Saturday, 31 October 2015

Ilmu Bermanfaat (Sweet Knowledge), Penawar Hatiku...^^..

Ilmu Bermanfaat (Sweet Knowledge), Penawar Hatiku...^^..

The Secret of Happiness is meeting the Challanges of each new
day with Calm Faith. Without breaking the Rules of Life+Cute.
Verily, Allah does not look at your appearance or wealth, but
rather He looks at your hearts and actions. You can destroy
our homes, but you can never take away our smiles. You can
study the entire Al Quraan, study a million hadiths, read a
thousand books, but knowledge without practice is useless.

" Saya melihat negara Islam sedang mengandungkan bayi-bayi
Barat dan suatu hari mereka akan melahirkan anak-anak yang
berkiblat ke Barat. Pada masa yang sama, saya melihat negara
Barat sedang mengandungkan bayi-bayi Islam dan suatu hari
nanti mereka akan melahirkan pejuang-pejuang Islam." " Agama
adalah Sinaran bagi Hati, sedangkan Ilmu-ilmu Moden adalah
Cahaya bagi Akal." " Sesungguhnya Al Quran itu wahyu Allah.
Saya akan buktikan dan menunjukkan kepada dunia yang Al Quran
itu seperti matahari yang tidak akan padam cahayanya dan tidak
akan dapat dimusnahkan." Kata nasihat Badiuzzaman Said Nursi.

Kamu didik keluargamu dengan kekayaan dan kerakusan harta,
nescaya keluargamu akan rosak binasa. Tetapi jika kamu didik
keluargamu dengan kekayaan ilmu dan beragama (walaupun hidup
kedaifan dan kemiskinan), nescaya keluargamu akan selalu
berbahagia. Ilmu suluh hidup (SKTM1, sekolahdalamkenanganku).

Bermula mendidik dengan keluarga kamu seadanya. Jangan cuba
bercita-cita mendidik masyarakat, jika keluargamu sendiri
berjalan tidak betul. Jika tidak berjaya, serahkan pada Yang
Maha Kuasa dan bersedia serta redalah akan sebarang ketentuan
dari takdirNya. Tanam dan Ajarkan kebaikan untuk dirimu dan
keluargamu dahulu.

Surah Yassin adalah jantung Al Quran, tiadalah seseorang itu
membacanya menginginkan Allah dan Akhirat melainkan Allah
mengampuninya. Maka bacalah ia pada orang yang sedang mati.
Diniatkan dalam hati, " Sahaja aku sedekahkan surah al Fatihah
dan Yassin ini untuk saudara/ri.......... kerana Allah taala."

Sesungguhnya (Surah Yassin) adalah jantung Al Quran kerana
kandungannya yang mengandungi bukti-bukti nyata, tanda-tanda
jelas, ilmu-ilmu kejadian alam, makna-makna yang terperinci,
janji-janji yang akan berlaku serta peringatan yang berkesan
walau dengan keringkasannya.

Jika dibacakan surah Yassin disisi seseorang yang sedang sakit
mati, maka akan diringankan (saat sakratul maut) akan dia.

Surah Yassin ayat 70, " Supaya ia memberi peringatan kepada
orang yang sedia hidup (hatinya), dan supaya nyata tetapnya
hukum (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar."

Surah Al Baqarah ayat 156, [Inna lillahi wa inna ilaihi ra
ji'un.] " Iaitu orang yang apabila mereka ditimpa (oleh Allah)
sesuatu kesusahan, mereka berkata, " Sesungguhnya kami adalah
kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." +++

Surah Adz Dzariyat ayat 56, " Dan (ingatlah) tidaklah Aku
menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah
dan beribadat (menghambakan/mengabdikan diri) kepadaKu."

Surah Al Qasas ayat 88. " Dan janganlah engkau menyembah Tuhan
yang lain bersama-sama Allah, Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-
tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. BagiNyalah
kuasa memutuskan segala hukum dan kepadaNyalah kamu semua
dikembalikan (untuk dihitung amal masing-masing dan menerima
balasan)."

" Sesuatu yang ditakdirkan tidak menimpa engkau, tidak akan
berlaku ke atasmu, sebaliknya sesuatu yang telah ditentukan
oleh takdir menimpa engkau, tidak akan terlepas daripadanya."
(Riwayat Tirmidzi...)

Allah tidak ingin hambanya menumpukan perhatian kepada orang
lain, melainkan hanya kepadaNya sahaja. Sepatutnya kita hanya
mencintai Allah dan tidak mencintai makhluknya, yang selainnya
hanya pendamping sementara kita saat di dunia. Yang kekal dan
pasti perjumpaan denganNya (Allah) dan ketentuan alam akhirat.

Allah tabaraka wa taala berfirman, " Jika hambaKu suka bertemu
denganKu, maka Aku juga suka bertemu dengannya. Jika dia benci
bertemu denganKu, maka Akupun benci bertemu dengannya."

Seseorang Hamba yang beriman, akan beristirehat (dengan
kematiannya) dari kehidupan dunia dan kesusahannya menuju
rahmat Allah (Syurga), sedang Hamba yang fajir, maka para
manusia, negeri, haiwan dan tumbuhan pepohonan beristirehat
darinya (dari kerosakan dan keburukan yang dilakukannya).

Apakah engkau juga tidak Rela atas apa yang dipinjamkan (hidup
dan mati setiap makhluk ciptaanNya) Allah padamu, lalu Dia
(Allah) mengambilnya kembali, padahal Dia lebih berhak
ke atasnya dari dirimu. Allah menjadikan qurratul ain
(penyejuk/penghibur hati) bagiku pada (saat dan waktu aku
melaksanakan) shalat. Selayaknya itu kewajipan Hamba terhadap
Penciptanya.

Hasan al Banna memulakan kata-kata, " Saya mahu mengingatkan
diri saya dan kawan-kawan saya termasuk tuan-tuan semua bahawa
Allah itu Esa. Dia yang menghidup dan mematikan kita. Dia
mengutus Nabi Muhammad s.a.w bagi menyampaikan risalahNya
kepada kita. Yakinlah tuan semua bahawa kita semua akan mati.
Dan yakinlah tuan semua bahawa di sana ada alam kubur, ada
padang mahsyar, ada syurga dan ada neraka. Jangan kalian
mencemar Islam dengan ilmu yang ada padamu, kelak nanti Allah
akan mencemarmu di akhirat."

Adakah tujuan kamu hendak mendapatkan khazanah ilmu bagi
membolehkan kamu menandingi para ulama terkenal ? Sesiapa yang
menuntut ilmu bukan kerana mencari keredhaan Allah dan tidak
mengamalkan ilmu itu, dia akan menerima balasan api neraka.
Berjalan kepada Allah itu ada 4 jenis, iaitu fikir pada
perjalanan syariat, zikir pada perjalanan tariqat, sabar pada
perjalanan hakikat dan syukur pada perjalanan makrifat.

Dalam perkara menuntut ilmu, elok kita terus meminta
pertolongan daripada Allah. Sekiranya kita meminta pertolongan
daripada makhluk, pasti lambat laun berakhir dengan
kekecewaan. Kejayaan itu berada di tangan Allah, kerana itu
kita perlukan kekuatan dan pertolongan daripada Allah sahaja.
Sebagai hamba Allah, menghadapi kegagalan dalam penuh
kemuliaan adalah jauh lebih baik daripada kejayaan dalam penuh
kehinaan. Sebarang ketentuan daripada Allah pasti terjadi.

Orang yang hebat di bidang apapun bukan baru bekerja kerana
mereka berjaya, namun mereka menjadi berjaya kerana mereka
lebih suka bekerja. Mereka tidak mensia-siakan waktu untuk
menunggu kejayaan. Rahmat sering datang kepada kita dalam
bentuk kesakitan, kekecewaan dan kehilangan, tetapi kalau kita
sabar, kita akan segera melihat bentuk aslinya. Kita 5 tahun
ke depan dipengaruhi oleh apa yang kita baca, kita dengar,
kita lihat dan dengan siapa kita bergaul dari sekarang dengan
ke 5 tahun ke depan.

Perniagaanlah yang paling banyak melalaikan manusia dari
mengerjakan shalat dan ketaatan, sehingga mereka tidak
mendatangi masjid untuk mendirikan shalat. Para pedagang akan
mendapatkan banyak ujian ketika berdagang. Jika dia tidak
memiliki benteng yang kuat, maka dia akan terjatuh kepada
banyak perbuatan dosa.

Mereka tahu bahawa apa-apa yang berada di sisi Allah jauh
lebih baik untuk mereka dan lebih bermanfaat daripada apa yang
mereka miliki. Mereka menyedari bahawa harta-harta yang ada
pada mereka akan lenyap, sedangkan apa-apa yang di sisi Allah
akan kekal.

Orang-orang yang berhati-hati kepada Rabb mereka, orang-orang
yang beriman dengan ayat-ayat Rabb mereka dan orang-orang yang
tidak mempersekutukan Rabb mereka (dengan sesuatu apapun).
Mereka itu sangat-sangat mengharapkan keredhaan daripada Rabb
mereka. Mereka berkewajipan untuk mengucapkan dua kalimat
syahadat yang merupakan kalimah tauhid terlebih dahulu,
kemudian diperintahkan untuk melaksanakan shalat wajib.

Dulunya para ulama Ahlus Sunnah, jika ingin mempelajari ilmu
(hadits) dari seseorang, maka mereka memperhatikan dan
meneliti (terlebih dahulu) shalat, penampilan dan tingkahlaku
orang tersebut. Adakah patut dijadikan contoh atau terdapat
keraguan ?

Saya faham prinsip dan cara pendidikan beberapa orang pendidik
barat, namun saya tidak mahu mengikut pendapat mereka secara
membuta tuli. Sebaliknya saya mengubahsuai pendapat dan cara-
cara mereka itu menurut acuan Islam. Antaranya masjid ciri dua
tingkat, yang mana tingkat bawah dijadikan masjid dan
di atasnya pula di jadikan sekolah atau perpustakaan, agar
ibadat shalat menjadi keutamaan.

Jikalau engkau ingin mencapai kesempurnaan, sembahlah Allah
sahaja dan jauhkan daripada menyembah dan berharap kepada
benda-benda lain. Jikalau engkau mencari kebenaran, maka
engkau akan dapati setiap benda lain tidak kekal. Yang kekal,
hanyalah Allah. Imam-imam mujtahid seperti Imam Hanafi, Imam
Malik, Imam Hambali dan Imam Syafie itu mahir dengan Al Quran
dan Hadits. Mereka membuat rujukan dahulu sebelum mengeluarkan
sebarang fatwa.

Saya adalah seorang pengembara yang sedang mencari kebenaran,
Apakah kamu tidak percaya dengan apa yang ditakdirkan Tuhan ?
Sekiranya kita dibunuh pada hari ini, yakinlah bahawa itu
sudah ditakdirkan. Jangan dikesalkan, kerana apa yang berlaku
ada hikmahnya. Tuhan tidak jadikan sesuatu itu dengan sia-sia.
Allah menjadikan Qurratul ain (penyejuk, penghibur hati)
bagiku pada (saat dan waktu aku melaksanakan) shalat.

Muslim itu seharusnya memahami makna keimanan yang sebenar,
juga perlu berhati-hati dalam menunaikan ibadat yang betul.
Mencontohi, mengkaji dan mempelajari sejarah hidup para rasul,
nabi, wali Allah dan orang-orang soleh zaman terdahulu yang
mendapat petunjuk serta bimbingan daripada Allah. Setuju.....

Aku cuma kagum dengan Malaikat-malaikat Allah dalam ketaatan
kepada Tuhannya. Berzikir, bertasbih dan melaksanakan perintah
Allah tanpa ragu-ragu daripada awal penciptaan sehingga hari
kiamat tanpa rehat dan tiada kedengaran keluhan dari mereka,
bagaikan kaum-kaum semut (bekerja keras dan amat taat pada
permaisurinya). Adapun malaikat yang tercedera (patah sayap),
mereka kembali ke langit, mandi di kolam syurga, kolam segala
kesembuhan, keadaan mereka kembali sembuh seperti lahirnya.

Mereka amat-amat patuh dalam menjalankan seksaan, tiada belas
kasihan, mereka cuma teramat taat menjalankan arahan tuannya.
Opera alunan bacaan ayat-ayat suci Al Quran dengan penghayatan
dari makhluk bernama manusia, terkadang-kadang mengalih mata
pandangan mereka, terkadang mereka terasyik terdoa memujinya.

Aku juga kagum dengan keazaman Syaitan-syaitan (juga makhluk
ciptaan Allah) dalam melaksanakan rancangannya (perjanjiannya
dengan Allah dalam menyesatkan setiap anak Adam, kecuali telah
tertulis oleh takdir hambanya itu di bawah lindungan penjagaan
dari Allah). Adapun jasad mereka akibat kederhakaan amatlah
buruk dan teruk serta kekal sehingga hari kebangkitan dan
tidaklah Allah menjadikan mereka sia-sia, bahkan ianya sebagai
contoh ikutan makhluknya, para pengikutnya dari ahli neraka.

" Aku cuma seorang yang pandai berterima kasih kepada Tuhan
(Allah), tetapi tidak pernah tahu bagaimana cara berterima
kasih sesama makhluk. Aku cuma terlupa. Terima kasihku cumalah
mengikut perintah Tuhanku, menjauhi segala laranganNya dan
perkara-perkara meragukanku, (shalatku, ibadahku dan amalanku)
tidak dipengaruhi oleh adat budaya, cuma berhati-hati pada
asasnya dan tunjangnya utamanya cuma ayat-ayat suci Al Quran."

Kesilapan manusia itu sendiri yang melupakan tuan penciptanya
(Tuhannya), kerana selalu meremehkan kebenaran dan ilmu agama.
Mereka terikat dengan cerita dongeng dan adat kebiasaan nenek
moyang berdasarkan sangkaan dan prasangka mereka. Tanpa ada
bukti kukuh dan nas-nas yang jelas dari ayat-ayat Al Quran.
Selagi ilmu mengenal Allah tidak dikuasai, selagi itu tidak
layak baginya dipanggil Muslim. Keutamaan pertama dalam Islam
adalah mencari Ilmu mengenal Allah, barulah disusuli dengan
yang lainnya. Awal-awal beragama itu mengenal Allah (Tuhan).

" When You find yourself in a position to help Someone, Be
Happy. Because Allah is answering that person's Prayer through
You." " Plan for your Akhira carefully, you're going to spend
the rest of your life there." " A true Believer, does not fear
Physical Death, rather he fears the Death of his Heart."
" And when I am ill, it is He (Allah) who cures me."

Jika anda berada pada situasi untuk menolong seseorang, senang
dan bergembiralah. Kerana Allah sedang menjawab doa orang itu
melalui anda (sebagai pengantaraNya yang membantu hambaNya).

" Menggunakan Sihir dalam urusan dunia, dan percaya kepada
keKuasaan Sihir melebihi daripada keKuasaan dan keAgungan
tuhan (Allah) adalah Syirik. Allah benci bersemuka dengan
HambaNya itu, jika atas kehendakNya, semua atas kehendakNya."
" Let Allah deal with the people who wronged you in this life,
because too much hate will eventually consume you too."
" Bukan tugas kita memberi hukum kepada orang jahat, biar Dia,
tuhan sahaja menghukum dengan adil, samaada mahu mengazab atau
mengampunkannya itu terserah kepadaNya. Kita manusia tidak
mungkin bisa berlaku adil. Penulis buku Takdir semua makhluk.

Syirik antaranya menggunakan sihir ke atas seseorang manusia
yang lain bertujuan menghancurkan hidup musuh-musuhnya akibat
perasaan dengki dan jahat. Membunuh secara sembunyi-sembunyi
atau ghaib, tidak bersyukur kepada kelebihan dan kelemahan
yang diberi oleh Allah kepada hamba-hambaNya.

Kita semua mati (terlucut nyawa dari badan) bukannya sebab
dimakan harimau, peluru, racun, kena jampi dan bukan kerana
kemalangan jalan raya, matinya kita itu, adalah disebabkan
ajal yang ditetapkan Allah sejak azali. Oleh itu hendaknya
kita jangan takut kepada mati. Semua penyebab cuma sabitnya.
Ingatlah bahawa bukan Suami yang membahagiakan Isteri dan
bukan Isteri yang membahagiakan Suami, tetapi Allahlah yang
mampu membahagiakan mereka berdua.

" Dalam tidur tidak ada istilah meremehkan, tetapi meremehkan
(shalat) itu ketika dalam keadaan sedar (tidak tidur). Maka
jika salah seorang dari kalian lupa tidak mengerjakan shalat,
atau ketiduran, maka hendaklah ia shalat ketika dia telah
ingat. Ia harus mengerjakannya jika telah bangun atau ingat,
meskipun matahari ketika itu sedang terbit atau sedang
terbenam. Hendaklah ia shalat kapan saja mengingatnya, baik
dalam waktu atau diluar waktunya."

Sungguhpun kita ini beragama Islam, jika ianya tidak disertai
dengan iman dan ihsan, Islamnya kita itu, sekadar pada nama
sahaja. Setiap yang beriman itu adalah Islam, manakala setiap
yang Islam itu, belum tentu beriman. Hati orang beriman itu,
tidak terikat dengan dunia, pahala atau syurga dan tidak
terikat kepada ganti rugi, sanjungan, ganjaran atau balasan.
Agama Islam adalah agama yang diterima Allah, manakala orang
Islam pula belum tentu diterima Allah. Islam menggalakkan kita
saling menghormati agama-agama lain dan bangsa-bangsa lain.

Amal ibadah bagi orang yang beriman, tidak sedikitpun
bergantung harap kepada balasan syurga atau ganjaran pahala
dan mereka tidak pula takut kepada azab api neraka. Amalan
mereka suci dari bergantung harap kepada selain Allah. Mereka
rela diazab atas dosa-dosa mereka atas kenaifan diri mereka.
Semua yang berlaku itu, telah mengikut ilmu dan rancangan
Allah, yang telah siap tertulis. Ingatlah bahawa Allah itu,
tidak sekali-kali menganiaya hamba-hambaNya. Setiap manusia
yang hidup di dunia ini sudah ditentukan takdir masing-masing.
Oleh sebab itu, kita perlu reda dengan takdir yang sudah
ditentukan buat kita.

Sabarlah wahai anak-anakku, sekiranya Allah menghendaki
kematian bagi kita, maka redalah kita menghadapinya kerana
kematian itu kesudahan untuk semua makhlukNya. Sabarlah wahai
anak-anakku, kaum kerabat kita tidak dapat melindungi kita
daripada kezaliman orang-orang yang tidak dikenali. Oleh sebab
itu, hanya kepada Allah tempat kita berserah.

Apakah kamu tidak percaya dengan apa yang ditakdirkan Tuhan ?
Sekiranya kita dibunuh pada hari ini, yakinlah bahawa itu
sudah ditakdirkan. Jangan dikesalkan kerana apa yang berlaku
ada hikmahnya. Tuhan tidak jadikan sesuatu itu sia-sia.

Tuhan didik dengan seribu kesakitan untuk kita hargai
kesihatan pemberianNya (teruskan dan tingkatkan amalan), Tuhan
didik dengan kemiskinan dan kekurangan untuk kita tidak
mensia-siakan secebis nikmat pemberian (sifat suka bersyukur).
TIdak dijadikan sia-sia semua makhluk di dunia ini sehingga ia
dikembalikan (lenyap di dunia serta lupus dari jasad).

Sesungguhnya Allah tidak memandang rupa paras kamu dan tidak
memandang kepada bangsa kamu dan harta benda kamu, tapi Dia
memandang kepada hati dan amalan-amalan kamu.

Tuhan punyai banyak cara menjaga dan memelihara hambaNya dari
terjebak dengan dosa dan maksiat. Antaranya membiarkan kita
sakit bertahun-tahun lamanya, menyibukkan kita dengan urusan
yang berfaedah, juga memulaukan kita dalam persatuan
masyarakat yang rosak tauhid dan akhlak dan juga mematikan
kita dalam keadaan beriman kepadaNya. Tak bagi diri kita kat
sesiapapun.

Jangan pernah takut akan kematian, kerana itu saat-saat
gembira kita bersua muka dengan pencipta diri kita (Tuhan
Kita). Tidak rindukah kita menemui seseorang yang telah
menentukan takdir (rezeki, hidup dan mati, juga sejuta nikmat
kehidupan pemberianNya kepada kita). Lalu kita bersujud dan
memuji-muji akan NamaNya dan Sifat-sifatNya yang Agung (itu
Tuhan kita, Allah).

Yang perlu difikir dan perlu dicari oleh kehidupan manusia
itu, adalah tanggungjawab diri terhadap Allah, iaitu mencari
jalan untuk mengenalinya, dan mencari jalan untuk mengabdikan
diri kepadaNya.

Perniagaan, terkadang terpaksa korbankan Agama, Masa dan Jiwa
kerna tidak mahu ahli keluargaku yang lain turut berdosa dan
memikul dosa ketika menjalankan aktiviti perniagaan yang
terkadang terpalit unsur-unsur penipuan dan penyelewengan.
Shalat bisa ditinggalkan dan diremehkan kerana wang itu lebih
utama. Tidak suka bersedekah dan membayar zakat kerna takut
harta berkurang. Anak-anak diabaikan dan diajari hidup
bermewah dan suka berbelanja berlebihan. Pelajaran anak-anak
tersayang dilalaikan dan dicorak-corakkan dengan gaya
exklusif melambangkan harta benda yang dikaitkan dengan rahmat
dan kurnia Tuhan. Anak-anak hidup tanpa ilmu dan agama,
terikut-ikut arus masa, adat dan fahaman luar dari biasa.

Percaya seorang makhluk yang bernama manusia atau orang
keramat yang shaleh dapat mengubati dan menyembuhkan seseorang
atau bisa mendoa merubah sesuatu takdir itu adalah syirik.
Keputusan sebenar ditangan Allah. oleh itu mintalah dengan
Allah (Tuhan) sahaja. Kerana, mereka juga butuh serta takut
siksa Allah, kerana merubah takdir dan rancangan (menolak
ketentuan) Allah.

Jangan kamu tolak pemberian atau anugerah Tuhan (Allah) berupa
kesakitan, kemiskinan dan kemelaratan kerna Tuhan mahu menguji
reaksimu terhadap keberadaanNya di dalam pengharapanmu
kepadaNya.

