Thursday 9 April 2015

Darjat Kita, Layakkah Kita Ke Syurga...^^..

Darjat Kita, Layakkah Kita Ke Syurga...^^..

Ali Imran ayat 163:

" Mereka itu (yang menurut keredaan Allah, dan yang mendapat
kemurkaanNya), mempunyai tingkatan-tingkatan (pahala atau dosa
yang berlainan) di sisi Allah, dan Allah Maha Melihat akan
segala yang mereka kerjakan."

An Nisa’ ayat 95-96:

" Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut
berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman (selain
daripada orang-orang yang ada keuzuran) dengan orang-orang
yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela
Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang
yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-
orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur)
dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua
golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik
(Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas
orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan
tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar,

Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya, dan keampunan
serta rahmat belas kasihan. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

At Taubah ayat 20:

" (Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta
berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka
adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah
(daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang
Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja), dan mereka
itulah orang-orang yang berjaya (beroleh kemenangan).

Toha ayat 75-76:

" Dan sesiapa yang datang kepadaNya sedang ia beriman, serta
ia telah mengerjakan amal-amal yang soleh, maka mereka itu
akan beroleh tempat-tempat tinggal yang tinggi darjatnya,

(Iaitu) Syurga-syurga yang kekal, yang mengalir padanya
beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, dan yang demikian
itu ialah balasan orang-orang yang membersihkan dirinya dari
perbuatan kufur dan maksiat."

Mujadilah ayat 11:

" Wahai orang-orang yang beriman ! Apabila diminta kepada kamu
memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka
lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala
halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka
bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang
beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu
pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan
(ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa
yang kamu lakukan."

Al Hadid ayat 10:

" Dan mengapa kamu tidak membelanjakan harta benda kamu pada
jalan Allah, padahal Allah jualah yang mewarisi langit dan
bumi (serta segala isinya). Tidaklah sama di antara kamu,
orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang
sebelum kemenangan (Nabi menguasai Makkah). Mereka itu lebih
besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan
hartanya serta turut berperang sesudah itu. Dan tiap-tiap satu
puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) yang sebaik-
baiknya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya
akan apa yang kamu kerjakan."


Layakkah Kita Menghuni Syurga Allah ?

Al Baqarah ayat 214:

" Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga ?,
padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti
yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada
kamu ? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda)
dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan bermacam-
macam ancaman bahaya serta musuh), sehingga berkatalah Rasul
dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya, " Bilakah
(datangnya) pertolongan Allah ? Ketahuilah sesungguhnya
pertolongan Allah itu amat dekat (asalkan kamu bersabar dan
berpegang teguh kepada ugama Allah)."

1@ Di uji dengan kepapaan.

2@ Di uji dengan Penyakit.

3@ Digoncangkan keimanan dan kesabaran atas ancaman bahaya
musuh.

Ali Imran ayat 142:

" Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga,
padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang
yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh)
di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang
yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan).

1@ Belum ada lagi orang yang pergi berjihad dikalangan kita.

2@ Belum nyata lagi ada orang yang sabar dikalangan kita.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment