Thursday 9 April 2015

Memahami Isi Kandungan Al Quran...^^..

Memahami Isi Kandungan Al Quran...^^..

Muhammad ayat 24:

" (Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka
sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran
atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang
menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)."

Al Anbiya’ ayat 3:

" Dengan keadaan hati mereka leka daripada memahami dan
mengamalkan maksudnya."

Al Qamar ayat 22:

" Dan demi sesungguhnya ! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk
peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu
mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)."

Al Furqon ayat 50:

" Dan demi sesungguhnya ! Kami telah berulang-ulang kali
menyebarkan hujjah-hujjah di antara manusia melalui Al-Quran
supaya mereka berfikir (mengenalku serta bersyukur), dalam
pada itu kebanyakan manusia tidak mahu, melainkan berlaku
kufur."

Al Furqon ayat 44:

" Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka
mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada
mereka). Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan
(bawaan) mereka lebih sesat lagi."

Ar Rad ayat 19:

" Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang
diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara
yang benar, sama dengan orang yang buta mata hatinya.
Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah
orang-orang yang berakal sempurna."

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment