Friday 19 December 2014

Harga Air Tangan Orang Tidak Menunaikan Solattt...^^..

Harga Air Tangan Orang Tidak Menunaikan Solattt...^^..

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa
besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada
khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti
yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah
berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia
(nazar), " Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing
anjing hitam."

Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki
tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak,
lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air
kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun
untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar
benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam)
atau sedekah.

Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun
haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang
baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu
dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi
ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air
kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina
dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki
tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah
orang yang meninggalkan solat dan minum air tu.

Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan
oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang
meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari
bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam.
Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu
atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah
solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air
tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan
sebagainya.

Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak.
Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air
tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan ?

Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak.
" Teh tarik satu, roti canai satu." Ada pulak segelintir
tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan
dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja
yang baik.

Hati-hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan
solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad
melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain
memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada
Saidina Ali (dan untuk umat Islam), " As solah as Solah wa
amalakat aimanukum". Maksudnya, " Solat, solat jangan sekali
kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah
tanggunganmu..."

### Jangan Pernah meninggalkan Solat, tidak kira Sihat atau
Sakit, Allah juga tidak pernah memBebankan hambaNya. Kalau
Sakit, ada cara Solatnya, ada Solat sambil Duduk, sambil
Berbaring dan Solat dalam keadaan berPerang pun ada...

Kalau terTunda atau terLupa, pasti Qadakan semula solat yang
telah Luput. Solat itu tanda Syukur kita kepada tuhan orang
Muslim (Allah s.w.t.) ###

norshahuddinhome.blogspot.com
Norshahuddin Edited Dec 2014/Safar 1436...^^..

No comments:

Post a Comment