Thursday 9 April 2015

Berpegang Pada Tali Allah...^^..

Berpegang Pada Tali Allah...^^..

Ramai menggunakan ayat ini untuk perpaduan umat Islam yang
berpecah kerana ideologi politik.

Ali Imran ayat 103:

" Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah
(ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai, dan
kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-
musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan
di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat
Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-
orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada
di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa
jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu
(disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan
kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat
petunjuk hidayahNya."

Ayat Ali Imran 103, perlu direnung dengan dua ayat sebelumnya
dan 2 ayat selepasnya.

Ali imran ayat 101:

" Jangan kafir padahal telah ada Quran dan Rasul."

Ali imran ayat 102:

" Bertakwa kepada Allah dengan sebenar benar takwa."

Ali imran ayat 104:

" Hendaklah menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta
melarang daripada segala yang salah."

Ali imran ayat 105:

" Jangan jadi seperti yahudi dan nasrani, di beri kitab tetapi
berceri-berai dan berselisihan."

Seterusnya kita melihat dua ayat lain yang menerangkan
mengenai tali Allah.

Al Baqarah ayat 256:

" Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya
telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh
itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman
kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada
simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan
(ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

Luqman ayat 22:

" Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah
(dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka
sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama)
yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala
urusan."

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment