Thursday, 9 April 2015

Sunnah Rasulullah s.a.w...^^..

Sunnah Rasulullah s.a.w...^^..

1@ Tidur Dalam Keadaan Berwuduk.

2@ Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur.

3@ Takbir dan Tasbih Ketika Tidur.

4@ Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam.

5@ Doa ketika Bangun Daripada Tidur.

6@ Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu
Cedukan Sebelah Tangan.

7@ Berwuduk Sebelum Mandi.

8@ Baca Doa Selepas Wuduk.

9@ Jimat Penggunaan Air.

10@ Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat.



11@ Menjawab Seruan Azan.

12@ Banyak Bersugi (Gosok Gigi).

13@ Ke Masjid Awal.

14@ Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki.

15@ Hadir Sembahyang Dengan Tenang.

16@ Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid.

17@ Sembahyang Berhadang.

18@ Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara
Dua Sujud.

19@ Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika
Duduk Tahyat Akhir.

20@ Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri
Salam.



21@ Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib.

22@ Sembahyang Dhuha.

23@ Qiyamullail.

24@ Sembahyang Witir.

25@ Sembahyang Dengan Beralas Kaki.

26@ Sembahyang Di Masjid Quba’.

27@ Sembahyang Sunat Di Rumah.

28@ Sembahyang Istikharah.

29@ Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga
Terbit Matahari.

30@ Mandi Hari Jumaat.



31@ Hadir Awal Untuk Sembahyang Jumaat.

32@ Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat.

33@ Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza.

34@ Sembahyang Jenazah.

35@ Ziarah Kubur-kubur.

36@ Sahur (Puasa).

37@ Segera Berbuka Puasa.

38@ Menghidupkan Ramadhan.

39@ Iktikaf Pada Bulan Ramadhan.

40@ Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal.



41@ Puasa Tiga Hari Setiap Bulan.

42@ Puasa Hari Arafah.

43@ Puasa Hari Asyura.

44@ Pilih Seorang Ketua (Musafir).

45@ Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika
Menuruni Tempat Rendah.

46@ Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat.

47@ Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir.

48@ Doa Ketika Pakai Baju Baru.

49@ Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki.

50@ Baca Bismillah Ketika Makan.



51@ Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan.

52@ Minum Dalam Keadaan Duduk.

53@ Berkumur Dengan Susu.

54@ Tidak Mencela Makan.

55@ Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa
Bila Selesai Makan.

56@ Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam.

57@ Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya
Fitri.

58@ Banyak Membaca Al-Quran.

59@ Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus.

60@ Zikir Kepada Allah Setiap Ketika.



61@ Bertasbih.

62@ Mendoakan Orang Yang Bersin.

63@ Doa Untuk Pesakit.

64@ Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa.

65@ Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok.

66@ Berdoa Ketika Hujan Turun.

67@ Baca Zikir Ketika Masuk Rumah.

68@ Baca Zikir Dalam Majlis.

69@ Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas.

70@ Berdoa Ketika Angin Bertiup.



71@ Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama.

72@ Berdoa Ketika Mendapat Musibah.

73@ Menyebarkan Salam.

74@ Menuntut Ilmu.

75@ Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali.

76@ Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir.

77@ Akikahkan Anak.

78@ Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan.

79@ Melawat Pesakit.

80@ Senyum.



81@ Ziarah-Menziarahi Kerana Allah.

82@ Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang.

83@ Tutup Mulut Apabila Menguap.

84@ Sangka Baik Terhadap Manusia.

85@ Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah.

86@ Sunnah Fitrah. (Mencukur Lebihan Bulu dan Kotoran Badan).

87@ Menjaga Anak Yatim.

88@ Menjauhi Marah.

89@ Menangis Kerana Takut Terhadap Allah.

90@ Bersedekah Jariah.



91@ Membina Masjid.

92@ Telorensi Ketika Berjual beli.

93@ Menghilang Gangguan Jalan.

94@ Sedekah.

95@ Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah.

96@ Membunuh Cicak.

97@ Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari.

98@ Memberi Nafkah Keluarga.

99@ Lari-lari Anak Semasa Tawaf.

100@ Beramal Sholeh Berterusan Walaupun Sedikit.

posted from Bloggeroid

Taat Hukum Allah...^^..

Taat Hukum Allah...^^..

" Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan
(mana-mana bahagian dari ugama mereka), sebarang undang-
undang yang tidak diizinkan oleh Allah. Dan kalaulah tidak
kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah,
untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang
tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada
mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang-orang
yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi
sakitnya."

An Nur ayat 51:

" Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang
beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah
RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara
mereka, hanyalah mereka berkata, " Kami dengar dan kami taat."
dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan."

Al Maidah ayat 50:

" Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-
hukum jahiliyah, Padahal (kepada orang-orang yang penuh
keyakinan) tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang
lebih pada daripada Allah.

Al Maidah ayat 44:

" Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka
itulah orang-orang kafir."

Al Maidah ayat 45:

" Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah
diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."

Al Maidah ayat 47:

" Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang
fasik."

An Nisa’ ayat 58:

" Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala
jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan
apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah
menyuruh) kamu menghukum dengan adil."

posted from Bloggeroid

Asas Tauhid...^^..

Asas Tauhid...^^..

Al Isra’ ayat 41:

" Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan
menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam
Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi
kebenaran), dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu
tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar."

An Nahl ayat 20:

" Dan makhluk-makhluk yang mereka sembah selain dari Allah itu
tidak dapat menciptakan sesuatupun, bahkah merekalah yang
diciptakan."

As Soffat ayat 96:

" Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu
buat itu !"

Fatir ayat 2:

" Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada
manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya, dan
apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang
dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja
yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Al Mukminun ayat 91:

" Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama
sekali sebarang tuhan bersamaNya, (kalaulah ada banyak tuhan)
tentulah tiap-tiap tuhan itu akan menguasai dan menguruskan
segala yang diciptakannya dengan bersendirian, dan tentulah
setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya yang lain.
Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan oleh mereka (yang
musyrik) itu."

Al Hajj ayat 73:

" Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal
perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-
sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang
lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta
seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk
membuatnya, dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka,
mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-
duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat
hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya).

Al An’am ayat 59:

" Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala
yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah
sahaja, dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut,
dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya,
dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan
tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya)
ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.

Ar Rahman ayat 26-27:

" Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa, Dan akan
kekal (hanyalah) Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan
Kemuliaan."

Yunus ayat 44:

" Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan
tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri."

Isra’ ayat 44:

" Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada
padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah, dan tiada
sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya, akan tetapi
kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah
Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun."

posted from Bloggeroid

Friday, 19 December 2014

Ku TinggalKan Kamu Dua Penasihat...^^..

Ku TinggalKan Kamu Dua Penasihat...^^..

Pada saat-saat Rasulullah S.A.W. sedang sakit tenat, sahabat
berkata: " Ya Rasulullah SAW, anda adalah seorang Rasul yang
diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda
memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang
menguruskan perkara kami.

Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya
setiap persoalan yang timbul nanti ?." Kemudian Rasulullah
SAW berkata,

" Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua
jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku
tinggalkan kepada kamu semua Dua penasihat yang satu
daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja.

Yang pandai Bicara itu ialah Al-Quran dan yang Diam itu ialah
Maut.

Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka
hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadithku dan
sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan
mengambil pelajaran dari Mati."

norshahuddinhome.blogspot.com
Norshahuddin Edited Dec 2014/Safar 1436...^^..

Antara Rahsia Ketenangan HidupKu...^^..

Antara Rahsia Ketenangan HidupKu...^^..

1@ Aku yakin bahwa Rezekiku tidak tertukar, karena itu hatiku
Tenang.

2@ Aku yakin Amalku tidak mungkin digantikan oleh Orang yang
lain, karena itu aku berSemangat berIbadah.

3@ Aku yakin bahwa Allah mengAwasiku, karena itu aku Malu
berMaksiat.

4@ Aku yakin bahwa Mati selalu membutuhiku(mendekatiku),
karena itu aku selalu berSiap menghadapinya.

( Hasan Al-Bashri )

Semoga kita bisa mengambil pelajaran dan diMudahkan untuk
mengAmalkannya, sehingga kita mendapatkan keTenangan hidup.
Aamiin...