Mungkin Tuhan berkehendakkan kamu membalas jasa kedua
ibubapamu sekitar mereka masih hidup (di dunia), bukan semasa
mereka telah diambil kembali (kampung akhirat). Mungkin juga
balasan tenaga dan kudratmu dijadikan ukuran dan pahala amalan
kebajikanmu bukan tersedia (tidak laku) untuk akhirat mereka.
Buatlah sesuatu sementara kamu berkesempatan. Jiwa, Raga dan
Cita-cita kamu mungkin tergadai, tetapi sekurang-kurangnya
hasratmu tertunai (membalas budi dan bakti kedua-duannya).

Memang semua manusia yang beragama di dunia ini (Islam,
Yahudi, Kristen, Buddha dan Shinto) di dunia ini, percaya
Tuhan itu ada, kita semua pun mengaku Tuhan (Allah) itu
wujud, tetapi yang menjadi persoalannya disini adalah, setakat
mana kepercayaan dan keyakinan kita terhadap Tuhan (Allah).

Hari Kiamat itu menurut pendapatku, di mana teknologi tidak
lagi berfungsi atau lumpuh tenaganya. Peperangan hanya akan
berlangsung dengan pedang, ketangkasan tubuh badan, dan tanpa
bantuan sebarang teknologi. Yang ada hanyalah akal.

" If Quran is your Map, you will never lost you Way." " There
is no school equal to a Decent Home and no teacher equal to a
Virtuous Parent." " You have permission to rest. You are not
responsible for fixing everything that is broken. You do not
have to try and make everyone happy. For now, take time for
you, it's time to replenish." " Marriage is not wedding and
hand holding selfies, it is dedication, loyalty, admiration."
" A Man with Dreams, needs a Women with Vision."

Team Copy Idols@ Forbidden Kingdom@ White Lotus Tribe@ White
Sneaker (TradeMarkClub)### CinderellaKu, Karektornya persis
Jennifer Love Hewitt, Gaya dan Paras Rupanya persis Taylor R
(Taylor Richard), Bentuk Sifat dan Susuk Badannya persis
Gemma Coss (Gemma L Coss). Pentingnya, taat dalam beragama,
berhati suci dan baik walaupun Kafir [Shortcut2HeavanTribe].
posted from Bloggeroid

Sunday, 13 September 2015

Yassin [Yaseen(Surah 36)] Versi Rumi Dan Keutamaannya.

Yassin [Yaseen(Surah 36)] Versi Rumi Dan Keutamaannya.
 

" A' ud zu billahi minash syaitan nirrajim."

" Bismillaahir Rahmaanir Raheem"

