Wednesday, 15 April 2015

105. Al-Fiil 001-005, Terjemahan Al Quran...^^.. (Gajah)

105. Al-Fiil 001-005, Terjemahan Al Quran...^^..
(Gajah)

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

1@ Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu bertindak
ke atas tentera yang datang menyerang dengan Gajah (yang
dipimpin dengan membawa Gajah untuk meruntuhkan Kaabah) ?

2@ Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat (tipu
daya) mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka
(sia-sia) ?

3@ Dan Dia mengirimkan kepada mereka (menerbangkan di atas
kepala mereka) rombongan burung secara berpasukan,

4@ Yang melontar mereka dengan batu-batu kerikil dari sejenis
tanah keras yang dibakar,

5@ Lalu dijadikanNya mereka seperti daun-daun kayu yang
dimakan ulat (hancur berkecai).

#### Bala tentera yang bergajah itu, ialah Raja Yaman yang
datang ke negeri Makkah hendak meruntuhkan Kaabah, dengan
membawa askar dan gajah yang kuat. Setelah mereka hampir masuk
ke negeri Makkah, beberapa ekor burung menjatuhkan batu (tanah
yang keras),

Boleh jadi banyak hama penyakit cacar di dalamnya, sehingga
kesemuanya dijangkiti penyakit dan akhirnya badan mereka
hancur luluh, seperti daun kayu yang dimakan ulat. Ringkasnya
niat mereka hendak meruntuhkan Kaabah tidak berjaya. ####

posted from Bloggeroid

104. Al-Humazah 001-009, Terjemahan Al Quran...^^.. (Pengumpat)

104. Al-Humazah 001-009, Terjemahan Al Quran...^^..
(Pengumpat)

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

1@ Kecelakaan besar bagi setiap pengumpat, pencaci, pengeji,

2@ Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung
kekayaannya,

3@ Dia (manusia) menyangka bahawa hartanya itu dapat
mengekalkannya (menyelamatkanya dalam dunia ini) !

4@ Sekali kali tidak ! Sesungguhnya dia akan dicampakkan
ke dalam " Al Hutamah".

5@ Dan tahukah kamu, apakah dia neraka " Al Hutamah" itu ?

6@ (Iaitu) api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya),

7@ Yang naik menjulang (membakar sampai) ke hati,

8@ Sesungguhnya api neraka itu ditutup rapat (sehingga mereka
tidak dapat keluar dari dalamnya).

9@ (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang (tiang)
yang melintang panjang.

#### Allah telah menyediakan neraka Wailun (yang sangat panas)
untuk orang yang mengumpat (mencela), menghina orang dan
berhati sombong, lalu menyangka, bahawa orang yang lain hina
dina. Nanti dia akan dicampakkan Allah ke dalam neraka. ####

posted from Bloggeroid

Rukun Iman...^^..

Rukun Iman...^^..

Ada Enam Perkara:

1@ Beriman Kepada Allah S.W.T...

Beriman kepada Allah s.w.t merupakan Rukun Iman yang pertama,
yang menjadi dasar keimanan seseorang itu. Beriman kepada
Allah s.w.t bererti wajib mempercayai Allah s.w.t itu ada, Ia
Maha Berkuasa, Maha Mencipta dan Maha Mengetahui segala apa
yang ada di langit, di udara, di muka bumi dan juga di lautan.

Dia adalah Maha Esa, yakni tunggal dan tidak menyerupai dan
tidak diserupai oleh sesuatu. Seperti firmanNya yang bermaksud
, " Katakanlah wahai Muhammad, bahawa Allah itu satu. Allah
tempat segala makhluk bergantung. Allah tidak beranak dan
tidak pula diperanakkan. Dan tidak sesiapapun yang setara atau
seumpama dengan Allah." (Surah Al Ikhlas 1-4)

2@ Beriman Kepada Malaikat...

Beriman kepada malaikat bererti wajib bagi setiap orang Islam
mengetahui bahawa malaikat adalah makhluk yang Allah s.w.t
jadikan daripada cahaya dan boleh berupa berbagai bentuk,
tidak bersifat seperti sifat manusia.

Malaikat juga menjalankan perintah Allah s.w.t dengan taat dan
patuh. Jumlah malaikat adalah terlalu banyak dan kita sebagai
umat Islam wajib mengetahui 10 daripadanya.

Nama Malaikat Tugasnya

Jibril ; Menyampaikan wahyu
Raqib ; Mencatat amalan keburukan
Atib ; Mencatat amalan kebaikan
Izrail ; Mengambil nyawa
Mikail ; Menurunkan rezeki
Israfil; Meniup sangkakala
Mungkar; Menyoal orang mati
Nankir ; Menyoal orang mati
Malik ; Menjaga neraka
Ridzuan; Menjaga syurga

3@ Beriman Kepada Rasul...

Beriman kepada Rasul dan Nabi merupakan rukun Iman yang
ketiga. Bagi orang Islam wajiblah yakin dan percaya bahawa
Allah s.w.t telah mengutuskan para Rasul dan Nabi kepada
manusia di dunia ini bagi menunjukkan jalan ke arah kebenaran
dan kebahagian di dunia dan di akhirat.

Jumlah Nabi dan Rasul yang wajib diketahui adalah seramai 25
orang. Antaranya;

Adam, Idris, Nuh, Hud, So'leh, Ibrahim, Luth, Ishak, Ismail,
Yaa'kob, Yusuff, Syuaib, Musa, Daud, Zulkefle, Sulaiman,
Ayyub, Ilyas, Ilyasa', Yunus, Zakaria, Yahya, Isa, Muhammad...

4@ Beriman Kepada Kitab...

Beriman kepada kitab Allah bererti kita wajib beriktikad dan
yakin dengan sebenar-benarnya bahawa sesungguhnya Allah s.w.t
mempunyai beberapa kitab suci yang merupakan firman Allah
s.w.t yang hakiki.

Diturunkan melalui wahyu yang disampaikan melalui perantaraan
malaikat Jibril a.s. Sejak Zaman Nabi Adam a.s sehingga kepada
Nabi Muhammad s.a.w, jumlah kitab suci yang diturunkan adalah
sebanyak 104 iaitu 100 buah suhuf dan 4 buah kitab suci.

Senarai kitab dan penerimanya;

Taurat - Nabi Musa a.s
Zabur - Nabi Daud a.s
Injil - Nabi Isa a.s
Al Quran - Nabi Muhammad s.a.w

Nabi-nabi yang menerima Suhuf;

Nabi Syits - 50 suhuf
Nabi Idris - 30 suhuf
Nabi Ibrahim - 10 suhuf
Nabi Musa - 10 suhuf

Al Quran merupakan penutup segala kitab. Diturunkan kepada
Nabi Muhammad s.a.w. Tidak akan ada lagi kitab suci lain
selepas Al Quran. Juga pelengkap segala Kitab milik Allah.
Dengan erti kata lain kitab yang Sempurna.

5@ Beriman Kepada Hari Akhirat...

Percaya kepada hari akhirat ialah kita wajib beriktikad dan
meyakini bahawa akan adanya hari akhirat atau hari kiamat
(pembalasan) di mana pada hari itu semua manusia akan
dibangunkan kembali di padang Mahsyar untuk menerima hukuman
berdasarkan segala amal perbuatan mereka semasa mereka hidup
di muka bumi Allah s.w.t ini.

Tanda-tanda kecil akan kedatangan hari akhirat:

Sedikit orang alim dan banyak orang jahil.
Perempuan lebih ramai daripada lelaki.
Urusan Agama ditakbir oleh orang yang bukan ahli.
Pelacuran dan maksiat berlaku dengan meluas.
Minum arak dan benda yang memabukkan menjadi kebanggaan.
Orang miskin menjadi kaya, membina bangunan dan gedung tinggi
mencakar langit.
Banyak berlaku gerak gempa.

Tanda-tanda besar:

Keluar Dajjal merosakkan agama (ahli fitnah baru, bertujuan
menyesatkan orang munafik Islam yang tidak mendapat petunjuk).
Keluar binatang yang dipanggil Dabbatul Ard merosakkan
manusia. Keluar Yakjuj dan Makjuj. Hilangnya Al Quran dari
mashafnya. Terbit matahari dari sebelah barat.

6@ Beriman Kepada Qada' Dan Qadar...

Beriman kepada qada' dan qadar disebut juga sebagai percaya
kepada takdir. Iaitu seseorang itu mesti yakin dan percaya
bahawa segala yang berlaku dalam alam ini semuanya ketentuan
dan ketetapan Allah s.w.t.

Erti Qadar: Ketentuan yang mesti berlaku atas tiap-tiap
makhluk, sesuai dengan batas-batas yang telah ditentukan oleh
Allah s.w.t sejak azali lagi sama ada yang baik atau buruk.

Qadar ada dua jenis iaitu: Berupa aturan atau perjalanan alam
ini. Berupa untung nasib yang menimpa manusia dan makhluk
lain.

Erti Qada: Ialah pelaksanaan Allah s.w.t terhadap apa yang
telah ditetapkan sejak azali lagi. Contohnya, bila Dia akan
Mematikan seorang Hamba atau Makhluknya, sekian masa, sekian
hari.

Perkara Yang Membatalkan Iman...
### Mensyirikkan Allah s.w.t, iaitu menduakan Allah dengan
yang lain serta bertawakkal dan bergantung kepada yang lain
selain daripada Allah s.w.t seperti menyembah berhala.

Menafikan segala nikmat sama ada yang nampak atau tidak nampak
adalah kurnian daripada Allah s.w.t ataupun ciptaan Allah
s.w.t. Melakukan perbuatan yang dilakukan dalam amalan
keagamaan lain, yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Mengubah hukum Allah s.w.t iaitu, menghalalkan yang haram dan
mengharamkan yang halal. Menolak atau mengubah Al Quran dan
hadis. Yakni tidak mahu beriman kepada Nas Al Quran dan sunnah
amalan Rasulullah ataupun ingkar terhadap perintah Allah s.w.t
dan menafikan kebenaran Islam.###

posted from Bloggeroid

Rukun Islam...^^..

Rukun Islam...^^..

Ertinya menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah melalui
seluruh kehidupan kita, jiwa raga kita dan harta milik kita
sehingga tertegaknya KEISLAMAN yang sempurna.

* Mengucap Dua Kalimah Syahadat...
" Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan
Allah dan Nabi Muhammad itu adalah PesuruhNya". Dengan
Syahadatain, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan
dengan pengakuan lidah kita bahawa Tuhan yang Maha Esa itu
adalah Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w itu adalah
pesuruhNya.

* Solat Lima Waktu Sehari Semalam...
Dengan sembahyang, kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita
menyembah kepadaNya. Mulai dari lidah membaca, tangan
bergerak, mata, telinga dan fikiran berpusat dengan mengikut
susunan rukun sembahyang yang diajarkan oleh Nabi s.a.w.

* Mengeluarkan Zakat...
Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Tuan dengan menyerahkan
sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak
menerimanya mengikut agama.

* Berpuasa Pada Bulan Ramadhan...
Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala
keinginan kita kepada Allah. Dengan menahan nafsu makan dan
minum serta menjauhi segala laranganNya, secara tidak langsung
akan melahirkan rasa keinsafan di dalam peribadi kita serta
meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

*** Mengerjakan Haji Di Baitullah...
Dengan mengerjakan Haji, kita menyembah Allah dengan harta
kekayaan milik kita dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka
yang mempunyai kemampuan sekurang kurangnya sekali dalam
hidup.

posted from Bloggeroid

Saturday, 11 April 2015

103. Al ’Asr 001-003, Terjemahan Al Quran...^^.. (Masa)

103. Al ’Asr 001-003, Terjemahan Al Quran...^^..
(Masa)

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

1@ Demi Masa !

2@ Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.

3@ Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan
mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-
pesan supaya sabar menghadapi kesulitan.