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W
bersabda :

" Agama (Islam) ini adalah Mudah (ringan) dan barangsiapa yang
memberatkannya pasti akan dikalahkan. Kerana itu Amalkanlah
agama sesuai dengan tuntutannya, berUsahalah untuk mendekatkan
diri kepada Allah, berGembiralah dengan ganjaran Pahala yang
bakal diterima dan Tunaikanlah Solat pada pagi hari, siang dan
penghujung malam."  (HR. Al-Bukhari)

" Dan tidakkah mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah
melapangkan rezeki dan menyempitkannya bagi sesiapa yang
dikehendakiNya ? Sesungguhnya yang demikian terdapat tanda-
tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang yang beriman." 
[Surah Az-Zumar : 52]

@@@ Antara Kerugian meNinggalkan Sholat &&&

Shubuh   :     Cahaya Wajah akan Pudar.
Dzuhur   :     Berkah Pendapatan akan hilang.
Ashar     :     Kesehatan mulai terganggu.
Maghrib :     PerTolongan anak akan jauh semasa di akhirat nanti.
Isya        :     KeDamaian dalam Tidur sulit didapatkan/tidak dapat
                     tidur nyenyak.

norshahuddinhome.blogspot.com
Norshahuddin Edited Dec 2014/Safar 1436...^^..
Rabiatul Adawiyahhh, MenCintai Tuhannya (Allah S.W.T)...^^..

Rabiatul Adawiyah adalah wanita yang diangkat tarafnya menjadi
wali Allah s.w.t. Beliau mempunyai suara yang amat merdu dan
wajah yang ayu, namun cinta hatinya tidak mampu dimiliki
sebarangan lelaki.

Bairpun mereka dari ulama terbilang, yang datang meminang,
ataupun sultan negara datang merisik. Beliau teguh dengan
pendiriannya kerana cinta hatinya hanyalah untuk Allah s.w.t
sahaja.

Antara isi kandungan Surat Penolakan Pernikahan Rabiatul
Adawiyah kepada Raja Basrah:

***

Raja yang dimuliakan,

Kesenangan itu hanya akan diperolehi dengan mudah apabila kita
cuba menjauhi keduniaan. Secara jelas mahupun tersembunyi,
secara lahir mahupun batin. Kekecewaan dan kerugian adalah
teman rapat bagi mereka yang memburu dunia.

Sewajarnya kita berusaha mempersiapkan diri kita menjadi
penasihat untuk diri kita sendiri. Seandainya penasihat itu
selain daripada diri kita sendiri, maka kelemahan kita pasti
akan terbongkar.

Sekiranya anda mampu, berpuasalah untuk selamanya. Waktu
ketika ajal anda datang menjemput merupakan waktu bagi berbuka
yang paling afdal.

Sekiranya Allah s.w.t. mengurniakan saya kekayaan melebihi
daripada apa yang TuanKu miliki sekarang, itu juga, pasti
tidak mampu mengubah keputusan dan pendirian saya. Saya tetap
bertegas menyerahkan diri saya untuk berzikir kepadaNya
sehingga masa itu terhenti dengan sendiri.

Semoga Tuanku dan saya sentiasa mendapat keberkatan serta
dirahmati oleh Allah s.w.t.

***

Jawapan kepada Hasan al Basri, untuk persoalan pernikahan
ke atas dirinya, Rabiatul Adawiyah;

***

" Nikah itu menjadi kepentingan bagi orang yang
mendambakannya, sedangkan saya tidak punya pilihan lain kerana
pilihan saya, bersama nazar yang saya buat, saya tidak akan
berkahwin hingga ke akhir hayat.

Saya membuat keputusan mahu menghabiskan seluruh masa saya
hanya untuk Allah s.w.t. Saya tekad mahu bernaung hanya
di bawah perintahNya."

" Semua persoalan pasti terjawab apabila kita sebagai hamba
Allah berjaya memerangi nafsu malah menaklukinya. Ingatlah,
orang yang zuhud serta abid sentiasa mengingati Allah dalam
suka dan duka, dalam sedar atau tidak, dalam ratap dan juga
tangis supaya di akhirat kelak, menjadi bukti untuk
mendapatkan balasan yang sudah tersedia."

***

Jawapan kepada Pemuda yang ingin menguji, sebab mengapa
Rabiatul Adawiyah selalu menghindari perkahwinan;

***

" Saya juga pasti akan berkahwin, sekiranya mereka yang mahu
mengahwini saya mampu mencari jalan bagi mengeluarkan,
menyelamat dan mengubati saya daripada kerisauan dan perasaan
dukacita yang saya hadapi sekarang."

