Friday, 19 December 2014

Tujuh Macam Pahala Selepas Kalian Meninggal Dunia...^^..

Tujuh Macam Pahala Selepas Kalian Meninggal Dunia...^^..

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang
dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1@ Sesiapa yang mendirikan masjid maka dia tetap pahalanya
selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat
di dalamnya.

2@ Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang
minum daripadanya.

3@ Sesiapa yang menulis mushaf dia akan mendapat pahala selagi
ada orang yang membacanya.

4@ Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang
menggunakannya.

5@ Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang
memakannya baik dari manusia atau burung.

6@ Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama dia
diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7@ Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya
selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya.

8@ Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang
yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu
mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu
sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
" Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya
melainkan tiga macam :

1@ Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2@ Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3@ Anak yang soleh yang mendoakan kebaikan baginya.

norshahuddinhome.blogspot.com
Norshahuddin Edited Dec 2014/Safar 1436...^^..

Tuesday, 16 December 2014

Wasilah Dan Wasiat Buat KeluargaKu...^^..

Wasilah Dan Wasiat Buat KeluargaKu...^^..

Dekatkan HatiMu kepada Kebenaran...

1@ Berprasangka Baik terhadap Takdir dan Keputusan Allah
s.w.t. Kembalinya kita kepada Pencipta kita, sedangkan Nabi-
nabiNya, Rasul-rasul utusanNya, golongan jin-jin baik yang
muslim atau kafir, haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan pasti
menemui kematian apabila telah sampai masanya.

Kita semua makhluk diciptakan untuk beribadat kepadaNya Allah
dan mengEsakanNya. Dan Kiamat pasti berlaku, pemBelanya adalah
semua Amalan keBaikan kamu di Dunia.

Selama dihidupkan, kita akan di beri kesempatan masa untuk
beramal, serta akan diUji dengan cobaan yang berat atau
bersama kesenangan (tipu daya) untuk menguji samaada kita
Redha dengan arahan dan ketentuan Tuan Kita (Allah).
Adakah kita betul mahu, menjadi Hamba kepadaNya dengan Redha
dan tunduk, merendah diri atau kita menyombong dan angkuh
menjadi Tuan kepada Diri kita Sendiri (hawa nafsu).

Allah cuma mahu kita merintih dan berdoa kepadaNya agar diberi
petunjuk agar dimasukkan kedalam Syurga, dan mengambil dunia
sekadar untuk memenuhi keperluan sahaja. Jangan ditiru, budaya
orang Kafir dan Munafik kerana, Allah mahu terus melalaikan
dan membiarkan mereka tetap dalam Kesesatan sampai mereka
mati.

" Janganlah kemewahan mereka menyebabkan kamu tertarik kepada
dunia, sesungguhnya akhirat lebih baik dan beruntung, jika
kamu mengetahui akan hakikat yang sebenar."

2@ DiWajibkan bagi Kamu menunaikan sembahyang fardhu lima kali
sehari semalam. Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Jika
tidak keberatan solatlah Sunat Tahajjud, Witir dan Syukur
selepas selesai menunaikan solat Isyak.

Lakukan Tahajjud 2 Rakaat, Witir 1 Rakaat dan Syukur 2 Rakaat.
Kerana sembahyang lewat malam adalah amalan Para Nabi dan
Rasul sebelum Allah menetapkan cuma Lima waktu sahaja yang
Wajib dilakukan.

Solat Tahajjud yang paling istimewanya, kita meminta kepada
Allah diberi Penolong dan Takdir yang baik pada hari yang
berikutnya.

Solat Wajib Harus diQadakan jika tertinggal atau dalam keadaan
Darurat (seperti berada di negara orang Kafir). Selepas
Subuhnya pula, lakukan Solat Sunat Dhuha dan Syukur. Jika
tidak keberatan diWajibkan solat sunat Syukur selepas setiap
solat fardhu.

PelajariLah juga cara-cara menjalani sembahyang yang betul,
dan fahamilah maksud setiap bacaan dalam setiap pergerakan
dalam sembahyang agar kita lebih khusyuk. Mintalah segala
keinginan dan permintaan dari Allah semasa kita berSujud dalam
menunaikan solat.

3@ DiWajibkan mempelajari Al Quran dan menDalami maksud
terjemahan Al Quran dalam bahasa masing-masing. Allah menulis
kata-kataNya, undang-undangNya, serta memberi pengajaran
dalam kitabNya yang lengkap iaitu Al Quran, cara-cara mendapat
Petunjuk, agama dan amalan yang diRedhaiNya.

Serta, diselamatkan dari golongan terSesat dengan amalan dari
ajaran Iblis dan Syaitan. " Adakah lebih baik golongan yang
mengetahui (akan hakikat) dari golongan yang tidak mengetahui
akan kebenaran yang sebenarnya."

" Bahawa Syurga itu Benar, Neraka itu Benar, baik amalan dan
jika mendapat keredhaan Allah, pasti Syurgalah balasannya.
tetapi jika Allah tidak Redha akan amalan kebaikannya, sia-
sialah akan amalan baiknya itu."

4@ DiWajibkan mendalami Ilmu Hadith atau sunnah Nabi Muhammad.
Terutama hadith karangan, kumpulan Imam Muslim dan Imam
Bukhari, kerana beliau telah melakukan penelitian dengan
menapis semua hadith-hadith palsu yang direka atau dicipta
oleh golongan sesat yang bertujuan menghancurkan
dan menyesatkan Umat Islam.

Selepas tamat zaman Khalifah, maka wujudlah teori, fatwa,
falsafah dan pemikiran baru yang lari dari cara hidup Islam
yang sebenar.

Mereka mengatakan, ini berdasarkan kata-kata dari Nabi,
padahal mereka cenderung mengikuti Hawa Nafsu mereka sendiri
mengeluarkan Fatwa bersesuaian dengan keinginan mereka, tanpa
menjadikan Al Quran sebagai jalan panduan dalam urusan hidup
mereka. Oleh itu, pemahaman terperinci setiap ayat Al Quran
harus digunakan untuk menguji kesahihan sesuatu hadith.

5@ Sebenarnya dalam Rukum Islam, kita Wajib mengikut turutan
yang disabdakan Rasulullah s.a.w. Yang pertama, Mengucap Dua
Kalimah Syahadah, dan setelah Kita memberi Janji dengan Allah.
Barulah yang Kedua, menunaikan Sembahyang Fardhu Wajib lima
kali sehari semalam.

Apabila telah dilaksanakan dan mahir dalam sembahyang wajib,
Dikerjakan pula Zakat. Apabila pembayaran Zakat telah biasa
diamalkan dalam dirinya, BerpuasaLah di Bulan Ramadhan.

Apabila Puasa sudah sebati dengan diriNya dan jika mampu dari
segi kewangan untuk menunaikan Haji, maka tunaikanlah
panggilan Haji itu. Kerana Saudara sudah sempurna melakukan
amalan, selalu sembahyang, selalu berzakat, selalu berpuasa,
maka lawatilah pula Rumah Allah agar diberikan Iman dan Agama
yang sempurna kepada saudara.

Jangan pula melakukan Ibadah Haji yang sia-sia seperti untuk
mendapatkan Gelaran seorang Mukmin atau Beriman semata-mata.
Tetapi haruslah mengInsafi bahawa betapa kerdilnya kita jika
dibandingkan dengan keBesaran Allah dan RumahNya yang suci.

Adakah pernah kita terlintas di fikiran mana-mana amalan kita
tidak sempurna, tidak diterima oleh Allah ? Kadang-kadang
amalan bersedekah atas harta yang sepatutnya di gunakan untuk
menunaikan haji atau untuk keperluan diri sendiri, pahalanya
diterima Allah sama seperti menunaikan haji pada tahun itu.
Itulah amalan orang yang beriman serta tidak berkemampuan.

Hanya Allah sahaja yang Maha Adil dalam menghitung setiap
amalan hambaNya. Begitu juga halnya satu Malam Lailatul Qadar
di Bulan Ramadhan, pahalanya lebih baik dari beramal untuk
1000 bulan atau 83 tahun beramal.

Sedangkan hayat umur kita, belum tentu lagi kita ditakdirkan
dapat beramal untuk tempoh yang begitu lama.

6@ Kamu diWajibkan berIman kepada Allah, yang menciptakan kamu
seadanya. Kemudian berIman kepada Malaikat, yang diciptakan
Allah serta mereka patuh dan taat akan setiap perintahNya.
BerIman kepada Rasul-rasul dan Nabi-nabi utusan dari Allah,
yang menyampaikan nasihat-nasihatNya, panduan-panduanNya dan
amaran-amaranNya, agar hambaNya tidak sesat dalam memilih
jalan hidup, antara masuk Syurga kebenaran atau memilih Neraka
kesesatan.

