Friday 19 December 2014

Rabiatul Adawiyahhh, MenCintai Tuhannya (Allah S.W.T)...^^..

Rabiatul Adawiyah adalah wanita yang diangkat tarafnya menjadi
wali Allah s.w.t. Beliau mempunyai suara yang amat merdu dan
wajah yang ayu, namun cinta hatinya tidak mampu dimiliki
sebarangan lelaki.

Bairpun mereka dari ulama terbilang, yang datang meminang,
ataupun sultan negara datang merisik. Beliau teguh dengan
pendiriannya kerana cinta hatinya hanyalah untuk Allah s.w.t
sahaja.

Antara isi kandungan Surat Penolakan Pernikahan Rabiatul
Adawiyah kepada Raja Basrah:

***

Raja yang dimuliakan,

Kesenangan itu hanya akan diperolehi dengan mudah apabila kita
cuba menjauhi keduniaan. Secara jelas mahupun tersembunyi,
secara lahir mahupun batin. Kekecewaan dan kerugian adalah
teman rapat bagi mereka yang memburu dunia.

Sewajarnya kita berusaha mempersiapkan diri kita menjadi
penasihat untuk diri kita sendiri. Seandainya penasihat itu
selain daripada diri kita sendiri, maka kelemahan kita pasti
akan terbongkar.

Sekiranya anda mampu, berpuasalah untuk selamanya. Waktu
ketika ajal anda datang menjemput merupakan waktu bagi berbuka
yang paling afdal.

Sekiranya Allah s.w.t. mengurniakan saya kekayaan melebihi
daripada apa yang TuanKu miliki sekarang, itu juga, pasti
tidak mampu mengubah keputusan dan pendirian saya. Saya tetap
bertegas menyerahkan diri saya untuk berzikir kepadaNya
sehingga masa itu terhenti dengan sendiri.

Semoga Tuanku dan saya sentiasa mendapat keberkatan serta
dirahmati oleh Allah s.w.t.

***

Jawapan kepada Hasan al Basri, untuk persoalan pernikahan
ke atas dirinya, Rabiatul Adawiyah;

***

" Nikah itu menjadi kepentingan bagi orang yang
mendambakannya, sedangkan saya tidak punya pilihan lain kerana
pilihan saya, bersama nazar yang saya buat, saya tidak akan
berkahwin hingga ke akhir hayat.

Saya membuat keputusan mahu menghabiskan seluruh masa saya
hanya untuk Allah s.w.t. Saya tekad mahu bernaung hanya
di bawah perintahNya."

" Semua persoalan pasti terjawab apabila kita sebagai hamba
Allah berjaya memerangi nafsu malah menaklukinya. Ingatlah,
orang yang zuhud serta abid sentiasa mengingati Allah dalam
suka dan duka, dalam sedar atau tidak, dalam ratap dan juga
tangis supaya di akhirat kelak, menjadi bukti untuk
mendapatkan balasan yang sudah tersedia."

***

Jawapan kepada Pemuda yang ingin menguji, sebab mengapa
Rabiatul Adawiyah selalu menghindari perkahwinan;

***

" Saya juga pasti akan berkahwin, sekiranya mereka yang mahu
mengahwini saya mampu mencari jalan bagi mengeluarkan,
menyelamat dan mengubati saya daripada kerisauan dan perasaan
dukacita yang saya hadapi sekarang."

" Pertama, saat bila malaikat maut mahu mencabut nyawa yang
tunggal ini, apakah dirinya dapat menjamin saya menghadap
Allah s.w.t. dengan bekalan iman yang sempurna ?"

" Keduanya, sejurus ketika berada di padang mahsyar kelak,
dapatkah dirinya memastikan saya akan menerima buku amalan
sepanjang kehidupan saya dengan tangan kanan ?"

" Yang ketiga, setelah selesai di hisab di padang mahsyar
kelak, dari golongan yang soleh akan dimasukkan ke dalam
syurga manakala dari golongan yang kufur akan dihumban
ke dalam neraka. Apakah dia akan dapat menjamin saya akan
berada di dalam Syurga Allah ?"

***

" Kehidupan saya sentiasa dihiasi rasa takut kepada hal-hal
tentang hari akhirat. Apa perlunya bersuami, kerana bersuami
itu pasti akan menghadkan masa saya dengan Allah s.w.t. Itu
merupakan satu kerugian yang tidak mampu saya laburkan."

" Tidak perlu saya sibukkan diri dengan perkara-perkara
lainnya, apabila mendapat jaminan daripada Allah s.w.t. Dia
lebih mengetahui dan memahami apa yang saya perlukan sebelum
saya sempat berkata-kata atau meminta-minta dari sesama
makhluk."

" Sekiranya dijanjikan suatu kenikmatan dan kasih sayang Allah
s.w.t. di akhirat kelak, adakah kamu akan berasa rugi untuk
bekerja keras untuk hari ini ? Sesungguhnya, mereka yang kuat
berusaha adalah manusia yang paling berbahagia di akhirat
kelak."

" Saya sentiasa dirundum perasaan sedih dan berduka kerana,
walau sebanyak manapun amalan saya kepada Allah s.w.t, saya
juga tidak pasti, sama ada Allah s.w.t. redha akan perbuatan
saya. Tidak mustahil, adakalanya Allah murka kepada saya."

" Saya kira, saya hanya bermain-main sahaja di dunia, namun
segala amalan saya adalah untuk akhirat. Oleh itu, janganlah
kamu cuba mencuri atau merampas kecintaan saya kepada Allah
s.w.t., kelak kamu pasti akan menyesal."

### Memang menjadi satu keganjilan, sekiranya terdapat mana-
mana manusia, tidak mahu mendirikan rumah tangga, kerana
kenikmatan untuk berumah tangga memang sengaja di syariatkan
Allah s.w.t. bagi menghindari manusia daripada terjebak dengan
kancah perzinaan dan dosa besar.

norshahuddinhome.blogspot.com
Norshahuddin Edited Dec 2014/Safar 1436...^^..

No comments:

Post a Comment