" Pertama, saat bila malaikat maut mahu mencabut nyawa yang
tunggal ini, apakah dirinya dapat menjamin saya menghadap
Allah s.w.t. dengan bekalan iman yang sempurna ?"

" Keduanya, sejurus ketika berada di padang mahsyar kelak,
dapatkah dirinya memastikan saya akan menerima buku amalan
sepanjang kehidupan saya dengan tangan kanan ?"

" Yang ketiga, setelah selesai di hisab di padang mahsyar
kelak, dari golongan yang soleh akan dimasukkan ke dalam
syurga manakala dari golongan yang kufur akan dihumban
ke dalam neraka. Apakah dia akan dapat menjamin saya akan
berada di dalam Syurga Allah ?"

***

" Kehidupan saya sentiasa dihiasi rasa takut kepada hal-hal
tentang hari akhirat. Apa perlunya bersuami, kerana bersuami
itu pasti akan menghadkan masa saya dengan Allah s.w.t. Itu
merupakan satu kerugian yang tidak mampu saya laburkan."

" Tidak perlu saya sibukkan diri dengan perkara-perkara
lainnya, apabila mendapat jaminan daripada Allah s.w.t. Dia
lebih mengetahui dan memahami apa yang saya perlukan sebelum
saya sempat berkata-kata atau meminta-minta dari sesama
makhluk."

" Sekiranya dijanjikan suatu kenikmatan dan kasih sayang Allah
s.w.t. di akhirat kelak, adakah kamu akan berasa rugi untuk
bekerja keras untuk hari ini ? Sesungguhnya, mereka yang kuat
berusaha adalah manusia yang paling berbahagia di akhirat
kelak."

" Saya sentiasa dirundum perasaan sedih dan berduka kerana,
walau sebanyak manapun amalan saya kepada Allah s.w.t, saya
juga tidak pasti, sama ada Allah s.w.t. redha akan perbuatan
saya. Tidak mustahil, adakalanya Allah murka kepada saya."

" Saya kira, saya hanya bermain-main sahaja di dunia, namun
segala amalan saya adalah untuk akhirat. Oleh itu, janganlah
kamu cuba mencuri atau merampas kecintaan saya kepada Allah
s.w.t., kelak kamu pasti akan menyesal."

### Memang menjadi satu keganjilan, sekiranya terdapat mana-
mana manusia, tidak mahu mendirikan rumah tangga, kerana
kenikmatan untuk berumah tangga memang sengaja di syariatkan
Allah s.w.t. bagi menghindari manusia daripada terjebak dengan
kancah perzinaan dan dosa besar.

norshahuddinhome.blogspot.com
Norshahuddin Edited Dec 2014/Safar 1436...^^..

Harga Air Tangan Orang Tidak Menunaikan Solattt...^^..

Harga Air Tangan Orang Tidak Menunaikan Solattt...^^..

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa
besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada
khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti
yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah
berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia
(nazar), " Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing
anjing hitam."

Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki
tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak,
lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air
kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun
untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar
benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam)
atau sedekah.

Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun
haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang
baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu
dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi
ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air
kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina
dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki
tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah
orang yang meninggalkan solat dan minum air tu.

Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan
oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang
meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari
bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam.
Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu
atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah
solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air
tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan
sebagainya.

Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak.
Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air
tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan ?

Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak.
" Teh tarik satu, roti canai satu." Ada pulak segelintir
tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan
dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja
yang baik.

Hati-hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan
solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad
melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain
memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada
Saidina Ali (dan untuk umat Islam), " As solah as Solah wa
amalakat aimanukum". Maksudnya, " Solat, solat jangan sekali
kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah
tanggunganmu..."

### Jangan Pernah meninggalkan Solat, tidak kira Sihat atau
Sakit, Allah juga tidak pernah memBebankan hambaNya. Kalau
Sakit, ada cara Solatnya, ada Solat sambil Duduk, sambil
Berbaring dan Solat dalam keadaan berPerang pun ada...

Kalau terTunda atau terLupa, pasti Qadakan semula solat yang
telah Luput. Solat itu tanda Syukur kita kepada tuhan orang
Muslim (Allah s.w.t.) ###

norshahuddinhome.blogspot.com
Norshahuddin Edited Dec 2014/Safar 1436...^^..