Seterusnya berIman kepada Kitab-kitab yang diturunkanNya, dan
menjadikan Kitab Al Quran sebagai Kitab Utama yang
menggantikan kitab-kitab terdahulu. Ini kerana Al Quran,
merupakan catatan atau ungkapan kata-kata dari Allah buat
semua hambaNya, baik dari kalangan Manusia mahupun dari
kalangan Jin.

BerIman dengan Qadak dan Qadar dari Allah. Bermaksud setiap
takdir baik dan buruk semua makhlukNya sudah ditulis Allah
sebelum kita dilahirkan lagi. Yang dapat mengubahnya ialah
orang-orang yang tetap berUsaha berTakwa meningkatkan keImanan
dan berDoa kepada adanya tuhan mereka yang Maha Memberi
Petunjuk.

Akhirnya, mengImani bahawa adanya Hari Akhirat, dimana segala
amalan kita akan dihitung dan dibalas oleh tuhan (Allah).
Amalan kita akan dihitung dengan sebenar-benar, walaupun
sebesar kuman, dan balasan azab atau nikmat menanti mereka
sesudah dihisab semuanya.

### 1@ Tunaikan dan perTeguhkanLah Sembahyang Wajib, Lima
waktu. 2@ Pelajari Al Quran dan FahamiLah Maksud terJemahannya
3@ PelajariLah Ilmu agama dan cubaLah menDalami hadith Tulen.
4@ Jangan diMinta, Allah memberi keKayaan Harta, tetapi
Mintalah diKayakan dengan Ilmu, Iman dan Kesihatan agar
berkeSempatan untuk berAmal kepadaNya.

*** Cubalah berUsaha menjadi seorang Muslim yang Sempurna. ***

Demi Masa !. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali
orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula
berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan supaya
sabar menghadapi kesulitan.

Tidak Aku (Allah) ciptakan Manusia dan Jin itu hanya untuk
berIbadat kepadaKu."

" Genius adalah 1% Ilham dari Allah dan 99% Keringat dari Kita
sendiri." " Allah bukan tanya hasilnya, tetapi Usaha-usaha
yang kita telah Buat"

" Menuntut ilmu Agama itu Wajib bagi Muslim laki-laki dan
perempuan, samaada muda Remaja atau tua Dewasa, kerana sebagai
pemberi Syafaat dan Teman di alam akhirat kelak...
Norshahuddin Edited...^^..

" Ambillah sifat memberi keMaafan, Perintahlah pada perkara
yang Baik, dan berPalinglah dari orang-orang yang Jahil dalam
beragama." Surah al a'raf : 199.

norshahuddinhome.blogspot.com
Norshahuddin Edited Dec/Safar 1436...^^..

Monday, 8 December 2014

Fenomena Cintakan Dunia, Takutkan Pada Kematian...^^..

Fenomena Cintakan Dunia, Takutkan Pada Kematian...^^..



1400 tahun lalu, Rasulullah saw telah memberitahu, bahawa kita,
umat baginda, akan ditimpa satu keadaan yang sangat teruk.
“ Hampir tiba masanya, semua umat yang ada akan merebutkan
kalian, sepertimana pemangsa mengerumuni hidangan.” Seorang
sahabat bertanya, “ Apakah kerana bilangan kami (umat Islam)
ketika itu sedikit, ya Rasulullah?”.

Baginda menjawab, “ Tidak, bahkan jumlah kalian amat banyak.
Namun, keadaan kalian seperti buih di lautan. Allah mencabut
dari hati musuh-musuh rasa takut terhadap kalian, lalu Dia
memasukkan Wahn ke dalam hati kalian.”

Sahabat bertanya lagi, ” Apakah Wahn itu?” Baginda menjawab,
” Cinta dunia dan takut mati.”. (Hadith riwayat Abu Dawud).

norshahuddinhome.blogspot.com
Norshahuddin Edited Dec 2014...^^..

Thursday, 27 December 2012

Satu Barisan Masuk Syurga Sebab Ikut Sunnah Nabi...^^..

Satu Barisan Masuk Syurga Sebab Ikut Sunnah Nabi...^^..

Rombongan Syaitan yang ketujuh ini Syaitan terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad s.a.w. bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.

7 Gangguan Syaitan Ketika Sakaratul Maut!

7 Gangguan Syaitan Ketika Sakaratul Maut!


Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut.

Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.Hadith Rasulullah s.a.w.. menerangkan:Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu maut.”

Rombongan 1
Akan datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat.

Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2
Akan datang Syaitan kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati.

Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t., matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3
Akan datang Syaitan mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).

Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t.. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4
Akan datang Syaitan merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5
Akan datang Syaitan merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Syaitan,

berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”

Maka dia

pun  sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.


Rombongan 6
Akan datanglah Syaitan merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali.

Lalu datanglah pula Syaitan yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”

Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”

Berkata ulamak Syaitan: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah s.w.t. hendaklah kamu patuh kepada kami.”

Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Syaitan bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu:

“Bagaimanakah Zat Allah?” Syaitan merasa gembira apabila jeratnya mengena .

Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. “

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

Berkata Syaitan: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”

Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya.

Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”

Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7
Rombongan Syaitan yang ketujuh ini Syaitan terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad s.a.w. bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.

Ketahuilah bahawa Syaitan itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Syaitan dan Iblis yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.

Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”

Sumber

Tuesday, 30 October 2012

Ketika Dalam Kekeliruan....^^...

Ketika Dalam Kekeliruan....^^...





Melihat apa yang orang lain miliki dan melihat apa yang tidak kita 
miliki, seringkali mengundang gundah dan resah di hati. Melihat apa 
yang dianugerahkan pada kita dan melihat keperitan orang di 
sekeliling kita, terbit pula kesyukuran di dalam kalbu.

Kita tahu Allah Maha Mengetahui tetapi, mengapa sukar sekali 
untuk kita merasakan bahawa Allah memperhatikan setiap yang 
kita lakukan? Mengapa sukar untuk kita menyedari akan hakikat itu?

Kita tahu Dia Maha Kuasa ke atas segala sesuatu, tapi mengapa kita 
tidak meletakkan Dia sebagai tempat yang teratas ketika ditimpa 
masalah? Mengapa tidak kita terus mengadu pada-Nya? Bukankah 
Allah akan mengabulkan doa-doa orang yang memohon kepada-Nya?

Kita tahu Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, tapi mengapa 
kita sentiasa lupa dengan kasih sayang-Nya? Kerana kasih-Nyalah 
yang memungkinkan kita untuk menemui sinar jalan pulang. Kerana 
Kasih-Nyalah yang memungkinkan kita merasai nikmat iman dan 
Islam. Kerana kasih-Nyalah kita masih mendapat peluang ini.

Mengapa kita sering lupa akanNya?
Apakah kita tidak percaya akan pertemuan dengan-Nya?
Bukankah segalanya telah dijelaskan?
Bukankah itu bukti cinta-Nya pada hamba-Nya?
Terlalu besar, terlalu besar kasih-Nya
Tapi kita sering lupa..

Bahkan,
Kita selalu mengatakan tidak ada yang memahami..
Bukankah Dia Maha Memahami. Dia sentiasa di sisi kita. Bahkan 
Dia lebih dekat dari urat leher kita sendiri.

Mengapa kita sering lupa?
Mengapa kita lupa bahawa kita ini insan yang pelupa? Kita lupa 
bahawa kita ini seorang hamba. Kita lupa kita ini lemah kerana itu 
kita sering terlupa pada DIA yang Maha Kuasa.

"Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya, maka Dia 
mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya, 
sungguh beruntung orang yang menyucikan (jiwa itu), dan sungguh 
rugi orang yang mengotorinya..." (Surah Asy-Syams: Ayat 7-10)

~>Ya Allah.. Ya Rabb.. Teguhkanlah imanku.. Perelokkanlah 
amalanku.. ampunilah aku kerana sering berkeluh kesah.. Jadikanlah 
aku manusia yang terus bersyukur.. tempatkanlah aku dalam golongan 
orang-orang yang Engkau kasihi. Hanya padaMu tempat aku 
memohon dan meminta. Ya Allah.. Ya Rabb.. Aamiin.. (T_T) 
~Sekalung Doa Seindah Janji~

Norshahuddin Edited...^^....

Jadi Anak Soleh ...Ya...Nak...^^...

Jadi Anak Soleh ...Ya...Nak...^^...


Mak : Tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu?
Anak : Sebab saya anak mak kan?
Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu..
Anak : Apa tu mak?
Mak : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat ibu di kubur nanti
          andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad ibu

          nanti..
Anak : Mak! Janganlah...
Mak : Jadi anak soleh ye..mak perlukan doamu di sana nak..