau Shalallahu
‘alaihi wa sallam menjawab, “ Hendaklah salah seorang dari
kalian memiliki hati yang bersyukur, lisan yang senantiasa
berdzikir dan istri mukminah yang akan menolongmu dalam
perkara akhirat.” (HR. Ibnu Majah no. 1856, dishahihkan
Asy Syaikh Al Albani rahimahullah dalam Shahih Ibnu Majah
no. 1505)

Rasulullah Shalallahu’alaihi wa sallam bersabda, “ Apabila
seorang wanita shalat lima waktu, puasa sebulan (Ramadhan),
menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka dikatakan
kepadanya, " Masuklah engkau ke dalam surga dari pintu mana
saja yang engkau sukai.” (HR. Ahmad 1/191, dishahihkan
Asy Syaikh Al Albani rahimahullah dalam Shahihul Jami’
no. 660, 661)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “ Maukah
aku beritahukan kepada kalian, istri-istri kalian yang menjadi
penghuni surga yaitu istri yang penuh kasih sayang, banyak
anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya
marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada
tangan suaminya seraya berkata, “ Aku tak dapat tidur sebelum
engkau ridha.” (HR. An Nasai dalam Isyratun Nisa no. 257.
Silsilah Al Ahadits Ash Shahihah, Asy Syaikh Al Albani
rahimahullah, no. 287)

Di dalam kisah gerhana matahari yang mana Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam dan para shahabatnya melakukan
shalat gerhana padanya dengan shalat yang panjang, beliau
melihat surga dan neraka. Ketika beliau melihat neraka beliau
bersabda kepada para shahabatnya, “ Dan aku melihat neraka
maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama
sekali, aku melihat kebanyakan penduduknya adalah kaum
wanita.” “ Sesungguhnya wanita adalah aurat. Sehingga ketika
ia keluar rumah, ia akan disambut oleh syaithan. Dan kondisi
yang akan lebih mendekatkan dirinya dengan Rabbnya adalah
ketika ia berada di rumahnya.” (HR. Ibnu Khuzaimah, Shahih)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “ Aku
melihat ke dalam Surga, maka aku melihat kebanyakan
penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat
ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya
adalah wanita.” (HR. Bukhari, no. 3069 dan Muslim no.7114,
dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “ Aku
melihat ke dalam Surga, maka aku melihat kebanyakan
penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat
ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya
adalah wanita.” (HR. Bukhari, no. 3069 dan Muslim no.7114,
dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “ Aku
berdiri di depan pintu syurga, lalu (kulihat) kebanyakkan
orang yang masuk kedalamnya adalah orang-orang miskin, dan
orang-orang yang kaya ditahan, kecuali penghuni neraka mereka
disuruh untuk masuk ke neraka, dan aku berdiri di depan pintu
neraka, maka (kulihat) kebanyakkan yang masuk kedalamnya
adalah wanita.” (HR. Muslim, no. 7113) Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda, “ Sesungguhnya penduduk surga yang
paling sedikit adalah wanita.” (HR. Muslim, no. 7118).

Wahai Masa DepanKu...

Anda tidak perlu terkejut apabila menghadiahkan pena (pen)
kepada orang bebal, lalu dia memakai pena itu untuk menulis
cemuhan kepada anda. Dan anda tidak usah terkejut, apabila
orang yang anda beri tongkat untuk mengiringi kambing
gembalaannya, justeru memukulkan tongkat itu ke kepala anda.
Itu semua adalah watak dasar manusia yang selalu mengingkari
dan tidak pernah bersyukur kepada Penciptanya sendiri Yang
Maha Agung dan Mulia. Begitulah, kepada Tuhannya saja mereka
berani membangkang dan mengingkari, maka apalagi kepada saya
dan anda.

Berbuatlah kebaikan hanya demi Allah semata, maka anda akan
menguasai keadaan, tidak akan terusik oleh kebencian mereka
dan tidak akan merasa terancam oleh perlakuan keji mereka !
Anda harus bersyukur kepada Allah kerana dapat berbuat baik,
ketika orang lain di sekitar anda berbuat jahat. Kerana bukan
mereka yang berhak menilai anda, tetapi Allahlah yang paling
berhak menilai tahap keikhlasan dan kejujuran pada hati anda.

