Melihat apa yang orang lain miliki dan melihat apa yang tidak kita
miliki, seringkali mengundang gundah dan resah di hati. Melihat apa
yang dianugerahkan pada kita dan melihat keperitan orang di
sekeliling kita, terbit pula kesyukuran di dalam kalbu.
Kita tahu Allah Maha Mengetahui tetapi, mengapa sukar sekali
untuk kita
merasakan bahawa Allah memperhatikan setiap yang
kita lakukan? Mengapa
sukar untuk kita menyedari akan hakikat itu?
Kita tahu Dia Maha Kuasa ke atas segala sesuatu, tapi mengapa kita
Kita tahu Dia Maha Kuasa ke atas segala sesuatu, tapi mengapa kita
tidak meletakkan Dia
sebagai tempat yang teratas ketika ditimpa
masalah? Mengapa tidak kita
terus mengadu pada-Nya? Bukankah
Allah akan mengabulkan doa-doa orang
yang memohon kepada-Nya?
Kita tahu Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, tapi mengapa
Kita tahu Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, tapi mengapa
kita sentiasa lupa dengan kasih sayang-Nya?
Kerana kasih-Nyalah
yang memungkinkan kita untuk menemui sinar jalan
pulang. Kerana
Kasih-Nyalah yang memungkinkan kita merasai nikmat iman
dan
Islam. Kerana kasih-Nyalah kita masih mendapat peluang ini.
Mengapa kita sering lupa akanNya?
Apakah kita tidak percaya akan pertemuan dengan-Nya?
Bukankah segalanya telah dijelaskan?
Bukankah itu bukti cinta-Nya pada hamba-Nya?
Terlalu besar, terlalu besar kasih-Nya
Tapi kita sering lupa..
Bahkan,
Kita selalu mengatakan tidak ada yang memahami..
Bukankah Dia Maha Memahami. Dia sentiasa di sisi kita. Bahkan

Dia lebih dekat dari urat leher kita sendiri.
Mengapa kita sering lupa?
Mengapa kita lupa bahawa kita ini insan yang pelupa? Kita lupa
Mengapa kita sering lupa?
Mengapa kita lupa bahawa kita ini insan yang pelupa? Kita lupa
bahawa
kita ini seorang hamba. Kita lupa kita ini lemah kerana itu
kita sering
terlupa pada DIA yang Maha Kuasa.
"Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya, maka Dia
"Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya, maka Dia
mengilhamkan kepadanya (jalan)
kejahatan dan ketakwaannya,
sungguh beruntung orang yang menyucikan
(jiwa itu), dan sungguh
rugi orang yang mengotorinya..." (Surah
Asy-Syams: Ayat 7-10)
~>Ya Allah.. Ya Rabb.. Teguhkanlah imanku.. Perelokkanlah
~>Ya Allah.. Ya Rabb.. Teguhkanlah imanku.. Perelokkanlah
amalanku.. ampunilah aku kerana sering berkeluh
kesah.. Jadikanlah
aku manusia yang terus bersyukur.. tempatkanlah aku
dalam golongan
orang-orang yang Engkau kasihi. Hanya padaMu tempat aku
memohon dan meminta. Ya Allah.. Ya Rabb.. Aamiin.. (T_T)
~Sekalung Doa
Seindah Janji~
Norshahuddin Edited...^^....