### Semua manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang
beriman teguh dan beramal soleh, serta suka berwasiat (memberi
nasihat) dengan kebenaran dan kesabaran. Adapun orang yang
dikatakan soleh, ialah orang yang mengerjakan kewajipannya
terhadap dirinya, seperti menjaga kesihatan, kepada
keluarganya seperti menafkahinya, mendidiknya,

Kepada tetangga, negeri dan manusia umumnya iaitu dengan
tolong-menolong dan beramah mesra dengan mereka. Begitu juga
dengan Allah seperti mengerjakan sembahyang, puasa dan
sebaliknya. Ringkasnya mengikut apa yang diperintahkan Allah
dan menjauhi apa-apa yang dilarangNya. ###

posted from Bloggeroid

102. At-Takaathur 001-008, Terjemahan Al Quran...^^.. (Bermegah-Megah)

102. At-Takaathur 001-008, Terjemahan Al Quran...^^..
(Bermegah-Megah)

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

1@ Perbuatan bermegah-megah dan berlumba-lumba (mendapat
dengan sebanyak-banyaknya harta benda, anak-pinak, pangkat dan
pengaruh) telah melalaikan kamu (daripada mengerjakan amal
bakti),

2@ Sehingga kamu masuk ke dalam kubur.

3@ Jangan sekali-kali (bersikap demikian) ! Kamu akan
mengetahui kelak (akibat perbuatanmu itu semasa hendak mati) !

4@ Sekali lagi (diingatkan), jangan sekali-kali (kamu bersikap
demikian), Kamu akan mengetahui (kelak akibatnya yang buruk
pada hari kiamat) !

5@ Demi sesungguhnya ! Kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu
akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu
akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu
untuk hari akhirat).

6@ (Ingatlah) demi sesungguhnya ! Kamu akan melihat neraka
Jahannam yang marak menjulang.

7@ Selepas itu demi sesungguhnya ! kamu (wahai orang-orang
yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin
(dengan mata kepala sendiri, semasa kamu dilemparkan
ke dalamnya) !

8@ Sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang
segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya di dunia) !

#### Kamu (hai manusia), telah lalai dan alpa kepada Allah
kerana kamu berlumba-lumba dalam hal harta-benda dan anak-anak
padahal kamu akhirnya meninggalkan dunia dan masuk ke alam
kubur tanpa membawa apa-apa selain daripada sehelai kain
putih.

Nanti kamu bakal tahu dan melihat neraka, serta dilemparkan
ke dalamnya. Di sana kamu akan diperiksa mengenai nikmat Allah
yang telah kamu terima di atas dunia. Oleh sebab itu,
hendaklah ingat kepada Allah, dengan mengerjakan sembahyang
5 kali sehari semalam,

Sebagai tanda terima kasih atas pemberianNya kepadamu. Di sini
kita dapat ketahui, bahawa mencari harta benda dan ramai anak
itu tidak dilarang, asalkan tidak lupa kepada Allah. ####

posted from Bloggeroid

101. Al-Qaariah 001-011, Terjemahan Al Quran...^^.. (Hari Yang Hingar Bingar /Kiamat)

101. Al-Qaariah 001-011, Terjemahan Al Quran...^^..
(Hari Yang Hingar Bingar /Kiamat)

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

1@ Hari Kiamat (hari yang menggemparkan),

2@ Apakah dia hari kiamat itu ?

3@ Dan tahukah engkau kedahsyatan hari Kiamat itu ?

4@ (Hari itu), hari manusia menjadi seperti kelkatu (kupu-
kupu) yang terbang berkeliaran,

5@ Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang halus
bertaburan berterbangan.

6@ (Setelah berlaku demikian), maka (manusia akan diberikan
tempatnya menurut amal masing-masing), adapun orang yang berat
timbangan amal kebaikannya,

7@ Maka dia berada dalam kehidupan yang senang lenang
(memuaskan).

8@ Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal kebaikannya,

9@ Maka tempat kembalinya adalah neraka " Haawiyah",

10@ Dan, tahukah kamu apakah neraka " Haawiyah" itu ?

11@ (Haawiyah itu ialah), api yang (sangat) panas membakar.

posted from Bloggeroid