01* Yaa Seeen

02* Wal Qur aanil Hakeem

03* Innaka laminal mursaleen

04* 'Alaa Siraatim Mustaqeem

05* Tanzeelal 'Azeezir Raheem

06* Litunzira qawmam maaa unzira aabaaa'uhum fahum ghaafiloon

07* Laqad haqqal qawlu 'alaaa aksarihim fahum la yu'minoon

08* Innaa ja'alnaa feee a'naaqihim aghlaalan fahiya ilal

azqaani fahum muqmahoon

09* Wa ja'alnaa mim baini aydeehim saddanw wa min khalfihim

saddan, fa agh shay naahum fahum laa yubsiroon

10* Wa sawaaa'un 'alayhim 'a anzartahum am lam tunzirhum laa

yu'minoon

11* Innamaa tunziru manit taba 'az-Zikra wa khashiyar

Rahmaana bilghaib, fabashshirhu bimaghfiratinw wa ajrin kareem

12* Innaa Nahnu nuhyil mawtaa wa naktubu maa qaddamoo wa

aasaa rahum; wa kulla shay'in ahsainaahu feee Imaamim Mubeen

13* Wadrib lahum masalan Ashaabal Qaryatih, iz jaaa'ahal

mursaloon

14* Iz arsalnaaa ilaihimusnaini fakazzaboohumaa fa'azzaznaa

bisaalisin faqaalooo innaaa ilaikum mursaloon

15* Qaaloo maaa antum illaa basharum mislunaa wa maaa anzalar

Rahmaanu min shai'in in antum illaa takziboon

16* Qaaloo Rabbunaa ya'lamu innaaa ilaikum lamursaloon

17* Wa maa 'alainaaa illal balaaghul mubeen

18* Qaaloo innaa tataiyarnaa bikum la'il lam tantahoo lanar

jumannakum wa la yamassan nakum minna 'azaabun aleem

19* Qaaloo taaa'irukum ma'akum, a'in zukkirtum, bal antum

qawmum musrifoon

20* Wa jaaa'a min aqsal madeenati rajuluny yas'aa qaala yaa

qawmit tabi'ul mursaleen

21* Ittabi'oo mal laa yas'alukum ajranw wa hum muhtadoon

22* Wa maa liya laaa a'budul lazee fataranee wa ilaihi

turja'oon

23* 'A attakhizu min dooniheee aalihata iny yuridnir Rahmaanu

bidurril la tughni 'annee shafaa 'atuhum shai 'awn wa laa

yunqizoon

24* Innee izal lafee dalaa lim mubeen

25* Inneee aamantu bi Rabbikum fasma'oon

26* Qeelad khulil Jannata qaala yaa laita qawmee ya'lamoon

27* Bimaa ghafara lee Rabbee wa ja'alanee minal mukrameen

28* Wa maaa anzalnaa 'alaa qawmihee mim ba'adihee min jundim

minas samaaa'i wa maa kunnaa munzileen

29* In kaanat illaa saihatanw waahidatan fa-izaa hum

khaamidoon

30* Yaa hasratan 'alal 'ibaadi maa yaa teehim mir Rasoolin

illaa kaanoo bihee yastahzi 'oon

31* Alam yaraw kam ahlak naa qablahum minal qurooni annahum

ilaihim laa yarji'oon

32* Wa in kullul lammaa jamee'ul-ladainaa muhdaroon

33* Wa Aayatul lahumul ardul maitatu ahyainaahaa wa akhrajnaa

minhaa habban faminhu yaakuloon

34* Wa ja'alnaa feehaa jannaatim min nakheelinw wa a'naabinw

wa fajjarnaa feeha minal 'uyoon

35* Liyaa kuloo min samarihee wa maa 'amilat hu aideehim

afalaa yashkuroon

36* Subhaanal lazee khalaqal azwaaja kullahaa mimmaa tumbitul

ardu wa min anfusihim wa mimmaa laa ya'lamoon

37* Wa Aayatul lahumul laylu naslakhu minhun nahaara fa izaa

hum muzlimoon

38* Wash-shamsu tajree limustaqarril lahaa, zaalika taqdeerul

'Azeezil Aleem

39* Walqamara qaddarnaa hu manaazila hattaa 'aada kal'ur

joonil qadeem

40* Lash shamsu yambaghee lahaaa an tudrikal qamara wa lal

lailu saabiqun nahaar, wa kullun fee falakin yasbahoon

41* Wa Aayatul lahum annaa hamalnaa zurriyaatahum fil fulkil

mashhoon

42* Wa khalaqnaa lahum mim-mislihee maa yarkaboon

43* Wa in nashaa nughriqhum falaa saree kha lahum wa laa hum

yun qazoon

44* Illaa rahmatam minnaa wa mataa'an ilaa heen

45* Wa izaa qeela lahumuttaqoo maa baina aideekum wa maa

khalfakum, la'allakum turhamoon

46* Wa maa taa teehim min aa yatim min ayaati Rabbihim illaa

kaanoo 'anhaa mu'rideen

47* Wa izaa qeela lahum anfiqoo mimmaa razaqakumullah hu

qaalal lazeena kafaroo lillazeena aamanooo anut'imu mal law

yashaaa'ul laahu at'amahooo in antum illaa fee dalaalim mubeen

48* Wa yaqooloona mataa haazal wa'du in kuntum saadiqeen

49* Maa yanzuroona illaa saihatanw waahidatan taa khuzuhum wa

hum ya khissimoon

50* Falaa yastatee'oona taw siyatanw wa laaa ilaaa ahlihim

yarji' oon

51* Wa nufikha fis soori faizaa hum minal ajdaasi ilaa

Rabbihim yansiloon

52* Qaaloo yaa wailanaa mam ba'asanaa mim marqadinaa, haaza

maa wa'adar Rahmanu wa sadaqal mursaloon

53* In kaanat illaa saihatanw waahidatan fa-izaa hum jamee'ul

ladainaa muhdaroon

54* Fal Yawma laa tuzlamu nafsun shai'anw wa laa tujzawna

illaa maa kuntum ta'maloon

55* Inna Ashaabal jannatil Yawma fee shughulin faakihoon

56* Hum wa azwaajuhum fee zilaalin 'alal araaa'iki muttaki

'oon

57* Lahum feehaa faakiha tunw-wa lahum maa yadda'oon

58* Salaamun qawlam mir Rabbir Raheem

59* Wamtaazul Yawma ayyuhal mujrimoon

60* Alam a'had ilaikum yaa Baneee aadama al laa ta'budush

Shaitaana, innahoo lakum 'aduwwum mubeen

61* Wa ani'budoonee, haazaa Siratum Mustaqeem

62* Wa laqad adalla minkum jibillan kaseeraa, afalam

takoonoo ta' qiloon

63* Haazihee Jahannamul latee kuntum too'adoon

64* Islawhal Yawma bimaa kuntum takfuroon

65* Al-Yawma nakhtimu 'alaaa afwaahihim wa tukallimunaaa

aideehim wa tashhadu arjuluhum bimaa kaanoo yaksiboon

66* Wa law nashaaa'u lata masna 'alaaa a'yunihim fasta baqus

siraata fa annaa yubsiroon

67* Wa law nashaaa'u lama sakhnaahum 'alaa makaanatihim

famas-tataa' oo mudiyyanw wa laa yarji'oon

68* Wa man nu 'ammirhu nunakkis hu fil khalqi, afalaa ya'

qiloon

69* Wa maa 'allamnaa hush shi' ra wamaa yambaghee lah, in

huwa illaa zikrunw wa Qur aanum mubeen

7o* Liyunzira man kaana haiyanw wa yahiqqal qawlu 'alal

kaafireen

71* Awalam yaraw annaa khalaqnaa lahum mimmaa 'amilat

aideenaaa, an'aaman fahum lahaa maalikoon

72* Wa zallalnaahaa lahum faminhaa rakoobuhum wa minhaa

yaakuloon

73* Wa lahum feehaa manaa fi'u wa mashaarib, afalaa

yashkuroon

74* Wattakhazoo min doonil laahi aalihatal la'allahum

yunsaroon

75* Laa yastatee'oona nasrahum wa hum lahum jundum muhdaroon

76* Falaa yahzunka qawluhum, innaa na'lamu maa yusirroona wa

maa yu' linoon

77* Awalam yaral insaanu aanaa khalaqnaahu min nutfatin fa

izaa huwa khaseemum mubeen

78* Wa daraba lanaa masalanw-wa nasiya khalqahoo qaala mai

yuhyil' izaama wa hiya rameen

79* Qul yuh yeehal lazeee ansha ahaaa awwala marrah, wa Huwa

bikulli khalqin 'Aleem

80* Allazee ja'ala lakum minash shajaril akh dari naaran fa

izaaa antum minhu tooqidoon

81* Awa laisal lazee khalaqas samaawaati wal arda biqaadirin

'alaaa ai' yakh luqa mislahum, balaa wa Huwal Khallaaqul

'Aleem

82* Innamaa amruhooo izaaa araada shai'an ai yaqoola lahoo

kun fa yakoon

83* Fa Subhaanal lazee biyadihee malakootu kulli shai inw wa

ilaihi turja'oon

Ameeen...


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Surah Yassin adalah jantung Al Quran, tiadalah seseorang itu
membacanya menginginkan Allah dan Akhirat melainkan Allah
mengampuninya. Maka bacalah ia pada orang yang sedang mati.
Diniatkan dalam hati, " Sahaja aku sedekahkan surah al Fatihah
dan Yassin ini untuk saudara/ri.......... kerana Allah taala."

Sesungguhnya (Surah Yassin) adalah jantung Al QUran kerana
kandungannya yang mengandungi bukti-bukti nyata, tanda-tanda
jelas, ilmu-ilmu kejadian alam, makna-makna yang terperinci,
janji-janji yang akan berlaku serta peringatan yang berkesan
walau dengan keringkasannya.

Jika dibacakan surah Yassin disisi seseorang yang sedang sakit
mati, maka akan diringankan (saat sakratul maut) akan dia.

Surah Yassin ayat 70, " Supaya ia memberi peringatan kepada
orang yang sedia hidup (hatinya), dan supaya nyata tetapnya
hukum (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar."

Surah Al Baqarah ayat 156, [Inna lillahi wa inna ilaihi ra
ji'un.] " Iaitu orang yang apabila mereka ditimpa (oleh Allah)
sesuatu kesusahan, mereka berkata, " Sesungguhnya kami adalah
kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." +++

Surah Adz Dzariyat ayat 56, " Dan (ingatlah) tidaklah Aku
menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah
dan beribadat (menghambakan/mengabdikan diri) kepadaKu."

" Sesuatu yang ditakdirkan tidak menimpa engkau, tidak akan
berlaku ke atasmu, sebaliknya sesuatu yang telah ditentukan
oleh takdir menimpa engkau, tidak akan terlepas daripadanya."
(Riwayat Tirmidzi...)

Allah tabaraka wa taala berfirman, " Jika hambaKu suka bertemu
denganKu, maka Aku juga suka bertemu dengannya. Jika dia benci
bertemu denganKu, maka Akupun benci bertemu dengannya."

Seseorang Hamba yang beriman, akan beristirehat (dengan
kematiannya) dari kehidupan dunia dan kesusahannya menuju
rahmat Allah (Syurga), sedang Hamba yang fajir, maka para
manusia, negeri, haiwan dan tumbuhan pepohonan beristirehat
darinya (kerana kematiannya).

Apakah engkau juga tidak Rela atas apa yang dipinjamkan (hidup
dan mati setiap makhluk ciptaanNya) Allah padamu, lalu Dia
(Allah) mengambilnya kembali, padahal Dia lebih berhak
ke atasnya dari dirimu.

" Saya mahu mengingatkan diri saya dan kawan-kawan saya
termasuk tuan-tuan semua bahawa Allah itu Esa. Dia yang
menghidup dan mematikan kita. Dia mengutus Nabi Muhammad s.a.w
bagi menyampaikan risalahNya kepada kita. Yakinlah tuan semua
bahawa kita semua akan mati. Dan yakinlah tuan semua bahawa
di sana ada alam kubur, ada padang mahsyar, ada syurga dan ada
neraka. Jangan engkau mencemar Islam dengan ilmu yang ada
padamu, kelak nanti Allah akan mencemarmu di akhirat."
(Hasan al Banna)

posted from Bloggeroid

Wednesday, 9 September 2015

PeTanda Hari Kiamat Semakin Hampir...^^..

PeTanda Hari Kiamat Semakin Hampir...^^..

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama. (mengambil bunga atau bayaran lebih dari aktiviti jual beli, serta tidak dijelaskan kadar faedah diambil dengan harga asal terbaru yang dipersetujui kedua pihak. Pihak penjual perlu menyatakan harga jualan dengan jelas selepas diambilkira bahagian keuntungan agar tidak merugikan penjual.)

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

posted from Bloggeroid

Wednesday, 26 August 2015

003. Ali ‘Imran 076-100, Terjemahan Al Quran...^^..(Keluarga Imran)

003. Ali ‘Imran 076-100, Terjemahan Al Quran...^^..
(Keluarga Imran)

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

76@ Bahkan (mereka berdosa memakan hak orang, kerana), sesiapa
yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan
bertaqwa, maka sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang
bertaqwa.

77@ Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan
dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli
sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik
pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan
mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari
Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan
mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi
sakitnya.

78@ Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada
(Ketua-ketua ugamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa
membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu
menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah
dari Kitab itu. Dan mereka pula berkata “ (bahawa) ia adalah
(datangnya) dari sisi Allah.”, padahal ia bukanlah dari sisi
Allah, dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah
sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).

79@ Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan
kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian
ia tergamak mengatakan kepada orang ramai, “ Hendaklah kamu
menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan
perbuatan menyembah Allah.” Tetapi (sepatutnya ia berkata),
“ Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya
menyembah Allah Taala, dengan ilmu dan amal yang sempurna),
kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan
kerana kamu selalu mempelajarinya.

80@ Dan ia tidak pula patut menyuruh kamu menjadikan malaikat
dan Nabi-nabi sebagai tuhan-tuhan. Patutkah ia menyuruh kamu
dengan kekufuran sesudah kamu menjadi orang Islam ?

81@ Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia
dari Nabi-nabi (dengan firmanNya), “ Sesungguhnya apa jua
Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang
pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada
pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya,
dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya.” Allah
berfirman lagi (bertanya kepada mereka), “ Sudahkah kamu
mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara
yang demikian itu ?” Mereka menjawab, “ Kami berikrar
(mengakui dan menerimanya).” Allah berfirman lagi, “ Jika
demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi
bersama-sama kamu.”

82@ Kemudian sesiapa yang berpaling ingkar sesudah mengakui
perjanjian setia itu, maka mereka itulah orang-orang yang
fasik.

83@ Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu,
mereka mencari lain dari ugama Allah ? Padahal kepadaNyalah
tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi,
sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNyalah
mereka dikembalikan.

84@ Katakanlah (wahai Muhammad), “ Kami beriman kepada Allah,
dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada
apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi, Ibrahim, dan
Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada
apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi, Musa dan Isa, dan
sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-
bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah
jualah kami berserah diri (Islam).”

85@ Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka
tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat
kelak dari orang-orang yang rugi.

86@ Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayah kepada
sesuatu kaum yang kufur ingkar sesudah mereka beriman, dan
juga sesudah mereka menyaksikan bahawa Rasulullah (Nabi
Muhammad) itu adalah benar, dan telah datang pula kepada
mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan (ingatlah),
Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayahNya kepada kaum
yang zalim.

87@ Mereka itu balasannya ialah bahawa mereka ditimpa laknat
Allah dan malaikatNya sekalian orang-orang (yang beriman).

88@ Mereka kekal di dalamnya, tidak diringankan azab seksa
daripada mereka dan mereka pula tidak diberi tempoh atau
perhatian,

89@ Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah (ingkar) itu,
serta memperbaiki keburukan mereka, maka sesungguhnya Allah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

90@ Sesungguhnya orang-orang yang kafir sesudah mereka
beriman, kemudian mereka bertambah kufur lagi, tidak sekali-
kali akan diterima taubat mereka, dan mereka itulah orang-
orang yang sesat.

91@ Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang
mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari
seseorang di antara mereka, emas sepenuh bumi, walaupun ia
menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu
akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan
mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun.

92@ Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat)
kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan
sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua
yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

93@ Segala jenis makanan dahulu adalah halal bagi Bani Israil,
kecuali makanan yang diharamkan oleh Israil (Nabi Yaakub)
kepada dirinya sendiri sebelum diturunkan Kitab Taurat.
Katakanlah (wahai Muhammad), “ (Jika ada makanan yang
diharamkan kepada kamu (wahai Bani Israil) sebelum Kitab
Taurat diturunkan) maka bawalah kamu Kitab Taurat itu kemudian
bacalah akan dia, kalau betul kamu orang-orang yang benar.

94@ (Jika tidak) maka sesiapa yang mereka-reka kata-kata dusta
terhadap Allah sesudah yang demikian itu, maka mereka itulah
orang-orang yang zalim.

95@ Katakanlah (wahai Muhammad), “ Benarlah (apa yang
difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan ugama Nabi
Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid), dan bukanlah ia dari
orang-orang musyrik.

96@ Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk
manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang
di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi
umat manusia.

97@ Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang
menunjukkan kemuliaannya, di antaranya ialah) Makam Nabi
Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah
dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji
dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai
kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat
Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak
berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.

98@ Katakanlah (wahai Muhammad), “ Wahai Ahli Kitab ! Mengapa
kamu ingkarkan keterangan-keterangan Allah, padahal Allah
sentiasa menyaksikan apa yang kamu lakukan ?”

99@ Katakanlah, “ Wahai Ahli Kitab ! Mengapa kamu menghalangi
orang-orang yang beriman daripada menurut jalan jalan (ugama
Islam), kamu hendak menjadikan jalan Allah itu bengkok
terpesong, padahal kamu menyaksikan (kebenarannya) ? " Dan
(ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu
lakukan.

100@ " Wahai orang-orang yang beriman ! Jika kamu taat akan
sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang
diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu
menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.

posted from Bloggeroid

003. Ali ‘Imran 051-075, Terjemahan Al Quran...^^..(Keluarga Imran)

003. Ali ‘Imran 051-075, Terjemahan Al Quran...^^..
(Keluarga Imran)

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

51@ “ Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh
itu, beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan yang lurus.”.

52@ Maka ketika Nabi Isa merasa (serta mengetahui dengan
yakin) akan kekufuran dari mereka (kaum Yahudi), berkatalah
ia, ” Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada
Allah (dengan menegakkan ugamaNya) ?”. Orang-orang
“ Hawariyyuun.” (Penyokong-penyokong Nabi Isa) berkata,
“ Kamilah penolong-penolong (utusan) Allah. Kami telah beriman
kepada Allah, dan saksikanlah (wahai Nabi Allah) sesungguhnya
kami ialah orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada
Allah)."

53@ “ Wahai Tuhan kami ! Kami telah beriman kepada apa yang
telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu, oleh itu
suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang
mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)."

54@ Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan
tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas
tipu daya (mereka), dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang
membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.

55@ (Ingatlah) ketika Allah berfirman, “ Wahai Isa !
Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan
mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-
orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang
mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman
kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah
tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan)
tentang apa yang kamu perselisihkan.”

56@ Adapun orang-orang kafir, maka Aku (Allah) akan menyeksa
mereka dengan azab yang amat berat di dunia dan di akhirat,
dan mereka pula tidak akan beroleh sesiapa pun yang dapat
menolong.

57@ Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal
soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka, dan
(ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

58@ Demikianlah (perihal Nabi Isa), yang Kami membacakannya
kepadamu (wahai Muhammad, adalah ia) sebahagian dari hujah-
hujah keterangan (yang membuktikan kebenarannya), dan dari
Al Quran yang penuh dengan hikmat-hikmat (pengetahuan yang
tepat, lagi sentiasa terpelihara).

59@ Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi
Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah
menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya,
“ Jadilah engkau !” maka menjadilah ia.

60@ Perkara yang benar ialah yang datang dari Tuhanmu. Maka
jangan sekali-kali engkau menjadi dari orang-orang yang ragu-
ragu.

61@ Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad)
mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar,
maka katakanlah kepada mereka, “ Marilah kita menyeru anak-
anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami
serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu,
kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh,
serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada
orang-orang yang berdusta.”

62@ Sesungguhnya ini ialah kisah-kisah yang benar, dan
tiadalah Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, dan
(ingatlah), sesungguhnya Allah, Dialah jua Yang Maha Kuasa,
lagi Maha Bijaksana.

63@ Kemudian kalau mereka berpaling (enggan menurut), maka
sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan orang-orang yang
berbuat kerosakan.

64@ Katakanlah (wahai Muhammad), “ Wahai Ahli Kitab, marilah
kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu,
iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita
tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun, dan jangan pula
sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk
dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain
dari Allah.” Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling
(enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka,
“ Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang
Islam.”

65@ " Wahai Ahli Kitab ! Mengapa kamu berani memperdebatkan
tentang (ugama) Nabi Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak
diturunkan melainkan kemudian daripada (zaman) Ibrahim,
patutkah (kamu berdegil sehingga) kamu tidak mahu menggunakan
akal ?"

66@ " Ingatlah ! Kamu ini orang-orang (bodoh), kamu telah
memajukan bantahan tentang perkara yang kamu ada pengetahuan
mengenainya (yang diterangkan perihalnya dalam Kitab Taurat),
maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara yang tidak
ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengannya ? Dan
(ingatlah), Allah mengetahui (hakikat yang sebenarnya) sedang
kamu tidak mengetahuinya."

67@ Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk ugama Yahudi,
dan bukanlah ia seorang pemeluk ugama Kristian, tetapi ia
seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim
(yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula
bukanlah dari orang-orang musyrik.

68@ Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi
Ibrahim (dan berhak mewarisi ugamanya) ialah orang-orang yang
mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini serta orang-orang
yang beriman (umatnya, umat Islam). Dan (ingatlah), Allah
ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang-orang yang
beriman.

69@ Segolongan dari Ahli Kitab suka dan berangan-angan kiranya
mereka dapat menyesatkan kamu, padahal mereka tidak akan
menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka pula tidak
menyedari (akibat yang buruk itu).

70@ " Wahai Ahli Kitab ! Mengapa kamu kufurkan (ingkarkan)
ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan
kebenaranNya ?"

71@ " Wahai Ahli Kitab ! Mengapa kamu campur adukkan yang
benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan
kebenaran padahal kamu mengetahuinya ?"

72@ Dan berkatalah segolongan dari Ahli Kitab (sesama
sendiri), “ Berimanlah kamu kepada Al Quran yang diturunkan
kepada orang-orang yang beriman itu, pada sebelah pagi, dan
kufurlah (ingkarlah) pada petangnya, supaya mereka (merasa
ragu-ragu, lalu) kembali menjadi kafir semula.”

73@ Dan (mereka berkata lagi), “ Janganlah kamu percaya
melainkan kepada orang-orang yang mengikut ugama kamu.”
Katakanlah (wahai Muhammad), “ Sesungguhnya petunjuk yang
sebenar benarnya ialah petunjuk Allah.” (Mereka berkata pula,
“ Janganlah kamu percaya) bahawa akan diberi kepada sesiapa
seperti apa yang telah diberikan kepada kamu, atau mereka akan
dapat mengalahkan hujah kamu di sisi Tuhan kamu.” Katakanlah
(wahai Muhammad), “ Sesungguhnya limpah kurnia itu adalah
di tangan Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang
dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi
Meliputi pengetahuanNya.

74@ Allah menentukan pemberian rahmatNya itu kepada sesiapa
yang dikehendakiNya, dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah
kurnia yang besar.

75@ Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau
amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia
akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula
di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan
sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali
kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah
kerana mereka mengatakan, “ Tidak ada jalannya kami menanggung
dosa mengenai orang-orang yang Ummi dan, mereka pula selalu
berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa
mereka adalah berdusta)."

posted from Bloggeroid

003. Ali ‘Imran 026-050, Terjemahan Al Quran...^^..(Keluarga Imran)

003. Ali ‘Imran 026-050, Terjemahan Al Quran...^^..
(Keluarga Imran)

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

26@ Katakanlah (wahai Muhammad), “ Wahai Tuhan yang mempunyai
kuasa pemerintahan ! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan
kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang
mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau
kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau
kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau
kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala
kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu.

27@ “ Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam
ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu
siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan
sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang
mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau
jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau
kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.”.

28@ Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang
kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang
beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian
maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam
sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada
sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir
itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat
terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah
jualah tempat kembali.

29@ Katakanlah (wahai Muhammad), “ Jika kamu sembunyikan apa
yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya
Allah mengetahuinya, dan Ia mengetahui segala yang ada
di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu.

30@ (Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang
akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya,
sedia (dibentangkan kepadanya dalam surat-surat amalnya), dan
demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya.
(ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah) ingin kalau ada
jarak yang jauh di antaranya dengan amalnya yang jahat itu.
Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap
kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan (ingatlah juga), Allah
Amat belas kasihan kepada hamba-hambaNya.

31@ Katakanlah (wahai Muhammad), “ Jika benar kamu mengasihi
Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta
mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

32@ Katakanlah (wahai Muhammad), “ Taatlah kamu kepada Allah
dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.

33@ Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam, dan Nabi Nuh,
dan juga keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga Imran, melebihi
segala umat (yang ada pada zaman mereka masing-masing).

34@ (Mereka berkembang biak sebagai) satu keturunan (zuriat)
yang setengahnya berasal dari setengahnya yang lain. Dan
(ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa
Mengetahui.

35@ (Ingatlah) ketika isteri Imran berkata, ” Tuhanku !
Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam
kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan
dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah
nazarku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui.”

36@ Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia, “ Wahai
Tuhanku ! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak
perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki),
(dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu)
dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan,
dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku
melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat
keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang
dikutuk dan disingkirkan).”.

37@ Maka ia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh
Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan
didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh
Nabi Zakaria. Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui
Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahan yang luar
biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya, ” Wahai Maryam dari
mana engkau dapati (buah-buahan) ini ?” Maryam menjawab,
“ Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki
kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira.”.

38@ Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya,
” Wahai Tuhanku ! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat
keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar
(menerima) doa permohonan.”

39@ Lalu ia diseru oleh malaikat sedang ia berdiri sembahyang
di Mihrab, (katanya), “ Bahawasanya Allah memberi khabar yang
mengembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki
bernama) Yahya, yang akan beriman kepada Kalimah dari Allah,
dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari
berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang
soleh.”

40@ Nabi Zakaria berkata, ” Wahai Tuhanku ! Bagaimanakah aku
akan beroleh seorang anak, padahal sebenarnya aku telah tua
dan isteriku pula mandul ?”, Allah berfirman, “ Demikianlah
keadaannya, Allah melakukan apa yang dikehendakiNya.”.

41@ Nabi Zakaria berkata lagi, “ Wahai Tuhanku ! Jadikanlah
bagiku satu tanda (yang menunjukkan isteriku mengandung)”.
Allah berfirman, “ Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat
berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari (tiga malam)
melainkan dengan isyarat sahaja, dan ingatlah kepada Tuhanmu
(dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah
(dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada
waktu pagi.”.

42@ Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika malaikat berkata,
“ Wahai Maryam ! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan
mensucikanmu, dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi
perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu).

43@ “ Wahai Maryam ! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah
serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang-
orang yang rukuk “.

44@ Peristiwa yang demikian ialah sebahagian dari berita-
berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad),
sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka
mencampakkan qalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah
di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan engkau juga
(wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka
berkelahi (tentang perkara menjaga dan memelihara Maryam).

45@ (Ingatlah) ketika malaikat berkata, “ Wahai Maryam !
Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu,
dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan
semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu,
Al Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan
di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan
(diberi kemuliaan di sisi Allah).

46@ “ Dan ia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa ia
masih kecil dalam buaian, dan semasa ia dewasa, dan ia adalah
dari orang-orang yang soleh.”

47@ Maryam berkata, ” Wahai Tuhanku ! Bagaimanakah aku akan
beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh
seorang lelaki pun ?” Allah berfirman, “ Demikianlah
keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya, apabila
Ia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Ia hanyalah
berfirman kepadanya, " Jadilah engkau.", lalu menjadilah ia.”

48@ Dan Allah akan mengajarnya ilmu menulis, dan hukum-hukum
aturan ugama, dan juga kandungan kitab-kitab Taurat dan Injil.

49@ Dan (akan melantiknya) menjadi seorang Rasul kepada Bani
Israil, (dengan menegaskan kepada mereka), “ Sesungguhnya aku
telah datang kepada kamu, dengan membawa satu tanda (mukjizat)
dari tuhan kamu, iaitu aku boleh membuat untuk kamu dari tanah
liat seperti bentuk burung, kemudian aku tiup padanya lalu
menjadilah ia seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah,
dan juga aku boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang
sopak, dan aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang
mati dengan izin Allah, dan juga aku boleh memberitahu kepada
kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan
di rumah kamu. Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu,
mengandungi satu tanda (mukjizat) bagi kamu (yang membuktikan
kebenaran bahawa aku seorang Rasul yang diutus oleh Allah
kepada kamu), jika kamu orang-orang yang (mahu) beriman.

50@ “ Dan juga (aku datang kepada kamu ialah untuk)
mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang diturunkan dahulu
daripadaku, dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian (dari
perkara-perkara) yang telah diharamkan kepada kamu, dan juga
aku datang kepada kamu dengan membawa satu mukjizat dari Tuhan
kamu. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah
kepadaku.

posted from Bloggeroid

Tuesday, 18 August 2015

003. Ali ‘Imran 001-025, Terjemahan Al Quran...^^..(Keluarga Imran)

003. Ali ‘Imran 001-025, Terjemahan Al Quran...^^..
(Keluarga Imran)

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1@ Alif, Laam, Miim.

2@ Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,
Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan
sekalian makhlukNya.

3@ Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci
(Al Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi
Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan
Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil.

4@ Sebelum (Al Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat
manusia. Dan Ia juga yang menurunkan Al Furqaan (yang
membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya
orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah
itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah),
Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa
(kepada golongan yang bersalah).

5@ Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadaNya sesuatu pun
yang ada di bumi dan juga yang ada di langit.

6@ Dialah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu)
sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak
disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

7@ Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci
Al Quran. Sebahagian besar dari Al Quran itu ialah ayat-ayat
“ Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas
maksudnya), ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi
Al Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “ Mutasyaabihaat”
(yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu
(timbulah fahaman yang berlainan menurut kandungan hati
masing-masing), adapun orang-orang yang ada dalam hatinya
kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut
apa yang samar-samar dari Al Quran untuk mencari fitnah dan
mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang
disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya
(tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-
orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam
ilmu-ilmu ugama, berkata, ” Kami beriman kepadanya, semuanya
itu datangnya dari sisi Tuhan kami.” Dan tiadalah yang
mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang
berfikiran.

8@ (Mereka berdoa dengan berkata), “ Wahai Tuhan kami !
Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri
petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah
rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang
melimpah-limpah pemberianNya."

9@ “ Wahai Tuhan kami ! Sesungguhnya Engkaulah yang akan
menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada)
suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”.
Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

10@ Sebenarnya harta benda orang-orang kafir, dan juga anak
pinak mereka tidak sekali-kali akan menyelamatkan mereka dari
(azab seksa) Allah sedikit juapun, dan mereka itulah bahan
bakaran api neraka.

11@ (Keadaan orang-orang kafir itu) sama seperti keadaan kaum
Firaun, dan orang-orang yang terdahulu dari mereka, mereka
mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, lalu Allah menyeksa
mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha
berat azab seksaNya.

12@ Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir itu,
“ Kamu akan dikalahkan (di dunia ini) dan akan dihimpunkan
(pada hari kiamat) ke dalam neraka Jahannam, dan itulah
seburuk-buruk tempat yang disediakan”.

13@ Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada
(peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang),
satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah
(kerana mempertahankan ugama Allah), dan yang satu lagi dari
golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-
orang Islam dengan pandangan mata biasa (dua kali ramainya
berbanding dengan mereka sendiri). Dan Allah sentiasa
menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan
pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu
pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran
(yang celik mata hatinya).

14@ Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan
kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-
perempuan dan anak pinak, harta benda yang banyak bertimbun-
timbun, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda
lagi terlatih, dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun
tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan
(ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-
baiknya (iaitu Syurga).

15@ Katakanlah (wahai Muhammad), “ Mahukah supaya aku
khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya
itu ? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi
Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya
sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga
pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta
(beroleh pula) keredaan dari Allah”. Dan (ingatlah), Allah
sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya.

16@ (Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata, “ Wahai
Tuhan kami ! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu,
ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab
neraka.”

17@ (Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung
perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan
hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah
Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada
jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon
ampun) pada waktu sahur.

18@ Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan
dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak
disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh
alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang
yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian),
tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

19@ Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah
ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang
diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan
enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka
pengetahuan yang sah tentang kebenarannya, (perselisihan itu
pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan
mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-
ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera
hitungan hisabNya.

20@ Oleh sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan)
membantahmu (Wahai Muhammad), maka katakanlah, “ Aku telah
berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang
yang mengikutku”. Dan bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada
orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab, dan orang-
orang yang “ Ummi” (orang-orang musyrik Arab), “ Sudahkah kamu
mematuhi dan menurut (ugama Islam yang aku bawa itu) ?”
Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka
telah memperoleh petunjuk, dan jika mereka berpaling (tidak
mahu menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah
menyampaikan (dakwah Islam itu). Dan (ingatlah), Allah
sentiasa Melihat (tingkah laku) sekalian hambaNya.

21@ Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat
keterangan Allah dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang
tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia
supaya berlaku adil maka sampaikanlah berita yang
mengembirakan mereka, dengan azab seksa yang tidak terperi
sakitnya.

22@ Mereka itulah orang-orang yang telah rosak amal
perbuatannya di dunia dan di akhirat, dan mereka tidak akan
memperoleh sesiapa pun yang dapat memberi pertolongan.

23@ Tidakkah engkau pelik memikirkan (wahai Muhammad) terhadap
sikap orang-orang (Yahudi) yang telah diberikan sebahagian
dari Kitab Taurat, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya
Kitab itu dijadikan hakim (mengenai perkara-perkara yang
timbul) di antara mereka. Ahli-ahli satu puak dari mereka
berpaling ingkar sambil menolak (seruan dan hukum Kitab Allah
itu).

24@ Yang demikian ialah disebabkan mereka (mendakwa dengan)
berkata, “ Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api
neraka melainkan beberapa hari sahaja yang boleh dihitung.”.
Mereka (sebenarnya) telah diperdayakan dalam ugama mereka,
oleh dakwaan-dakwaan dusta yang mereka telah ada-adakan.

25@ Oleh itu, bagaimana pula (hal keadaan mereka) ketika Kami
himpunkan mereka pada hari (kiamat), yang tidak ada syak
padanya, dan (pada hari itu juga) disempurnakan kepada tiap-
tiap seorang, balasan apa yang ia telah usahakan, sedang
mereka masing-masing tidak akan dianiaya.

posted from Bloggeroid