Jika anda merasa terusik dan terpengaruh oleh kritikan atau
cemuhan mereka, bererti anda telah meluluskan keinginan mereka
untuk mengotori dan mencemarkan kehidupan anda. Padahal, yang
terbaik adalah menjawab atau membalas kritikan mereka dengan
berhikmah serta akhlak yang baik. Biarkan saja mereka dan
jangan anda merasa tertekan oleh setiap angkara mereka untuk
menjatuhkan anda. Anda juga dapat melawan perkataan mereka
yang buruk dengan diam seribu bahasa dengan cara memperbaiki
akhlak dan meluruskan setiap kesalahan anda.

" Orang cerdik akan berusaha merubah kerugian menjadi
keuntungan, sedangkan orang yang bodoh akan membuat satu
musibah menjadi bertumpuk dan berlipat ganda."

" Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban ! Maka aku
tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri
hanya untuk sebuah dugaan. Hanya hari ini, aku berkesempatan
mengemas rumah dan pejabat agar tidak berselerak, berserabut
dan nampak indah tersusun, juga berpegang teguh pada Al Quran,
mengkaji dan mencatat segala yang bermanfaat yang terkandung
di dalamnya, yang mana orang lain disibukkan urusan duniawi
dan tidak berkesempatan melakukannya, manakala aku disibukkan
disetiap detik diriku dalam perkara-perkara bermanfaat."

Generasi Da'i Genius Moden...

DR. Zakir Abdul Karim Naik, ulama dan tokoh perbandingan agama
paling masyhur dunia saat ini. Anak kelahiran Mumbai India 18
Oktober 1965 ini, adalah da’i yang hebat dalam urusan berdebat
soal kristologi, perbandingan agama, hafal Al Quran dan kitab-
kitab agama lain. Dia dianggap sebagai pengganti dari almarhum
Syaikh Ahmad Deedat yang merupakan da’i hebat dalam urusan
berdebat dengan agama kristen.

Rekaman video dan DVD ceramahnya banyak didistribusikan.
Perkataannya disiarkan pada akhir pekan di saluran Peace TV,
sebuah stasiun televisi milik beliau. Ceramah dan Debat dengan
agama lain banyak beredar di Youtube. Dan kita lihat dari
ceramah-ceramahnya di YouTube, banyak orang-orang non-Muslim
tersebut termasuk pendeta, pandid, dan sebagainya yang tadinya
melakukan debat agama dengan beliau, namun akhirnya masuk
Islam (menjadi muallaf) di acara beliau. Mereka memberikan
kesaksian bahwa Islam adalah agama kebenaran.

Nah, anak Zakir Naik ternyata benar-benar, “ LIKE FATHER LIKE
SON”. Buah jatuh tak jauh dari pohonnya. Berikut profil
singkat anak DR Zakir Naik, seperti dikutip dari situs Peace
TV. Namanya, Fariq Naik. Umurnya 21 tahun (kelahiran 10 Juli
1994). Dia telah menyelesaikan studinya di Islamic
International School & Junior College, Mumbai, India. Sudah
hafidzh Qur’an sejak berumur 13 tahun !

Sejak umur 8 tahun, Fariq Naik sudah terbiasa dengan
perjalanan dakwah ayahnya. Fariq mulai memberikan ceramah
singkat dalam bahasa Inggris dan Arab di depan ribuan orang
di Chennai, Pune, Dubai, Italia, Trinidad dan kota-kota lain
di dunia. Pada tahun 2003 di usia 9 tahun, Fariq Naik
menangani audiens yang jumlahnya lebih dari 50.000 orang
di Srinagar dan audiens yang lebih besar di Hyderabad pada
tahun 2006 pada usia 12 tahun.

Setelah presentasi singkat di Peace TV, ia telah diundang
untuk memberikan ceramah tentang Islam di berbagai belahan
dunia termasuk Arab Saudi, UEA, Bahrain, Italia, Sri Lanka dan
Maladewa. Seperti kebanyakan pemuda pada umumnya, Fariq Naik
juga menyukai olahraga seperti sepak bola, karate, berenang
dan judo. Fariq Naik memiliki sabuk hitam Taekwondo dan
Karate. Fariq Naik adalah pembicara termuda pada usia 15
tahun, di antara lebih dari 30 pembicara Islam yang berasal
dari 15 negara yang berbeda di salah satu konferensi dakwah
Islam internasional yang terbesar di dunia, “ Peace, The
Solution for Humanity” yang diselenggarakan pada bulan
November 2009 di Mumbai, India.

Saat ini, Fariq sedang melakukan Studi Islam di Al Imam
Muhammad Ibn Saud Islamic University di Riyadh, Arab Saudi.
Generasi penerus memang harusnya seperti ini. Masya Allah!

Ketahuilah bahawa bencana dahsyat, perbuatan yang paling
buruk, dan aib adalah berpunca daripada kurangnya perhatian
masyarakat terhadap mengerjakan ibadah solat lima waktu, solat
Jumaat, solat jemaah dan solat sunat yang lainnya. Orang yang
meninggalkan ibadah solat kerana cuai oleh urusan dunia akan
malang nasibnya, berat seksaannya, rugi perdagangannya, besar
musibahnya, dan panjang penyesalannya.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud, “ Wahai Abu Hurairah,
perintahkanlah keluargamu untuk solat, kerana Allah akan
memberimu rezeki dari arah yang tidak pernah kamu duga.”

“ Barang siapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka ia
telah kafir.” (Riwayat al Bazzar dari Abu Darda’). Sabda
Rasulullah SAW lagi bermaksud, “ Barang siapa bertemu Allah
sedang ia mencuaikan solat, maka Allah sama sekali tidak
akan mempedulikannya.” (Riwayat Tabarani).

Abu Hurairah RA meriwayatkan, “ Selepas Isyak aku bersama Umar
bin Khattab ra pergi ke rumah Abu Bakar as Siddiq untuk suatu
keperluan. Sewaktu melalui pintu rumah Rasulullah SAW, kami
mendengar suara rintihan. Kami pun berhenti sejenak. Kami
dengar beliau menangis dan meratap, “ Ah…andaikan saja aku
dapat hidup terus untuk melihat apa yang diperbuat oleh umatku
terhadap solat. Ah, aku sungguh menyesali umatku.”

Rasulullah menangis. “ Wahai Abu Hurairah, mari kita ketuk
pintu ini,” kata Umar dan kemudian mengetuk pintu. “ Siapa ?”
Tanya Aisyah. “ Aku bersama Abu Hurairah.” Kami meminta izin
untuk masuk dan beliau mengizinkannya. Setelah masuk, kami
lihat Rasulullah SAW sedang bersujud dan menangis sedih,
beliau berkata dalam sujudnya, “ Wahai Tuhanku, Engkau adalah
pengawalku bagi umatku, maka perlakukanlah mereka sesuai
dengan sifat-sifatMu dan jangan perlakukan mereka sesuai
perbuatan mereka.”

“ Ya Rasulullah, ayah dan ibuku menjadi tebusanmu. Apa
gerangan yang terjadi, mengapa engkau begitu sedih ?” ” Wahai
Umar, dalam perjalananku ke rumah Aisyah selepas mengerjakan
solat di masjid, Jibril mendatangiku dan berkata, “ Wahai
Muhammad, Allah Yang Maha Benar mengucapkan salam kepadamu,
kemudian ia berkata, bacalah.” “ Apa yang harus kubaca ?”
“ Bacalah firman Allah yang bermaksud, “ Maka datanglah
sesudah mereka pengganti (yang buruk) yang mensia-siakan solat
dan menurutkan hawa nafsunya, mereka kelak akan menemui
kesesatan.” (Maryam : 59).

“ Wahai Jibril, apakah sepeninggalanku nanti umatku akan
mencuaikan solat ?” ” Benar, wahai Muhammad, kelak di akhir
zaman, akan datang sekelompok manusia daripada umatmu yang
mencuaikan solat, mengakhirkan solat (hingga keluar dari
waktunya), dan menurutkan hawa nafsu. Bagi mereka satu dinar
lebih berharga daripada solat.” (Hadis ini juga diriwayatkan
oleh Ibnu Umar).

No comments:

Post a Comment