Thursday 9 April 2015

Di Penjara Al Quran...^^..

Di Penjara Al Quran...^^..

Hadis Sohih Bukhori:

Hadis no.6080 dan 6861. Dalam satu hadis yang panjang mengenai
syafaat, ada dua hadis dari Anas ra,Nabi saw bersabda setelah
3 kali memohon syafaat,

" Tiadalah yang tinggal di dalam neraka kecuali orang yang
dipenjara Quran dan mesti kekal di dalamnya."

Jadi amatlah penting untuk kita ketahui siapa yang dipenjara
Quran dan adakah dalil tiada syafaat bagi golongan ini.

Muddatsir ayat 48:

" Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat
pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh
memberikan syafaat itu."

Tetapi juga amat penting diketahui bahawa kita dilarang keras
melabel orang ini ahli neraka, orang ini ahli syurga kerana
tiadalah diketahui penghabisan hayat seseorang. Kemungkinan
taubat di hujung umur terbuka luas, kecuali bagi orang yang
selalu berbuat maksiat.

Kemungkinan juga orang kafir itu, di akhir hayatnya memeluk
Islam. Tiada siapa yang tahu pengakhiran seseorang kecuali
Allah swt. Oleh itu jagalah perkataan yang keluar dari mulut
kita.

An Nisa’ ayat 18:

" Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang
selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari
mereka hampir mati, berkatalah ia, " Sesungguhnya aku
bertaubat sekarang ini," (sedang taubatnya itu sudah
terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati
sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami
telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi
sakitnya."

Hak pemberian syurga dan neraka hanya dari Allah swt.....

Surah Jin ayat 21:

" Katakanlah lagi, " Sesungguhnya aku (Muhammad) tidak
berkuasa mendatangkan sebarang mudarat dan tidak juga berkuasa
mendatangkan sebarang kebaikan bagi kamu."

Dalam surah Jin ayat 21. Allah mengajar Rasul saw utk berkata,
bahawa Nabi tidak dapat beri mudarat dan kebaikan, kerana
semuanya dari Allah. Allah yang berkuasa menentukan. Apatah
lagi syurga dan neraka.

Adapun ayat ayat Al Quran adalah petunjuk supaya kita tidak
tergolong dalam golongan yang masuk ke neraka. Dan yang berhak
bercakap siapa kekal di dalam neraka atau siapa yang berada
di dalam neraka hanyalah Allah s.w.t.

Dan dengan dasar dari surah al Baqarah ayat 281, kita mengkaji
dan menyenaraikan ayat-ayat yang menerangkan golongan ahli
neraka.

Al Baqarah ayat 281:

" Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang
padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah."


---
1@ Syirik kepada Allah swt.

An Nisa’ Ayat 48:

" Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik
mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan
mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang
mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka
sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar."

2@ Orang kafir dan munafik.

At Taubah ayat 68:

" Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan
serta orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal
di dalamnya. Cukuplah neraka itu menjadi balasan mereka dan
Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka azab seksa yang
kekal."

An Anfal ayat 36:

" Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan
harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah,
maka mereka tetap membelanjakannya kemudian (harta yang
dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka,
tambahan pula mereka dikalahkan. Dan (ingatlah) orang-orang
kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam."

Surah Al Fath ayat 6, juga Al Ahzab ayat 64-65,

" Sesungguhnya Allah telah melaknat orang-orang kafir dan
menyediakan bagi mereka api neraka yang marak menjulang."

" Wahai pembaca yg patut dikasihani dan tidak berdaya ! Apa
yang engkau dapat dari membaca al-Quran hanyalah berupa
gerakan lidah. Seandainya engkau merenungkan apa yang engkau
baca, maka hatimu akan hancur oleh apa yang membuat rambut
Rasullullah s.a.w beruban. Tetapi kalau engkau sudah merasa
cukup puas hanya sekadar menggerakkan lidah, engkau tidak
memperolehi buah al-Quran." (Imam Al Ghazali)

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment