Wednesday 15 April 2015

107. Al-Ma'un 001-007, Terjemahan Al Quran...^^.. (Barangan Berguna)

107. Al-Ma'un 001-007, Terjemahan Al Quran...^^..
(Barangan Berguna)

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

1@ Tahukah engkau, orang yang mendustakan agama (meliputi hari
pembalasan) ?

2@ Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada
anak yatim,

3@ Dan tidak menganjurkan untuk memberi makanan yang berhak
diterima kepada orang miskin.

4@ (Kalaulah orang sedemikian dikira dari kalangan orang-orang
yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-
orang yang solat (Ahli Sembahyang),

5@ (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada
menyempurnakan sembahyangnya (yang solatnya tidak memberi
kesan baginya),

6@ (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (selalu bangga
diri dalam ibadat dan bawaannya, tidak ikhlas ibadahnya),

7@ Dan orang-orang yang tidak (enggan) memberi sedikit
pertolongan berguna (kepada orang yang berhak mendapatnya).

#### Orang yang mengusir anak yatim dan tidak suka memberi
makan orang miskin adalah termasuk golongan orang yang
mendustakan hari pembalasan atau agama Allah, meskipun ia
mengaku bahawa Dia Muslim sejati, kerana tiada faedahnya
perkataan itu, jika tidak disertai amal kebajikan.

Allah menyediakan neraka Wailun untuk orang sembahyang, yang
lalai hatinya dari sembahyang (tidak menumpukan hatinya kepada
Allah) serta riak (supaya dikatakan kuat beriman, berpakaian
dakwah serta berkopiah), lagi enggan memberi zakat. ####

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment